Assalamualaikum…
Setelah sekian lama, hari ni baru sempat untuk meng’update’ blog ni untuk bulan ni. First entry untuk bulan Jun.
Hari ini, 6 Jun merupakan tarikh penting dalam kehidupan aku[ana], kerana 49 tahun yang lalu, telah lahir seorang bayi yang kini merupakan seseorang yang amat aku[ana] hormat, kagum dan sangat2 aku[ana] sayang.
Walaupun aku[ana] jarang ucap secara direct, ‘abang sayang abuya’, tapi aku[ana] tak boleh nak menafikan rasa hati ini.
Selamat Menyambut Ulang Tahun kelahiran yang ke-49 buat ayahanda tercinta, Abdul Rahim Darus.
‘Terima kasih kerana sentiasa sokong abang selama ini. Abang tak tahu macam mana nak gambarkan rasa terima kasih abang pada abuya, tapi apa yang boleh abang katakan ialah, abang betul2 bersyukur, abuya yang menjadi bapa kepada abang, bukan orang lain’

Semoga umur dan kehidupan abuya diberkati, dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Lagu abang tujukan khas buat abuya…
Sentuhanmu
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..
Melodi: Abai Os (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
______________________________
Soalan cepu emas buat abuya : ‘Agak2 abang akan dapat lagi seorang adik ke sebelum abang dapat anak….?’ [ahaks…]
Salam MujahadahSetelah sekian lama, hari ni baru sempat untuk meng’update’ blog ni untuk bulan ni. First entry untuk bulan Jun.
Hari ini, 6 Jun merupakan tarikh penting dalam kehidupan aku[ana], kerana 49 tahun yang lalu, telah lahir seorang bayi yang kini merupakan seseorang yang amat aku[ana] hormat, kagum dan sangat2 aku[ana] sayang.
Walaupun aku[ana] jarang ucap secara direct, ‘abang sayang abuya’, tapi aku[ana] tak boleh nak menafikan rasa hati ini.
Selamat Menyambut Ulang Tahun kelahiran yang ke-49 buat ayahanda tercinta, Abdul Rahim Darus.
‘Terima kasih kerana sentiasa sokong abang selama ini. Abang tak tahu macam mana nak gambarkan rasa terima kasih abang pada abuya, tapi apa yang boleh abang katakan ialah, abang betul2 bersyukur, abuya yang menjadi bapa kepada abang, bukan orang lain’

Semoga umur dan kehidupan abuya diberkati, dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.
Lagu abang tujukan khas buat abuya…
Sentuhanmu
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
Terpanar aku pada sentuhan keramatmu
Mengheret aku mentafsir memori silammu
Dulu ku ragu apa terbungkam dibenakmu
Kini ku tahu apa yang terbuku di hatimu
Surut dedarku pada usapan manteramu
Tunduk ungkalku pada ketegasan dirimu
Terpasak semangat pada keyakinan tekadmu
Keakuranku pada tunjuk dan titah arahanmu
Oh ayah,
Tak pernah ku tanya
Kemana tumpahnya keringatmu
Oh ayah,
Tak pernah ku hitung
Berapa banyak kerutan di dahimu
Yang ku pinta hanyalah kemahuan hatiku
Yang sedaya ayah laksanakan
Kau pendorong bukanlah pendesak
apalagi memaksa diriku
Aku terlorong bukan terdesak
apalagi rasa terdera
Tak terkuis dugaan menduga
Apalagi takdir yang menerpa
Aku mengharap bukan menolak
Apalagi cuba melupa
Lestari kasihmu tanpa batasan
Sempadan waktu yang memisahkan
Abadi hingga ke hujung usia akhiran masa
Sentuhanmu amat bermakna..
Melodi: Abai Os (Hijjaz Records)
Senikata: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Hakcipta : Hijjaz Records Sdn. Bhd.
______________________________
Assalamualaikum
0 MaklumBalas:
Post a Comment