KeluangMan [episode 1]

Saturday, 16 August 2008

 

:KONSEP IBADAH:



Suatu ketika, sedang Robin Hood dan rakan-rakannya sedang dalam keadaan bersedia untuk menyekat satu kumpulan pedagang kaya yang bakal melalui laluan sunyi di negeri DarulAman, tiba-tiba datang seorang lelaki berpakaian serba ungu dan bertopeng. Dan terjadilah perbualan antara lelaki tersebut dan Robin Hood.

[klik untuk paparan jelas]

Sebaik sahaja Keluang Man meninggalkan Robin Hood dan rakan-rakannya, kelihatan sekumpulan pedagang yang semakin menghampiri kawasan persembunyian mereka.

Selepas memikirkan perbualannya dengan Ustaz Keluang Man tadi, Robin Hood kini tekad. Dia tetap akan menahan kumpulan pedagang tersebut.

“Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke ketiak masam,” kata Robin Hood

Akhirnya, kumpulan pedagang tersebut sampai ke kawasan ‘target’, dan Robin Hood menahan mereka. Robin Hood memanggil ketua mereka. Robin Hood kemudiannya mengingatkan ketua mereka untuk tidak lupa mengeluarkan zakat dan memperbanyakkan sedekah.

Ketua pedagang yang menggigil ketakutan pada awalnya, begitu terharu mendengar kata-kata Robin Hood. Dia benar-benar tersentuh.

Dia kemudiannya menceritakan kepada semua rakan-rakan pedagang yang lain. Mereka amat terkejut kerana mereka menyangka mereka akan dirompak.

Ketua tersebut akhirnya berubah dan menjadi seorang yang amat dermawan.

_______________________

Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt...

2 MaklumBalas:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.