Bismillah Walhamdulillah..
Bertemu lagi dalam siri seterusnya untuk Tips untuk CONFIRM berJaya. Kita dah banyak membincangkan tentang solat. Walaubagaimanapun, sebenarnya semua tu belum cukup dalam membincangkan tentang solat sepenuhnya. Dan ana serahkan pada antum untuk terus mencari dan menambah pengetahuan berkaitan solat. Ana sekadar menyedarkan, dan menyediakan titik tolak, kesinambungannya, terserah pada antum.
Untuk kali ini, ana suka untuk mengajak antum sama2 memikirkan pada 2 perkara yang seterusnya. InsyaAllah ana akan cuba membicarakan 2 perkara yang berbaki dalam perbincangan kita berdasarkan surah Al-Mukminun (ayat 1-11) pada siri seterusnya.
1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).
5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.
11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
[AlMu'minun : 1-11]
Dan 4 perkara tersebut ialah;
1. Menjauhkan diri daripada perkara sia2
2. Membersihkan harta
3. Menjaga kehormatan
4. Menjaga amanah dan janji
Sekali lalu melihat kepada perkara2 tersebut, nampak seperti tiada kaitannya dengan menjamin kejayaan kita. Nampak seperti tak mampu untuk menghasilkan sesuatu yang kita impikan. Tapi, cuba antum perhatikan sekali lagi. Perhatikan dengan mata hati, pasti antum akan terpandang sesuatu di sebaliknya. Sesuatu yang insyaAllah dapat membantu kita mencapai kajayaan baik di dunia mahupun di akhirat.
Kita bincangkan satu demi satu…
Menjauhkan diri dari perkara sia2
Tanpa perlu kita lihat secara mendalam, kita dah dapat kaitkannya dengan kejayaan. Apa yang mengaitkannya? Masa!. Kita amat2 memerlukan masa dalam berusaha mencapai kejayaan, baik di dunia mahupun akhirat. Kalau masa kita dihabiskan dengan perkara sia2, kita sememangnya akan rugi. Rugi kerana masa kita habis begitu sahaja. Dan rugi kerana kita langsung tak dapat apa2 faedah.

Bukankah masa boleh dibeli? Jadi, belilah...
Masa tersebut sepatutnya kita guna untuk menjalankan tanggungjawab kita. Kalau kita seorang pelajar, kita kena belajar. Kalau kita seorang guru, kita perlu mengajar dan mencari jalan mendidik anak2 murid kita sebaiknya. Tak kiralah apa status kita, yang penting, kita menggunakan masa kita dengan melaksanakan tanggungjawab kita sebaiknya.
Tapi, dalam melaksanakan tanggungjawab, pasti ada masa rehat bagi kita. Dan sepatutnya, jika kita benar2 inginkan kejayaan, masa rehat kita juga diisi dengan perkara2 yang berfaedah. Perkara2 yang tidak sia2. Jauhilah perkara2 yang lagho.
Sebenarnya, perkara2 yang sia2 ini, bukan sahaja menghabiskan masa kita, tapi dalam masa yang sama menghitamkan hati kita. Kita akan merasai kesannya sejak di sini (dunia) lagi. Kita akan rasa tak tenteram dan tertekan. Kenapa? Kerana masa kita habis, dan kerja kita tidak selesai. Itu di dunia. Bagaimana di akhirat? Apa jawapan kita apabila ditanya akan masa kita, di mana kita habiskan?
Dan bagi setiap detik masa kita, ada kerja yang lebih sesuai untuk waktu tersebut. Contohnya, ketika waktu pengajian/kuliah, sepatutnya kita ke kuliah, apabila tiba waktu malam, kita tidur [tapi tak berlebihan dan meluangkan masa malam kita untuk bertahajjud] dan begitulah seterusnya. Ketika kita sedang sibuk mengulangkaji pelajaran, apabila tiba waktu solat, adalah lebih perlu kita meninggalkan study kita dan bersegera menuju ke Masjid untuk bersolat. Kerana bagi setiap masa ada haqnya. [tajuk 'haq masa' akan dibincangkan pada masa yang lain].
Fikir2kanlah…
Membersihkan harta
Bagaimana nak membersihkan harta? Dengan mengeluarkan sebahagian daripadanya dan memberikan kepada mereka2 yang berhak. Sebenarnya, masyarakat di sekeliling kita juga mempunyai sedikit haq ke atas harta kita.
Membersihkan harta biasa dikaitkan dengan zakat. Bagaimana mereka2 yang tak perlu membayar zakat ingin membersihkan harta? Pada pendapat ana, di sinilah perlunya sedekah. Selain membersihkan harta, zakat juga merupakan pengikat hubungan sesama manusia. Jika solat melambangkan hubungan kita dengan Allah SWT, zakat pula sebaliknya menghubung manusia dengan manusia. Dan sedekah mempunyai peranan yang sama.

Israel menerima lebih $15juta sehari,
manakala NGO Palestin hanya menerima lebih kurang $200K,
apa peranan kita?
Apa pula kaitan sedekah dengan berjaya?
Salah satu sudut yang ana nampak, apabila kita bersedekah, kita akan didoakan. Kita akan didoakan oleh penerima sedekah. Dan kita akan didoakan makhluk2 lain yang menyaksikan kita. InsyaAllah. Dan apabila ramai yang mendoakan kita, adakah Allah yang Maha Pengasih tidak akan menerimanya? Tentu sahaja Allah akan menerima doa walau hanya dari seorang hamba. Inikan pula ramai dari hamba2Nya yang berdoa memohon kebaikan buat hambaNya yang membuat kebajikan.
Cuma yang penting dalam sedekah ini ialah Ikhlas. Memang jika kita tak ikhlas pun, kita tetap didoakan sebab tiada yang tahu apa di dalam hati kita melainkan Allah SWT. Namun, doa dari mereka itu, hanya dari satu segi. Bagaimana dari sudut2 yang lain. Adakah Allah menerima kebaikan kita itu, jika kita buat bukan keranaNya. Adakah Allah akan menerima doa2 mereka yang meminta kebaikan buat kita jika kita secara sedar atau tidak telah melakukan syirik kecil kepadaNya.

apa kita akan buat dengan duit kita bertimbun2?
Dan cubalah belajar untuk bersedekah bermula dari sekarang. Jika tak mampu banyak, mulakan dengan sedikit. Belajarlah untuk ikhlas.
Seperti yang telah dinyatakan, sedekah/zakat menjadi penghubung antara manusia. Di sini kita dapat lihat peri pentingnya hubungan sesama manusia. Malah hubungan sesama manusia menguatkan lagi hujah bahawa ini merupakan satu tip penting dalam mendapatkan kejayaan dunia akhirat.
Kita takkan mampu mencapai kejayaan jika kita hidup secara nafsi-nafsi. Kita sebagai manusia memang perlu bergantung pada manusia yang lain. Itu sunnatullah. Kita perlu kepada mereka yang bergelar petani [menghasilkan sumber makanan], guru [menyampaikan ilmu], polis [menjaga keamanan], malah pemungut sampah [menjamin kebersihan dan kesihatan]. Manusia dijadikan memerlukan antara satu sama lain.
Jika dilihat dari sudut membersihkan harta, apabila ada sahabat kita yang amat2 memerlukan, kita sebagai seorang sahabat, perlu segera menghulurkan bantuan [bukan harta semata2-cuma di sini kita membicarakan tentang harta]. Ini akan mengeratkan lagi hubungan dan insyaAllah kelak jika kita dalam kesusahan, Allah SWT akan menghantar seseorang untuk membantu kita.
Semoga Allah memberi kekuatan pada ana untuk menyelesaikan siri ini pada masa akan datang. Dan insyaAllah, siri ini hanya berbaki dua siri lagi. Siri akan datang akan membicarakan pada 2 perkara terakhir sebelum ditutup dengan siri kesimpulan.
Alfussalamah
Assalamualaikum.

0 MaklumBalas:
Post a Comment