Muslim Football (V)

Wednesday, 18 June 2008

 

Assalamualaikum…

Lagi update tentang bola.. Tengah demam EURO la katakan. Tapi, demam exam pun tak kebah2 lagi..

Last night punya match, aku/ana tak sempat tengok sebab kami ada match sendiri, tapi tadi sempat tengok kat sini dia punya highlight.

Sedih dan gembira. Gembira sebab akan terus dapat tengok Van Persie beraksi, tapi sedih sebab tak berpeluang lihat ramai lagi pemain2 Islam dalam Perancis bermain dalam kejohanan EURO kali ni selepas mereka tewas kepada Italy 0-2.

Tapi, dari apa yang aku/ana tengok, kedua2 perlawanan semalam dihiasi oleh aksi2 pemain2 Islam.

Dalam perlawanan Holland-Romania, kedua2 gol Belanda dihasilkan oleh Muslim. Gol pertama dihasilkan oleh hantaran cantik Ibrahim Afellay, dan gol kedua dijaringkan sendiri oleh rembatan kencang kaki kiri Van Persie.


Dalam perlawanan France-Italy, keadaannya lebih dramatik. Bermula dengan kecederaan perancang utama Perancis, Frank Bilal Ribery, yang diganti pemain Muslim muda Samir Nasri sebelum dia dikeluarkan semula bagi digantikan oleh pemain pertahanan apabila pemain pertahanan utama Perancis, Eric Bilal Abidal, dikenakan kad merah atas kesalahan yang dia tak lakukan [jelas2 si Toni tu berlakon..ces!!].


Kemudian, kita dapat lihat beberapa percubaan dari penyerang2 Muslim Perancis, Thierry Henry dan Karim Benzema yang tak berjaya membuahkan hasil. Malah Henry juga yang menjaringkan gol kedua buat Italy. Walaubagaimanapun, Perancis tetap best dengan bintang2 Muslimnya.

Habis perlawanan semalam. Kini aku menyimpan harapan untuk melihat Muslim beraksi di final. Jadi, aku harap Holland and Turkey akan bertempur dalam perlawanan akhir.

Sekian laporan Euro kali ni. Moga berjumpa lagi…

Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt…

0 MaklumBalas: