Jika diminta untuk menyenaraikan perkara2 yang sunat dilaksanakan pada hari Jumaat, kita tak sepatutnya lupa untuk memasukkan sekali bacaan surah al-Kahfi dalam senarai kita selain mencukur bulu dan sebagainya.
Setiap perintah, baik wajib/fardhu mahupun sunat, pasti terselit hikmah di sebaliknya. Dan, membaca surah al-Kahfi pada setiap kali tibanya hari Jumaat, tidak dapat tidak mengandungi hikmah yang besar. Tapi persoalannya, kenapa surah ini, kenapa Al-Kahfi [gua]?
Jika kita mengamati semula bacaan kita dengan tadabbur dan penghayatan, secara langsung atau tidak, sengaja mahupun tak, kita akan dapat lihat sedikit sebanyak hikmah dari surah ini. Kita dapat lihat hikmah disunatkannya dibaca setiap minggu terutamanya ke atas nilai Iman dalam sanubari kita.
Jadi, setiap minggu, sekiranya kita benar2 mentadabbur bacaan Al-Kahfi, kita akan dapat untuk menguatkan semula rasa syukur kita pada Allah SWT. Kita akan dapat memperbaharui semula Iman kita. Memeperbetulkan balik arah jalan kita.
Semua ini, insyaAllah kita akan dapat sekiranya kita perhatikan betul2 apa yang ada dalam surah Al-Kahfi. Dan, amat2 disarankan untuk kita berusaha membacanya dengan penghayatan setiap minggu (hari Jumaat), dan istiqamah dalam membacanya.
Sedikit sebanyak butir2 berkaitan surah Al-Kahfi;
1. Surah Makkiyyah
2. Salah satu surah yang bermula dengan kalimah ‘Alhamdulillah’ [selain Al-Fatihah, Al-An3am, Saba’, Fathir]
3. Dinamakan Al-Kahfi berdasarkan cerita Ashabul Kahfi, yang begitu menakjubkan dan pelik.
Surah ini mengandungi beberapa kisah yang terkandung di dalamnya pengajaran dan peringatan.
Kisah2 tersebut ialah;
1. Kisah Ashabul Kahfi
2. Kisah dua lelaki (seorang Mu’min dan seorang kafir)
3. Kisah Nabi Musa a.s dan Nabi Khidhir a.s
4. Kisah Dzulqarnain dengan ya’juj & ma’juj
Salam Mujahadah,
Assalamualaikum wbt...
0 MaklumBalas:
Post a Comment