Assalamualaikum....
Kali ni, ana nak kenalkan antum dengan seorang sahabat yang amat2 ana kagum. Beliau telah digelar dengan nama 'Saifullah' [pedang Allah]. Antum pasti tahu siapa beliau bukan? Beliau ialah Khalid Al Walid.
Beliau telah memeluk Islam selepas Perjanjian Hudaibiah. Beliau yang terkenal sebagai seorang yang hebat dalam peperangan, telah menyertai tentera Islam dalam peperangan Mu'tah yang merupakan peperangan pertamanya sebagai seorang Muslim.
Dalam peperangan Mu'tah, Rasulullah SAW, telah menamakan Zaid Ibn Harithah sebagai ketua panglima. Rasulullah SAW juga menamakan Jaafar sebagai pengganti Zaid sekiranya beliau syahid dan Abdullah Ibn Abu Rawahah sebagai pengganti Jaafar sekiranya beliau syahid.
Dan, seperti yang telah disangka, tiada kata yang keluar dari lisan Rasulullah SAW melainkan semuanya benar. Ketiga2nya telah syahid dalam peperangan tersebut. Dan selepas itulah, muncul nama Khalid Ibn Al-Walid. Beliau telah dilantik oleh tentera2 Islam untuk mengetuai mereka dalam peperangan yang menyaksikan bilangan tentera Islam hanya 3000 orang, berbanding tentera musuh [Ghasasinah dan Rom] yang menjangkau 200 000 orang.
Peperangan yang kelihatan berat sebelah itu telah menjadi peperangan yang amat bersejarah kepada umat Islam.
[ikuti sambungan cerita Perang Mu'tah dalam siri seterusnya]
_______________________
Sedikit Biodata Panglima Khalid Ibn Al-Walid;
*..Khalid Ibn Al-Walid Ibn Al-Mughirah [ayahnya merupakan ketua Bani Makhzum]
*..Dilahirkan di sekitar tahun 590 masihi di Makkah
*..Merupakan antara penunggang kuda terhebat di Semenanjung Arab [memandangkan beliau dari keturunan Bani Makhzum]
*..Di Makkah, beliau turut terkenal dengan gelaran Al-Waheed, [the unique-tak tau cmna nak terjemah ke BM]
_______________________
berita2 terbaru di sana sini...
Bin Laden driver gets 66 months
Malaysia opposition leader charged [Anwar Ibrahim]
Kerajaan Haneyya bebaskan pemimpin Fatah
PAS Kedah akan tolong jentera kempen Permatang Pauh
Egypt Blocks Gaza Aid
Malaysia opposition leader charged [Anwar Ibrahim]
Kerajaan Haneyya bebaskan pemimpin Fatah
PAS Kedah akan tolong jentera kempen Permatang Pauh
Egypt Blocks Gaza Aid
~gunakan masa dalam bulan Syaaban ni sebaik2nya sebagai persediaan sebelum menemui bulan Ramadan yang Mulia~
Salam Mujahadah,
Assalamualaikum wbt
0 MaklumBalas:
Post a Comment