Assalamualaikum...


Saya : Awak, Awak sayang Saya tak?
Awak : Tentulah Awak sayang Saya... kenapa? Tak yakin dengan Awak ke?
Saya : Betul?
Awak : Betul...Awak sumpah..
Saya : Kalau macam tu, kita jangan jumpa lagi. Kita jangan berhubung lagi lepas ni. Kita jangan ada apa2 hubungan lagi.
Awak : Saya...nape ni. Awak ada buat salah ke?
Saya : Bukan macam tu. Tapi Saya sayang Awak. Saya tak mahu tengok Awak masuk neraka nanti. Saya pun tak mampu nak tahan siksa neraka.
Awak : Apa tiba2 cakap bab syurga neraka ni.
Saya : Kalau tak cakap pun, benda tu wujud. Kita akan hadapi gak bila sampai masa nanti. Awak tak percaya ke?
Awak : Err...
Saya : Kalau Awak tak percaya, bahaya sebab tu berkaitan dengan iman. Kalau tak beriman dengan kewujudan syurga neraka dan hari akhirat, pedih azabNya nanti.
Awak : Tak naklah cakap pasal benda2 tu..
Saya : Saya sebut pasal benda ni sebab Saya sayang Awak.
Awak : Ye la, tapi tak perlu sebut semua2 tu.
Saya : Baru Saya tahu yang Awak tak sayangkan Saya..
Awak : Kenape Saya kata macam tu, Awak sayangkan Saya... Betul ni.. Awak cakap dari dalam hati Awak. Ikhlas..!!
Saya : Kalau Awak sayang Saya, Awak mesti nak hentikan hubungan ni jugak. Awak mesti taknak tengok Saya menderita kelak dibakar api neraka yang menyala2.
Awak : Apa maksud Saya?
Saya : Kalau Awak sayang Saya, mesti Awak tak sanggup nak teruskan hubungan dosa ni lagi. Awak pun tahu yang dosa akan bawa kita ke neraka. Awak nak Saya...
Awak : Sudah, jangan teruskan lagi.. Habis, sekarang ni Awak nak kita putus. Putus sebagai tanda kita saling menyayangi? Macam tu?
Saya : Yes.. Saya nak kita putuskan hubungan dosa ni, dan kita jalin hubungan pahala. Hubungan yang diredhaiNya.
Awak : La...cakap je la nak kahwin, kan senang. Tak payah nak pusing2 masuk segala syurga neraka tu.
Saya : Awak..Awak ni memang tak faham2. Nampaknya, Saya tak boleh nak pilih Awak sebagai peneman hidup Saya. Awak tak mampu. Awak langsung tak...
Awak : Apa ni..?
Saya : Sudahlah..Saya taknak cakap apa2 lagi. Awak fikirlah sendiri. Saya nak pasangan yang baik. Jadi Saya nak jadi baik. Saya nak tinggalkan semua couple2 ni. Sebab saya tak nak kawin dengan orang2 yang couple gak.
Awak : Awak tak baik ke?
Saya : Awak..kalau sekarang Awak sanggup nak buat dosa, nak couple2, tak mustahil lepas kawin nanti Awak akan sanggup nak lakukan benda yang sama. Dan, Saya tak sanggup dikecewakan.
Awak : Saya..Awak tak mampu nak hidup tanpa Saya.
Saya : Kalau macam tu, Awak kena berubah. Awak kena sunguh2 berusaha untuk berubah. Awak kena tinggalkan semua ni. Dan Awak kena ikhlaskan niat Awak.
Awak : Kalau Awak berubah..Saya janji takkan tinggalkan Awak?
Saya : Awak..Awak kena berubah dengan niat yang betul. Niat kerana Allah SWT. Bukan kerana Saya. Awak kena yakin, kalau Awak berubah jadi baik, Awak akan dapat pasangan yang baik juga. Dan tak semestinya orang tu adalah Saya.
Awak : Tapi, Awak nak Saya...
Saya : Awak..sekarang ni memang la Awak kata macam tu. Beginilah, Saya bagi masa kat Awak fikir betul2. Cuba sungguh2 untuk berubah dulu. Nanti Awak akan faham apa maksud Saya dengan sendirinya. Kalau sekarang ni Awak tak faham apa2, percayalah, lepas Awak fikir, berusaha, dan berubah nanti, Awak akan faham apa yang Saya maksudkan.
Awak : Kalau Awak tak faham jugak?
Saya : Maknanya, Awak kena teruskan lagi usaha Awak. Sekarang ni Awak kena cari kawan2 yang baik, yang boleh bantu Awak. Awak kena rapatkan diri dengan ahli2 agama, ahli2 ibadah. Awak kena tinggalkan segala benda2 tak faedah. InsyaAllah, nanti Awak akan faham. Malah, mungkin Awak sendiri yang takkan terima Saya ketika itu.
Awak : Tak mungkin..
Saya : Buat dulu apa yang Saya katakan tadi. Lagipun, kalau kita teruskan macam ni pun, kita tak dapat apa2 melainkan dosa. Kalau kita terus couple pun, belum tentu akan berakhir di jinjang pelamin sebab Allah SWT yang menentukan jodoh kita. Kalau Allah SWT dah tentukan kita dengan orang lain, kita couple hebat mana pun, tak bawa ke mana. Dalam masa yang sama, kalau kita tinggalkan couple2 ni, kita selamat dari dosa, dan kalau kita ditakdirkan bersama, kita akan bersama walaupun tanpa couple.
Awak : Tapi...
Saya : Awak kena yakin. Awak buat dulu apa yang Saya sebut tadi. Ok..! Setakat ni sahaja hubungan kita. Lepas ni kita sama2 berusaha untuk berubah. Dan kalau kita memang ditakdirkan bersama, kita pasti akan bersama. Jadi, tak perlulah risau tentang ni lagi. Assalamualaikum..
Awak : Waalaikumussalam
Dialog di atas adalah rekaan semata2, bukan disedut dari mana2 pengalaman individu. Kalau ada sebarang persamaan, itu hanyalah kebetulan semata2.
Dialog ni direka untuk mengajak kita sama2 berfikir dan sebagai peringatan buat mereka yang lalai terutamanya mereka2 yang terjebak dalam kancah couple ni.
p/s 1 : cuba faham elok2 apa yang cuba disampaikan. fahamkan sebaiknya.
p/s 2 : Awak dan Saya adalah kata Nama [bukan kata ganti nama]
Untuk lebih faham, cuba baca cerita ni [link], dan kaitkan dengan dialog di atas...
Moga terhibur dan bermanfaat.
Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt...
0 MaklumBalas:
Post a Comment