Assalamualaikum...
Setelah sekian lama tajuk ini terbengkalai, tidak disambung perbincangannya [terlupa..], kali ni ana nak sentuh sikit berkaitan tajuk peraturan ni.
Peraturan sering kali dilihat sebagai penyekat kebebasan. Dari satu segi, penyataan itu betul. Tapi dari aspek yang lain, penyataan tersebut terbukti sebaliknya. Tanpa peraturan, kita takkan mampu hidup bebas. Tanpa peraturan, kita takkan mampu hidup aman tenteram.
Dan seperti yang pernah disebut sebelum ni, peraturan tak membawa apa2 makna jika tidak dipatuhi. Dan kali ni, ana nak bawa antum lihat apa itu 'mematuhi peraturan'.
Setiap peraturan yang dibuat ada tujuannya berdasarkan keadaan2 tertentu. Dan tujuannya hanya tercapai sekiranya peraturan tersebut dipatuhi.

Contohnya, memakai topi keledar (helmet) ketika menaiki motorsikal (motor). Tujuannya untuk menjaga keselamatan kepala kita. Dan tujuan tersebut hanya tercapai jika kita pakai helmet tersebut dengan cara yang sepatutnya.
Jadi, kita perlu patuh kepada satu2 peraturan bukan kerana peraturan itu adalah peraturan dan patut dipatuhi, tapi kerana nak mencapai apa yang ada di sebalik peraturan tersebut. Kerana nak capai tujuan peraturan tersebut dibuat.
Jadi, dalam contoh memakai helmet, kalau kita menunggang motor di kawasan yang jarang dipantau oleh polis trafik, kita pun jadi naik kepala, tak pakai helmet. Akhirnya, bila eksiden, kepala kita betul2 naik dan 'meletup'. Salah sapa? Salah kita! Bukan salah polis trafik yang tak jaga di situ. Jangan menuding jari kepada orang lain.
Maknanya, kat mana pun tempatnya, kalau dengan melanggar peraturan yang ditetapkan boleh menghalang kita mencapai tujuan dibuat peraturan tersebut, maka, jangan langgar. Patuhilah.
Dalam contoh yang lain, lampu trafik [yang 3 warna tu] ada fungsinya. Membantu pergerakan kereta dan kenderaan2 lain supaya lancar terutamanya di waktu puncak (waktu banyak kenderaan dan mudah berlaku kesesakan).
Jadi sekiranya, pemandu2 tidak mengikut 'arahan lampu' tersebut, kesesakan berlaku. Pergerakan lancar yang kita harapkan tak tercapai.
Tapi, dalam situasi yang lain, ketika kita memandu lori besar pada waktu tengah malam [dalam pukul 3 pagi], dan bersendirian tanpa ditemani mana2 kenderaan lain [kita sorg2 ja memandu kat jalan tu], tiba2 kita sampai kat lampu trafik. Dan lampu merah sedang bersinar, tak dak masalah kalau kita nak terus pun [betul ke kalau mengikut peraturan yang sebenar].
Ketika itu, kita boleh pilih untuk ikut atau tidak. Lebih baik tunggu sehingga hijau kembali bersinar. Tapi, kalau dah confirm tak ada kenderaan lain, nak teruskan pun tak mengapa, kerana ketika itu, dalam suasana seperti itu, lampu trafik tidak lagi diperlukan untuk mencapai tujuan mengelak kesesakan.
Antum fikirlah sendiri. Situasi antum bagaimana. Dan apa yang antum perlu buat.
Walaubagaimanapun, peraturan agama adalah berbeza dengan peraturan manusia. peraturan agama diturunkan Allah SWT kepada kita, dan kadang2 tak tercapai oleh akal kita tujuan penurunannya.
Jadi, dalam hal agama, walau bagaimanapun keadaan kita, kita tetap perlu patuh dan taat.
Sembahyang misalnya difardhukan ke atas kita sebagai wasilah kita mengadap Allah SWT. Adakah kita perlu sembahyang dengan cara ditetapkan sahaja. Tak bolehkah kita mengadap Allah SWT dengan cara2 yang lain. Tercapai jugak tujuannya kan?
Kat situ, peraturan berbeza. Islam mengajar kita supaya mengikut cara yang Rasulullah SAW ajarkan kepada kita dalam hal ibadah. Ibadah hanya diterima sekiranya dilaksanakan dengan cara yang betul dan ikhlas.
Akal kita tak mampu untuk berfikir kenapa solat caranya begitu. Tapi Allah SWT Maha Mengetahui. Apa yang DIA tetapkan adalah yang terbaik buat kita. Cara solat yang ditetapkan pasti adalah yang terbaik sebagai menghubungkan kita denganNya. Jadi kita perlu mengikut cara yang betul. Dan semestinya apa yang Allah SWT turunkan adalah yang paling betul.
Kesimpulannya, antum mampu berfikir, jadi fikirlah apa yang antum patut lakukan dalam satu2 situasi. Adakah perlu untuk mematuhi peraturan atau pun tidak? Tapi, dalam hal ibadah dan agama, antum perlu patuh walaupun antum tak tahu apa tujuannya. Oleh itu, sama kita guna masa2 kosong kita untuk tambah ilmu agama. Jom pakat2 mengaji...!
:: esok : Something about life ::
Salam Mujahadah,
Assalamualaikum wbt...
0 MaklumBalas:
Post a Comment