Assalamualaikum...
Sword of Allah [edisi Perang Mu3tah] Part I
Perang Mu3tah Part 2

Setelah Abdullah ibn Rawahah dikepung dan syahid dibunuh tentera Rom, bendera yang dipegang beliau tumbang. Rasulullah SAW tak ada menyebut siapa yang akan menggantikan beliau. Keadaan itu menyebabkan keadaan tentera Islam menjadi kucar-kacir. Tambahan pula tentera Islam hanya beberapa kerat kalau nak dibandingkan dengan bilangan tentera Rom.
Ketika itu, muncul Thabit ibn Arqam, salah seorang ahli Badar, meluru mengambil bendera. Tentera Islam, yang ada di kalangan mereka mula melarikan diri, segera berkejar menghampiri bendera apabila melihat panji Islam naik semula.

Orang yang pertama tiba ialah, Khalid ibn Al-Walid. Thabit terus menyerahkan panji tersebut kepada beliau. Khalid menolak sebagai menghormati Thabit yang lebih senior darinya.
"Ambil wahai Khalid, Aku tidak mengambil bendera ini melainkan untuk menyerahkannya kepada kamu. Sekarang bukan masanya untuk bertolak-tolak. Suasana makin genting dan memerlukan pakar perang dan kamu orangnya", balas Thabit.
Khalid terus mengambil bendera dang mengibar2kannya. Tentera Islam berkumpul semula. Khalid segera menyusun semula tentera Islam yang kucar kacir sebelumnya. Semuanya selesai dalam masa yang singkat dan hal tersebut memeranjatkan Rom.
Pertempuran terus berlaku. Perang menjadi semakin berkecamuk. Pertembungan tersebut berlarutan hingga waktu senja. Kedua2 tentera berhenti. Bilangan korban dari kalangan Rom bertambah.
[akan bersambung...]
____________________
Pengajaran;
[pertama]
Dalam keadaan apa sekalipun, kita amat memerlukan kepada pemimpin. Malah ada pendapat mengatakan, '80 tahun di bawah pemerintah yang zalim lebih baik dari sehari tanpa pemimpin'.
[kedua]
Menonjolkan kemampuan kita apabila diperlukan. Memang kita disuruh supaya bersifat rendah diri dengan kelebihan yang kita ada, tapi biar kena pada tempatnya. Apabila, keadaan memerlukan bakat dan kemampuan kita, kita sepatutnya ke hadapan untuk menawarkan diri untuk melaksanakannya seperti yang di tunjukkan oleh Khalid.
[ketiga]
Kepentingan berusaha bersungguh untuk mencapai yang terbaik walaupun dalam keadaan yang secara logiknya kita tak mampu nak mencapainya. Kenapa? Kerana yang menentukan sesuatu itu berhasil atau tak, bukan kita. Tapi DIA yang memiliki kita. Kita hanya diminta berusaha bersungguh2. Ambillah teladan dari apa yang ditunjukkan oleh tentera Islam yang sedikit bilangan mereka dalam menghadapi tentera Rom yang berlipat kali ganda labih ramai.
_________________________
Semoga kisah ini memberi banyak pengajaran berguna buat antum semua...
:: esok : di sebalik peraturan 2 ::
Salam Mujahadah,
Assalamualaikum wbt...

0 MaklumBalas:
Post a Comment