Cerita Orang Arab

Monday, 26 May 2008

 

Tension aku dengan orang arab

Assalamualaikum...

Aku tahu bukan semua orang arab tu jahat, teruk. Aku akuinya. Malah aku sendiri ada ramai sangat2 kawan dari kalangan bangsa arab (arab Mesir la sebab aku kat Mesir).

Cuma di sini, aku nak kongsi beberapa cerita yang buat aku betul2 geram.

Kisah 1

Hari Khamis lepas, ketika aku (bersama team MU aku) dan sahabat2 Malaysia lain bersiap untuk memulakan sepak mula perlawanan persahabatan kami, kami didatangi seorang lelaki yang amat aku kenali, antara orang yang in charge gelanggang futsal kat Universiti Mansoura.

Dia datang nak minta gawab mal3ab (surat tanda tempah). Pastu, dia kata kami leh main smpai pkul6 sahaja (sedangkan aku tempah sampai pkul 7). Alasannya sebab aku bawa budak2 luar universiti (budak2 yang main untuk team MU), jadi bayarannya dua kali ganda. So, masa kami tinggal sejam daripada asalnya 2 jam.

Aku pun dengan tak semena2, (menjadi seperti arab2 yang lain), naik suara marah sebab aku dah tanya dan minta izin kat pejabat masa nak tempah pada paginya. Tapi, kapten tu tetap gak dengan pendiriannya. Geram aku. Bermulalah peperangan mulut. Keluarlah segala perkataan seperti akhirat, syurga neraka dari mulut aku (alhamdulillah masih terjaga dari mencarut dan kata2 kesat).

Akhirnya dia bagi gak. Terima kasih yek kapten. Sori sebab terkasar dan tertinggi suara. Tapi, aku dah minta izin. Jadi, kapten sepatutnya berfikir secara rasional. Jangan nak ikut rasa hati kapten jek.

Kisah 2

Tersebutlah kisah di sebuah kawasan dikenali sebagai Samanoudy, tinggal seorang budak kecil yang suka cari pasal dengan aku. Aku tak layan sangat budak ni. Tak layan macam aku layan budak2 lain. Kadang2 dia panggil, aku buat mcm tak dengar.

Dan dia ni pun amatlah suka untuk mengutuk dan mengejek aku. [Mentang2 aku baik, ko nak pijak2 kepala aku…banyak cantek..]

Jadi, sekali sekala, bila aku dapat peluang, aku pun lepaskanlah marahku padanya seperti mengetuk tengkoknya (kat Mesir ni, aib kalau kita ni diketuk tengkok) dan sebagainya.

Nak jadi cerita, suatu hari, nampaklah emak kepada budak ni perbuatan aku, sekali dia cerita kat bapak si budak ni plak (suami dia la). Esoknya, aku dipanggil si bapak untuk datang mengadapnya di kedai miliknya.

Sebagai orang yang rasa diri tak bersalah, aku pergi mengadap. Awalnya dia takdak. Kali kedua, dia ada. Untuk kali kedua, dalam masa 4 hari, aku naik suara kat orang arab. Dia marah aku. Aku pun gtaulah kat dia yang anak dia ni jahat sebab suka cakap perkataan2 tak elok kat orang. Dia kata kat aku yang aku (orang besaq) tak sepatutnya pukul anaknya (budak kecik).

Aku : habis, kalau budak kecik kutuk orang besaq takpalah?
Pakcik : memang salah, tapi hang kena gtau kat aku, pastu nanti aku yang akan pukul dia, bukan hang.
Aku : tapi dia selalu sangat dah kata kat aku. Cmnilah pakcik, apa kata pakcik pukul dia tiap2 hari sebab dia kata kat saya tiap2 hari.

[pakcik tu jadi tak puas hati…haha]

Aku : kalau lepas ni dia kata kat aku lagi, aku akan pukul dia depan mata kepala pak cik.
Pakcik : Hang tak boleh pukul dia. Kalau dia kata kat hang, hang kena habaq kat aku. Biaq aku yang pukul dia.
Aku : Ok, la ni aku habaq kat pakcik yang dia ni dah banyak kali kata kat aku, so, balik ni, pakcik pukul la dia. Pukul tu… Jangan tak pukul…Ingat tu, Assalamualaikum…

[bahasa diubah suai supaya menjadi lebih dahsyat dan nampak ke’kurang ajar’an aku]

Hm…teruk gila aku kan. Kalau baca ayat kat atas tu memang la teruk. Tapi itulah kandungan pergaduhan mulut kedua aku dalam masa 4 hari. Tengah tak dak mood plak. Jadi baran tiba2 aku. Jahatnya aku…

Tapi, aku sebenarnya tak bersalah [nada sedih]. Mak dia ni dah tersalah tengok. Aku bukannya pukul betul pun budak tu. Aku buat kat dia macam aku buat kat kawan2 lain gak. Macam aku buat kat Khaled yang aku sayang. Macam aku buat kat Mido yang aku sayang. Malah, kalau Mido atau Khaled, aku memang pernah terajang betul2 punya terajang lagi. Tapi, kami just main2.


mereka2 yang selalu rasa sepak terajang aku
[tanda sayang tuh...]


Bezanya, budak tu aku tak sayang..haha. Tapi, budak tu pun faham sebenarnya yang aku pukul main2 ja. Dia pun berani kutuk aku sebab dia tau aku baik[nada poyo] dan takkan pukul dia betul2. Sekali mak dia nampak. Sebab tulah jadi cerita yang tak sepatutnya berlaku tu.

Masa jumpa pak dia plak, cara pak dia cakap buat aku tak puas hati, ditambah pula dengan keadaan aku yang tengah tension dan tak dak mood, maka jadilah peristiwa yang aku harap tak akan berlaku lagi lepas pada ni.

[Aku dah jadi macam orang Arab…tidak!!!, aku dah pandai bergaduh dan cepat baran…argh…tidak!!!]

Ya Allah, kurniakanlah aku kesabaran dan ketenangan apabila menghadapi keadaan yang tegang. Malah sabar dan tenang dalam apa jua keadaan. Ya Allah, jadikanlah aku di kalangan orang2 yang sabar kerana Engkau ada berfirman, bahawa Engkau bersama2 orang2 yang SABAR… Amiin..

Moga2 kedua2 peristiwa itu adalah yang pertama dan yang terakhir.

Apa2pun, aku tak pernah dan takkan benci pada orang Arab. Tapi, aku benci pada perangai2 yang teruk. Bangsa tak menggambarkan perangai. Ramai ja Melayu yang TERUK. Ramai jugak Arab yang TERUK. Tak kurang Melayu yang BAIK. Tak kurang jugak Arab yang BAIK.


tak dak kaitan dengan cerita
antara yang aku sayang..haha


Semua orang boleh jadi baik. Jom pakat2 jadi baik.
_______________________

p/s1 : buat kapten dan pakcik, kalau baca entry ni, maafkan aku ek. Bukankah kita disuruh untuk bermaaf2an. Kalau tak baca pun, maafkanlah jugak aku ye.. terima kasih. Moga Allah beri hidayah kat pakcik dengan kapten untuk mejadi hambaNya yang baik dan istiqamah dalam beribadah kepadaNYA…amin..

p/s2 : aku sayang kat semua orang(bukan keseluruhannya la)...bukan arab sahaja. aku sayang keluarga aku. aku sayang sahabat2 aku. aku sayang kawan2 aku. insyaAllah, aku akan sayang isteri aku. aku sayang diri aku. aku sayang....................... [jangan fikir bukan2...]

baca untuk ambil pengajaran...

Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt…

2 MaklumBalas:

Anonymous said...

penyayang sungguh rupanya abg panglima.moga abg panglima dikurnia sifat sabar dan tenang oleh ALLAH swt

panglimaislam said...

Assalamualaikum..

ni xdak gheja la ni...terima kasih doakan...haha.lepas tu aku/ ana xpenah dah gaduh..selalu elak...sampai dah kena ugut mintak duit pun masih cuba buat baik lagi..haha

[cnfrm xdak org baca dah komen ni...haha]

Salam Mujahadah
Assalamualaikum