HaQ MASA

Friday, 30 May 2008

Bismillah




Apakah ibadah dan bentuknya yang terbaik dan afdhal?
Apakah jenis ibadah yang paling disukai Allah SWT?
Apakah ibadah yang paling memartabatkan pelakunya di sisi Allah SWT dan menempatkannya hampir denganNya?


Ibnu al-Qayyum dalam kitabnya ‘Madarij as-Salikin’ ada menyebut bahawa setiap waktu mempunyai ibadahnya yang tersendiri.

Ibnu al-Qayyum berkata :

“Ibadah yang paling baik (afdhal), ialah beramal berdasarkan keredhaan Allah SWT pada setiap waktu mengikut keperluan masa tersebut dan tugasnya. Oleh itu, ibadah yang afdhal pada waktu jihad adalah berjihad. Sekalipun ia mengakibatkan amalan sunat yang tetap seperti sembahyang malam dan puasa ditinggalkan. Bahkan sekalipun sekalipun sembahyang fardhu yang sempurna seperti sebagaimana sembahyang ketika keadaan aman turut ditinggalkan. [tetap dilaksanakan tapi diberi rukhsah, kelonggaran]

Amalan dan ibadah yang paling baik ketika tetamu datang bertamu adalah menunaikan hak-hak tetamu. Amalan sunat yang tetap, begitu juga menunaikan hak isteri dan keluarga tidak lagi menjadi keutamaan ketika itu. [jangan masa tetamu datang, kita sibuk keluar beli barang dapur…]

Amalan yang afdhal ketika waktu sahur (hampir waktu subuh) ialah sibuk dengan bersembahyang, membaca Al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar.

Ibadah yang terbaik ketika pelajar meminta tunjuk ajar dan mengajar orang yang jahil adalah mara dan sibuk dengan mengajar.

Ibadah yang afdhal ketika azan dikumandangkan ialah meninggalkan semua wirid dan menyahut seruan juru azan. Amalan yang terbaik ketika tiba waktu sembahyang lima waktu ialah bersungguh-sungguh menyempurnakan sembahyang, bersegera menunaikannya di awal waktu dan pergi ke masjid meskipun jauh dan itulah yang afdhal.


Amalan yang afdhal ketika waktu-waktu genting yang memerlukan bantuan sama ada bantuan pengaruh, jasmani atau harta ialah berusaha memberi pertolongan dan bantuan serta mengenepikan amalan berwirid dan bersendirian (khalwah).

Amalan yang paling baik ketika membaca Al-Quran ialah menumpukan hati dan keazaman untuk mentadabbur dan memahami Al-Quran. Hinggakan kamu rasa seolah-olah Al-Quran berbicara denganmu. Oleh itu, garap dan tumpukan hati kamu untuk memahami dan mentadabburnya. Kukuhkan keazaman untuk melaksanakan perintah-Nya.

Ibadah yang terbaik ketika wukuf di Arafah ialah bersungguh-sungguh untuk tunduk khusyuk, berdoa, juga berzikir, bukannya berpuasa yang boleh melemahkan badan untuk melakukan ibadah-ibadah tadi.

Manakala amalan yang afdhal ketika sepuluh hari Zulhijjah ialah memperbanyakkan ibadah terutamanya bertakbil, bertahlil, dan bertahmid.

Sementara ibadah yang paling afdhal ketika sepuluh hari terakhir Ramadhan ialah melazimi masjid, bersendirian (khalwah) dan beriktikaf, bukannya sibuk bercampur gaul dengan manusia.

Amalan yang paling baik ketika teman seIslammu sakit atau meninggal dunia ialah menziarahinya atau hadir mengiringi jenazahnya.

Ibadah yang paling afdhal pada setiap waktu dan keadaan ialah mengutamakan dan mengejar keredhaan Allah SWT pada waktu dan keadaan itu, sentiasa sibuk menunaikan kewajipan waktu, tugas dan tuntutan ketika itu.”

sumber : Asas-asas Islam, Modul Pembangunan Insan [terjemahan kitab 'Min Mabadiul Islam']

Alfussalamah,
Assalamualaikum  
 ibn_arsyad

CiNTa BerPutiK

Tuesday, 27 May 2008

Assalamualaikum...

Beberapa hari ni, aku[ana] dalam keadaan serba tak kena. Banyak tanggungjawab terabai. Banyak kerja terbengkalai. Terus menerus dalam dilema. Namun, bila fikir secara mendalam, aku[ana] sedar, hanya Allah tempat mengadu dan tempat pergantungan. Bila difikir, aku[ana] sedar, tiada suatu pun yang berlaku tanpa ada hikmah dan kebaikan di sebaliknya. Kerana, Allah SWT adalah Tuhan yang Maha Adil, yang takkan sekali2 menzalimi hamba2Nya. Aku[ana] yang menzalimi diri sendiri.

Segala ujian ini, sebenarnya aku[ana] mampu untuk tanggung. Sebab Allah SWT telah menyatakan dengan jelas dalam AlQuran bahawa Dia takkan membebani hamba2Nya dengan sesuatu yang mereka tak mampu. Allah SWT takkan sekali2 berdusta. Mustahil Bagi Allah SWT untuk berdusta. Mustahil bagi Allah SWT untuk mungkir janji2Nya.

Walaubagaimanapun, tiada sesuatu yang mustahil bagi Allah SWT untuk laksanakan. Dia berhak untuk melakukan apa sahaja. Dialah Tuhan, pencipta, pemilik dan pentadbir kita semua.

Jadi untuk kali ni, aku[ana] nak kongsi 2 lagi lagu yang best. Untuk meMotivasikan balik diri2 kita dalam memutikkan rasa kasih dan sayang kita kepada yang sepatutnya. Kepada Pemilik kasih, sayang dan cinta.

Cinta Agung 
Munsyid : Qatrunnada 


Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan

Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

______________________

Satu lagi lagu untuk dikongsi bersama, Muslim 4 life by SOA, Soldiers of Allah. Moga dapat menghayati, dan ambil manfaat. Klik tajuk lagu, dengar lagu sambil baca lirik. Memang Best...
Enjoy...!!!

Moslem For Live 
Munsyid : Soldiers of Allah
 

Now
If we don't change society
Then we are part of the cause
on the Day of Judgment
We are going to stand
in front of Allah
There will be no excuses
For being useless

Without Islam in our lives
Our lives are fruitless
Leaving behind
all things
taking nothing
but our deeds
On the last day it will be
too late to repent
We will be accountable

For every minute &
cent that we spent
Islamicly intact
My brothers got my back
Shaitan can't attack
because were always in a pack

M-U-S-L-I-M
MUSLIM 4 LIFE
& WE WILL NEVER GIVE IN
WE STAND UP AND SPEAK OUT
AGAINST THOSE WHO OPPRESS
WE TAKE ISLAM &
WE TAKE NO LESS

Prophet showed us
how to be a statesman
a father, a leader
Amir of jihad
a husband, a judge
and a friend

A messenger
that Allah has send
that's the example
that we content
He cultured
The Sahabas personalities
Built Islamic mentalities
gave them the bigger scope


to spread Islam
All over the globe
they say your too young
to change this world
to young to understand
Look at Ali (RA)
At 8 he was mature
like a man
Carrying this
message of Islam

Kalid Ibn-Waleed
Conquering land
Liberating kufar
to Islam
Abu Bakr
politically sharp
was side by side
with the Prophet
from the start

We are the youth
Let us Bring Islam Back
We did it in the past
So let us do it again

M-U-S-L-I-M
MUSLIM 4 LIFE
& WE WILL NEVER GIVE IN
WE STAND UP AND SPEAK OUT
AGAINST THOSE WHO OPPRESS
WE TAKE ISLAM &
WE TAKE NO LESS

Carrying Islam
is like carrying a hot coal
pure pressure surrounds us
but we won't fold
when time become tough
remember Jannah

it was difficult
even for the Sahabas
No success
without struggle
Keep our best friends Muslim
So w?re always out of trouble
checking our ideas
the way we think


based on Islam
Because Islam is our Deen
Bonded by our ideas
Islamically connected
Days of jahillah
Alhamdulillah we left it
Islamic as a yardstick
That we measure
Only for Allah
And to gain HIS pleasure

M-U-S-L-I-M
MUSLIM 4 LIFE
& WE WILL NEVER GIVE IN
WE STAND UP AND SPEAK OUT
AGAINST THOSE WHO OPPRESS
WE TAKE ISLAM &
WE TAKE NO LESS

Much props to my sisters
Carrying this Deen
& to my brothers
With the same mean
We will never idolize
It's no surprise
The youth realize
Jannah is the only prize

Standing together
Kafirs worst nightmare
Muslim united
And not scared
Following only Qur'an
& and the Sunnah
an Ummah
who loves Allah
More than this dunnyah

M-U-S-L-I-M
MUSLIM 4 LIFE
& WE WILL NEVER GIVE IN
WE STAND UP AND SPEAK OUT
AGAINST THOSE WHO OPPRESS
WE TAKE ISLAM &
WE TAKE NO LESS
____________________



Semoga mendapat manfaat dari perkongsian ini. Doakan kami semua. Madah (baca:subjek) seterusnya, 8 Jun nanti. Terpaksa berjinak2 dengan dadah. Doakan aku[ana] terus tenang dalam menghadapi segala keadaan dan membuat keputusan.

p/s : pakej umrah/haji untuk mutazauwwij untuk tahun depan atau selepasnya, boleh rujuk abang pinky...




Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt...

Cerita Orang Arab

Monday, 26 May 2008

2 MaklumBalas  

Tension aku dengan orang arab

Assalamualaikum...

Aku tahu bukan semua orang arab tu jahat, teruk. Aku akuinya. Malah aku sendiri ada ramai sangat2 kawan dari kalangan bangsa arab (arab Mesir la sebab aku kat Mesir).

Cuma di sini, aku nak kongsi beberapa cerita yang buat aku betul2 geram.

Kisah 1

Hari Khamis lepas, ketika aku (bersama team MU aku) dan sahabat2 Malaysia lain bersiap untuk memulakan sepak mula perlawanan persahabatan kami, kami didatangi seorang lelaki yang amat aku kenali, antara orang yang in charge gelanggang futsal kat Universiti Mansoura.

Dia datang nak minta gawab mal3ab (surat tanda tempah). Pastu, dia kata kami leh main smpai pkul6 sahaja (sedangkan aku tempah sampai pkul 7). Alasannya sebab aku bawa budak2 luar universiti (budak2 yang main untuk team MU), jadi bayarannya dua kali ganda. So, masa kami tinggal sejam daripada asalnya 2 jam.

Aku pun dengan tak semena2, (menjadi seperti arab2 yang lain), naik suara marah sebab aku dah tanya dan minta izin kat pejabat masa nak tempah pada paginya. Tapi, kapten tu tetap gak dengan pendiriannya. Geram aku. Bermulalah peperangan mulut. Keluarlah segala perkataan seperti akhirat, syurga neraka dari mulut aku (alhamdulillah masih terjaga dari mencarut dan kata2 kesat).

Akhirnya dia bagi gak. Terima kasih yek kapten. Sori sebab terkasar dan tertinggi suara. Tapi, aku dah minta izin. Jadi, kapten sepatutnya berfikir secara rasional. Jangan nak ikut rasa hati kapten jek.

Kisah 2

Tersebutlah kisah di sebuah kawasan dikenali sebagai Samanoudy, tinggal seorang budak kecil yang suka cari pasal dengan aku. Aku tak layan sangat budak ni. Tak layan macam aku layan budak2 lain. Kadang2 dia panggil, aku buat mcm tak dengar.

Dan dia ni pun amatlah suka untuk mengutuk dan mengejek aku. [Mentang2 aku baik, ko nak pijak2 kepala aku…banyak cantek..]

Jadi, sekali sekala, bila aku dapat peluang, aku pun lepaskanlah marahku padanya seperti mengetuk tengkoknya (kat Mesir ni, aib kalau kita ni diketuk tengkok) dan sebagainya.

Nak jadi cerita, suatu hari, nampaklah emak kepada budak ni perbuatan aku, sekali dia cerita kat bapak si budak ni plak (suami dia la). Esoknya, aku dipanggil si bapak untuk datang mengadapnya di kedai miliknya.

Sebagai orang yang rasa diri tak bersalah, aku pergi mengadap. Awalnya dia takdak. Kali kedua, dia ada. Untuk kali kedua, dalam masa 4 hari, aku naik suara kat orang arab. Dia marah aku. Aku pun gtaulah kat dia yang anak dia ni jahat sebab suka cakap perkataan2 tak elok kat orang. Dia kata kat aku yang aku (orang besaq) tak sepatutnya pukul anaknya (budak kecik).

Aku : habis, kalau budak kecik kutuk orang besaq takpalah?
Pakcik : memang salah, tapi hang kena gtau kat aku, pastu nanti aku yang akan pukul dia, bukan hang.
Aku : tapi dia selalu sangat dah kata kat aku. Cmnilah pakcik, apa kata pakcik pukul dia tiap2 hari sebab dia kata kat saya tiap2 hari.

[pakcik tu jadi tak puas hati…haha]

Aku : kalau lepas ni dia kata kat aku lagi, aku akan pukul dia depan mata kepala pak cik.
Pakcik : Hang tak boleh pukul dia. Kalau dia kata kat hang, hang kena habaq kat aku. Biaq aku yang pukul dia.
Aku : Ok, la ni aku habaq kat pakcik yang dia ni dah banyak kali kata kat aku, so, balik ni, pakcik pukul la dia. Pukul tu… Jangan tak pukul…Ingat tu, Assalamualaikum…

[bahasa diubah suai supaya menjadi lebih dahsyat dan nampak ke’kurang ajar’an aku]

Hm…teruk gila aku kan. Kalau baca ayat kat atas tu memang la teruk. Tapi itulah kandungan pergaduhan mulut kedua aku dalam masa 4 hari. Tengah tak dak mood plak. Jadi baran tiba2 aku. Jahatnya aku…

Tapi, aku sebenarnya tak bersalah [nada sedih]. Mak dia ni dah tersalah tengok. Aku bukannya pukul betul pun budak tu. Aku buat kat dia macam aku buat kat kawan2 lain gak. Macam aku buat kat Khaled yang aku sayang. Macam aku buat kat Mido yang aku sayang. Malah, kalau Mido atau Khaled, aku memang pernah terajang betul2 punya terajang lagi. Tapi, kami just main2.


mereka2 yang selalu rasa sepak terajang aku
[tanda sayang tuh...]


Bezanya, budak tu aku tak sayang..haha. Tapi, budak tu pun faham sebenarnya yang aku pukul main2 ja. Dia pun berani kutuk aku sebab dia tau aku baik[nada poyo] dan takkan pukul dia betul2. Sekali mak dia nampak. Sebab tulah jadi cerita yang tak sepatutnya berlaku tu.

Masa jumpa pak dia plak, cara pak dia cakap buat aku tak puas hati, ditambah pula dengan keadaan aku yang tengah tension dan tak dak mood, maka jadilah peristiwa yang aku harap tak akan berlaku lagi lepas pada ni.

[Aku dah jadi macam orang Arab…tidak!!!, aku dah pandai bergaduh dan cepat baran…argh…tidak!!!]

Ya Allah, kurniakanlah aku kesabaran dan ketenangan apabila menghadapi keadaan yang tegang. Malah sabar dan tenang dalam apa jua keadaan. Ya Allah, jadikanlah aku di kalangan orang2 yang sabar kerana Engkau ada berfirman, bahawa Engkau bersama2 orang2 yang SABAR… Amiin..

Moga2 kedua2 peristiwa itu adalah yang pertama dan yang terakhir.

Apa2pun, aku tak pernah dan takkan benci pada orang Arab. Tapi, aku benci pada perangai2 yang teruk. Bangsa tak menggambarkan perangai. Ramai ja Melayu yang TERUK. Ramai jugak Arab yang TERUK. Tak kurang Melayu yang BAIK. Tak kurang jugak Arab yang BAIK.


tak dak kaitan dengan cerita
antara yang aku sayang..haha


Semua orang boleh jadi baik. Jom pakat2 jadi baik.
_______________________

p/s1 : buat kapten dan pakcik, kalau baca entry ni, maafkan aku ek. Bukankah kita disuruh untuk bermaaf2an. Kalau tak baca pun, maafkanlah jugak aku ye.. terima kasih. Moga Allah beri hidayah kat pakcik dengan kapten untuk mejadi hambaNya yang baik dan istiqamah dalam beribadah kepadaNYA…amin..

p/s2 : aku sayang kat semua orang(bukan keseluruhannya la)...bukan arab sahaja. aku sayang keluarga aku. aku sayang sahabat2 aku. aku sayang kawan2 aku. insyaAllah, aku akan sayang isteri aku. aku sayang diri aku. aku sayang....................... [jangan fikir bukan2...]

baca untuk ambil pengajaran...

Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt…

...Glory, Glory MU...

5 MaklumBalas  

Assalamualaikum…

Hari Khamis [22 MEI 2008]

Habis Parasitology. Memang tak puas hati. Pertama sebab tak boleh jawab sangat. Keduanya dan yang lebih penting, tak dapat banyak sangat. Ya Allah, kurniakan aku ilmu yang berkat. Berikan aku kekuatan untuk usaha sugguh2 menimba ilmuMu.

Walaubagaimanapun, syafawi menyeronokkan. Doktor baik. Dan sentiasa senyum. So, tak boleh jawab pun rasa tenang. Penting kan senyum tu. Jadi, senyum sokmo.

Habis syafawi, aku [ana] ke syuun tullab*, dapatkan tasrih* untuk mal3ab*, pastu call paklong yang in charge mal3ab. Dia suruh datang pejabat. So, bergegas la plak aku [ana] berjalan kaki ke sana. [silap tak bawa basikal hari tuh]

Hasilnya, hari tu, kami main dari pukul 5-7, diikuti 9-10 (walaupun sepatutnya 8-10, tapi lewat sebab ada iftar* kat rumah).

Dan sememangnya, hari itu menjadi hari yang memenatkan. Hari aku [ana] kekenyangan, dan hari aku [ana] keletihan. Jadi, tidur malamnya menjadi tidur yang merehatkan dan amat nyenyak [tak ingat akhirat].

Hari itu juga, aku [ana] dalam kegembiraan, juga sedikit terkilan. Terkilan sebab Chelsea tewas ketika bermain lebih baik. (apapun, aku [ana] suka sebab aku [ana] harap si A.Grant akan berundur dengan kekalahan tu..dan harap sangat2 pada kelab2 lain, tolong beli Drogba…) Dan gembira sebab MU menang juga akhirnya. [penyokong2 Manchester, jangan suka sangat, Manchester menang nasib…] MU yang aku [ana] maksudkan di sini, Muslimeen United [walaupun, nama belum rasmi, tapi saja nak guna…]


sebahagian ahli pasukan MU yang mantap

Petang tu [5-7], MU, yang diwakili 2 pasukan [A dan B] masing2 menang satu dan tewas satu. Pasukan A, yang terdiri pemain2 utama, terlebih dahulu bermain dan tewas tipis 0-1, kepada Team Malaysia (Faisal and the Gang). Kemudian, pasukan B, yang diwakili pemain2 muda (sekolah rendah dan dilengkapkan seorang dua pemain utama), dibelasah teruk dalam permainan yang sedikit kucar-kacir.

Walaubagaimanapun, kedua2 pasukan, (A dan B), kembali menunjukkan taring dan membalas kekalahan awal, dengan masing2 menang 6-5 dan 5-1. Tahniah buat kedua2 pasukan terutamanya B apabila dapat membelasah balik kekalahan awal. Namun, kami sedar, kemenangan itu tercapai dibantu oleh faktor kepenatan pasukan lawan. [yang 6-5 tu, korang tak penat lagi, kalau korang penat, kami pun penat]

Tapi, MENANG tetap MENANG. Tak payah nak bagi alasan…

Malamnya, aku [ana] berada dalam pasukan yang menang. Kali ni, aku [ana] satu team dengan Faisal. Dan kami menang kelebihan 3 gol. Aku [ana] dan Azrul bermain di bahagian pertahanan. Best gak main kat belakang rupanya…
_____________________

Hari esoknya , Jumaat, aku [ana] dijangkiti penyakit bosan dan boring. Dari selepas solat Jumaat, hinggalah Solat Zohor keesokannya (sekarang-ketika menaip untuk entry ni). Apa yang aku [ana] buat sepanjang waktu tu, hanyalah mengadap komputer. Buka movie, layan drama, baca berita, baca blog, baca status message ym orang.

Cuma, selepas solat isya’, ada sedikit kekecohan berlaku [ana] apabila, salah seorang kawan baik aku [ana], Mido, telah mencederakan seorang yang lain di kepala. Kecederaan tersebut, tidak menjadi masalah buat mangsa. Tapi apa yang ditakutkan mangsa, ibu bapanya tahu akan kecederaan tersebut. So, bermacam usaha dibuat Mido dan Thariq (mangsa), untuk menghilangkan kesan kecederaan terutamanya bau darah pada baju mangsa. Aku [ana] tiba2 dibabitkan sama.

______________________

Aku [ana], ada terdengar perbualan beberapa orang budak arab.

Ana 3arif enta ruh istad lei.. 3asyan banat..soh?
Kulu ruhein istad 3asyan banat…*


[aku tahu ko pegi stadium (merujuk taman kat stadium universiti) kenape, sebab (nak tengok) perempuan kan?
Semua (orang) pergi stadium sebab (nak tengok) perempuan]


Terkejut aku [ana] dengar kata2 budak tu. Bukan terkejut dengan apa yang disebut. Tapi terkejut dengan budak tu sendriri. Dia baru sekolah rendah, darjah 6. Tengah exam sekarang ni (kalau kat Malaysia, macam UPSR la…). Haih…budak2 pun dah pandai bab2 ni. Sedih tul…

Hm…masuk bab ni, teringat pada mereka2 yang couple. Atau turut dikenali sebagai cinta terlarang. Cinta yang dilarang Islam. Aku [ana] tak tahu apa matlamat diorang dengan hubungan tu.

Kalau betul2 serius nak bawa ke gerbang perkahwinan, elok segerakan. Memang kena segerakan. Jangan dok usung sana sini anak dara orang. Kita kena ingat, kita manusia yang hanya sementara di dunia ni. Kita hanya menumpang sekejap di alam fana ni. Bila2 kita boleh mati. Takkan kita nak mati ketika sedang berdua2an dengan pasangan haram kita. Takkan kita nak mati ketika hati kita sedang asyik teringat pada si ‘dia’.

Kita akan mati. Sapa yang berani jamin dia boleh hidup sehingga 2 jam dari sekarang. Sapa yang amat2 yakin, dia masih bernyawa, sepuluh minit dari sekarang. Malah, selepas beberapa detik dari sekarang pun, kita boleh mati.

Malas lagi nak cakap panjang2 pasal couple ni. Lain kali. Memang nak ceramah panjang pasal ni. Harap korang baca dengan hati terbuka. Aku seorang yang terbuka. Islam itu mudah. Tapi bukan untuk dimudah2kan. Allah SWT tak akan bebankan seorang hamba dengan sesuatu yang dia tak mampu.

Bagi yang rasa minat kat seseorang tu, cepat2lah hantar rombongan. Jangan biar lama2. [kalau pompuan, hantar wakil-bait muslim pun ada kan…]. Kalau biar lama, nanti terlepas kat tangan orang lain. Lagi teruk, takut mati dalam maksiat dan dosa bagi yang couple. Kalau yang tak couple plak, boleh jadi dosa gak. Ye la, hati ni kan payah sikit nak control. Nafsu lagi… Cepat2lah ye..

Yang iman masih mantap, istiqamah.. Kita jangan rasa kita bagus. Tolong kawan2 yang lemah. Sebab banyak sejarah, orang yang rasa dia bagus, tak buat dosa, akhirnya terjebak dalam dosa yang dia benci sangat2
. Banyak cerita dah aku[ana] dengar. Yang depan mata pun ada. Nak cerita, lain kali lah ek…
____________________

Sekatat ni dulu entry kali ni…[panjang dah ni…]

p/s : fitrah manusia untuk jatuh cinta, Cuma bagaimana kita mengontrolnya…, tu yang akan dipersoal kelak… aku pun pernah terjebak…
____________________

*syuun tullab = pejabat hal ehwal pelajar
*tasrih = surat kebenaran fakulti untuk bayar yuran, tempah padang etc. (sini merujuk untuk padang)
*mal3ab = Padang (futsal)
*iftar = berbuka puasa


...terlambat post atas sebab kekangan masa...

Salam Mujahadah,
Assalamualaikum wbt…

..Islam itu SyuMuL..

Wednesday, 21 May 2008

5 MaklumBalas  

Assalamualaikum…

Semalaman tidak tidur [dan juga tak buat apa2], lepas subuh ni baru rasa nak update blog ni. Semalam (seperti mana setiap kali lepas exam) kami, beramai2 berlari2 mengejar satu objek bulat sambil menyepak2nya ke sana dan ke sini. Dan permainan kejar2 objek bulat tu, team aku menang lepas seorang pemain kami menanduk objek tu ke gawang lawan yang memang sedia ada kat padang tu. Sebelum tu, team lawan 8 kali memasukkan objek tu ke gawang kami. Jadi, kami menang dengan 1-8 [sebab kami yang akhir sekali dapat gol].

Dalam keadaan yang amat2 mengantuk ni, aku [ana] nak ulas sikit pasal Thomas Cup yang didominasi China baru2 ni. [Kejohanan ni telah mengganggu perjalanan study…alasan!].



Negaraku Malaysia, bagiku bermain dengan baik walaupun terkandas di separuh akhir, di tangan China. Malaysia yang juga diwakili orang2 cina, kecuali 3 yang terakhir, tewas tipis 2-3. Kemenangan Malaysia diperoleh oleh Lee Chong Wei [single pertama], dan Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari/Mohd Zakry Abdul Latif [regu kedua-mantap dan bersemangat].



Malaysia sepatutnya boleh menang. Tapi disebabkan tiada rezeki, ditambah permainan buruk Wong Choong Hann [macam tak mau main], pasangan regu emas [entah apa jadi dengan diorang], dan permainan serba tak menjadi Hafiz [orang melayu yang diharap boleh bawa Malaysia ke Final], Malaysia kalah.



Kita sepatutnya boleh menang kedua2 regu, dan salah satu single memandangkan single memang didominasi oleh China. Dan Chong Wei, telah mendapatkan point penting tersebut. Tapi, regu pertama pulak menambah sukarkan lagi perjalanan Malaysia. So, tunggu lagi 2 tahun la..

Tapi sebelum tu, aku[ana] harap mana2 pemain Malaysia dapat bawa balik pingat emas Olimpik ogos ni. Dan aku[ana] amat2 harap, orang Islam yang menang.

Hm…kan bagus kalau bila kita main satu2 sukan, wakili Malaysia lagi, kita cuba jati duta untuk agama kita juga. Biar kita ada rasa izzah sebagai seorang Islam. Biar orang lain tahu yang Islam ni syumul. Biar orang nampak yang orang Islam ni, bila buat sesuatu, dia akan bersungguh dan akan jadi yang terbaik.

Jadi macam diorang ni…[link] Tengok video ni…[link]

Tapi, sebaliknya sekarang, kuasa dunia dalam apa2 sukan pun, bukan dari kalangan orang Islam. Memang itu bukan tujuan utama, menjadi kuasa dunia dalam sukan. Tapi, kita boleh dakwah melalui sukan ni.

Walaubagaimanapun, sukan bukanlah satu2nya jalan. Kalau kita nak berdakwah melalui sukan pun, biar dalam masa yang sama kita ada usaha dengan cara lain jugak.

Dari badminton, sekarang dah masuk bab dakwah. Jadi, aku[ana] teringat satu artikel yang best untuk dibaca. Harap korang[antum] dapat luang masa baca. Memang agak panjang, tapi bacalah. Tak kisah la korang[antum] ni ada ikut jemaah, baru nak mula2 join, ada fikrah, tak tau apa2 pasai jemaah, ada keinginan nak dakwah, tak pernah terfikir pun pasai dakwah2 ni, atau apa pun status anda, bacalah. InsyaAllah, bermanfaat.

Dari badminton, masuk ke bola.

Hari ni, dua kelab gergasi EPL, Merah dan Biru akan bermain di Moscow dalam perlawanan akhir EURO Champion League. Aku[ana] suka warna biru.



Angan2ku…

Aku[ana] harap si drogba tak main. Aku[ana] nak tengok Anelka [MUSLIM] jaring gol. Aku[ana] nak tengok Sheva main. Aku[ana] harap Lampard masuk Islam. Mesti ramai akan ikut jejak langkah dia lepas tu. Tu pentingnya orang2 popular masuk Islam. Best gak kalau Ballack pun turut serta..



Aku[ana] harap, perlawanan hari ni akan mengakhiri kerjaya si A.Grant di kelab Biru [kalau dia masuk Islam lagi bagus sebenarnya…yang penting tak dak yahudi dalam kelab Biru tu].

Apa pun, aku[ana] tetap Biru…[bukan cakap bab politik Malaysia ye sahabat2]

________________________

Lepas ni akan sibuk dengan dadah plak. Susah gak bila terlibat dengan pengedaran dadah ni. Doakan kami sahabat2, moga tak terkantoi masa pemeriksaan nanti.

________________________

I.F.N.A-terus membuat aku tak tentu arah dan serba salah...yang mana yea..?


Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt…

Outlandish Vs Zain Bhikha [..save palestine..]

Saturday, 17 May 2008

Assalamualaikum...

Fatrah imtihan ni, aku[ana] makin rajin meng'update' blog ni... Tapi kebanyakannya hanyalah copy paste yang aku[ana] rasa boleh kongsi... Dan rasanya makin banyak aku[ana] post lirik lagu [english plak tu...] dalam blog ni. Tapi semua tu untuk korang[antum] baca dan hayati. Kali ni, aku[ana] bawakan pula lagu Look into my eyes by Outlandish.. Thanks to 'guest' [sapa nie? boleh kenalkan diri tak..] yang mencadangkan lagu nie.. Best...!!

Ni lirik lagu tu... Link video..klik kat tajuk lagu [memang setiap post lirik, link video/audio, ada kat tajuk...insyaAllah...]... Baca, hayati...[lagi best kalau sambil dengar sendiri lagi dia..o-wo-o-woh...]


"Look Into My Eyes"

Look into my eyes
Tell me what ya see
U don't see a damn thing
Cuz u can't relate to me

U blinded by our differences
My life makes no sense to u
I'm the persecuted one
U the red, white and blue

Each day u wake in tranquility
No fears to cross your eyes
Each day I wake in gratitude
Thankin' God He let me rise

Ya worry 'bout your education
And the bills u have to pay
I worry 'bout my vulnerable life
And if I'll survive another day

Ya biggest fear is getting a ticket
As ya cruise your Cadillac
My fear is that the tank that's just left
Will turn around and come back

Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Has our world gone all blind
Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Some one tell me

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

See I've known terror for quite some times
57 years so cruel
Terror breathes the air I breathe
It's the check point on my way to school

Terror is the robbery of my land
And the torture of my mother
The imprisonment of my innocent father
The bullet in my baby brother

The bulldozers and the tanks
The gasses and the guns
The bombs that fall outside my door
All due to your funds

You blame me for defending myself
Against the ways of my enemies
I'm terrorized in my own land
And I'm the terrorist

Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Has our world gone all blind
Yet do u know the truth of where ya money goes
Do u let the media deceive your mind
Is this a truth that nobody knows
Some one tell me

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

American do ya realize
That the taxes that u pay
Feed the forces that traumatize
My every living day

So if I won't be here tomorrow
It's written in my fate
May the future bring a brighter day
The end of our wait

Oh let's not cry tonight
I promise you one day it's through
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

Oh shine a light for every soul
That ain't with us no more
Ohohoh my brothers
Ohohoh my sisters

[ www.azlyrics.com ]



..my beloved brother.. [firdaus]

________________________



Dan aku[ana] bawakan sama lagu Allah knows.. Memang best lagu Zain Bhikha ni.. Hayatilah...

Allah Knows

When you feel all alone in this world
And there's nobody to count your tears
Just remember, no matter where you are
Allah knows
Allah knows

When you carrying a monster load
And you wonder how far you can go
With every step on that road that you take
Allah knows
Allah knows

CHORUS
No matter what, inside or out
There's one thing of which there's no doubt
Allah knows
Allah knows
And whatever lies in the heavens and the earth
Every star in this whole universe
Allah knows
Allah knows

When you find that special someone
Feel your whole life has barely begun
You can walk on the moon, shout it to everyone
Allah knows
Allah knows

When you gaze with love in your eyes
Catch a glimpse of paradise
And you see your child take the first breath of life
Allah knows
Allah knows

CHORUS

When you lose someone close to your heart
See your whole world fall apart
And you try to go on but it seems so hard
Allah knows
Allah knows

You see we all have a path to choose
Through the valleys and hills we go
With the ups and the downs, never fret never frown
Allah knows
Allah knows

CHORUS (x2)


BRIDGE:
Every grain of sand,
In every desert land, He knows.
Every shade of palm,
Every closed hand, He knows.
Every sparkling tear,
On every eyelash, He knows.
Every thought I have,
And every word I share, He knows.
Allah knows

http://www.allthelyrics.com/song/1281259/
____________________



..desktop aku[ana] tika ini..

Selamat ber'imtihan' bagi yang sedang dalam fatrah imtihan macam aku[ana]... Dan jangan lupa doakan aku[ana] sama dalam doa2 kamu..


Salam Mujahadah,
Assalamualaikum wbt..

Red Flowers~

Thursday, 15 May 2008

Assalamualaikum...

Lagi lagu dan lirik yang nak dikongsikan bersama... Hayatilah...



Song: Flowers are Red
Dawud Wharnsby Ali, Muhammed Bhikha
& Rashid Bhikha ( Fakazi Ngwekazi (Nhlanhla),
Linda Gcwensa & Mfana Nxumalo (Sipho)


A little boy went first day at school
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
"Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"
And she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said… "You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me..."
she said...

"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said again...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said… "It's for your own good…
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"

Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"

This is what he said..
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one




Cuba perhati apa yang nak disampaikan di sebalik lagu ni...


Salam Mujahadah,
Assalamualaikum wbt...

Ghulam Dakwah

Wednesday, 14 May 2008

Assalamualaikum...

Lagi cerita untuk dikongsikan bersama. Cubalah fikir hikmah dan pengajaran di sebalik cerita. Cerita dipetik dari hadis Rasulullah SAW. InsyaAllah, kalau diberi kesempatan, akan dikupaskan cerita ini dengan lebih mendalam...[tak janji...kalau diberi kesempatan waktu]...


Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam) dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik);
sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap



Pengorbanan seorang budak demi Risalah, dan realiti kisah ini dengan kita

Dari Shuhaib Ar-Rumi radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Ada seorang raja pada zaman sebelum kalian. Dia memiliki seorang tukang sihir.

Apabila tukang sihir itu telah tua, ia berkata kepada sang raja, ‘Sesungguhnya usiaku telah tua dan ajalku telah dekat. Karena itu, utuslah kepadaku seorang anak muda agar aku ajari sihir’.

Maka diutuslah seorang pemuda yang kemudian dia ajari sihir. Dan jalan antara raja dengan tukang sihir itu terdapat seorang rahib. Pemuda itu mendatangi rahib dan mendengarkan pembicaraannya. Pemuda tersebut begitu kagum kepada rahib dan pembicaraannya.

Oleh itu, apabila sampai kepada tukang sihir serta merta dia dipukulnya kerana terlambat seraya ditanya, ‘Apa yang menghalangmu?’

Dan begitu juga apabila sampai di rumahnya, keluarganya memukulnya seraya bertanya, ‘Apa yang menghalangmu (sehingga terlambat pulang)?’

Lalu, dia pun mengadukan halnya kepada rahib. Rahib berkata, ‘Jika tukang sihir ingin memukulmu katakanlah, aku terlambat kerana keluargaku. Dan jika keluargamu hendak memukulmu maka katakanlah, aku terlambat kerana (belajar dengan) tukang sihir’.

Suatu hari, dia menyaksikan binatang besar dan menakutkan yang menghalangi jalan manusia, sehingga mereka tidak boleh menyeberang. Maka pemuda tersebut berkata, ‘Saat ini aku akan mengetahui, apakah perintah ahli sihir lebih dicintai Allah ataukah perintah rahib. Setelah itu ia mengambil batu seraya berkata, ‘Ya Allah, jika perintah rahib lebih engkau cintai dan ridhai daripada perintah tukang sihir maka bunuhlah binatang ini, sehingga manusia boleh menyeberang’. Lalu dia melemparnya, dan binatang itu pun terbunuh kemudian dia pergi. Maka dia beritahukan halnya kepada rahib. Lalu rahib berkata, ‘Wahai anakku, kini engkau telah menjadi lebih utama dari diriku. Kelak, engkau akan diuji. Jika engkau diuji maka jangan tunjukkan diriku.

Selanjutnya, pemuda itu mampu menyembuhkan orang buta, sopak dan segala jenis penyakit. Allah menyembuhkan mereka melalui kedua tangannya.

Alkisah, ada pembesar raja yang tiba-tiba buta. Ia mendengar tentang pemuda itu. Maka ia membawa hadiah yang banyak kepadanya seraya berkata, ‘Sembuhkanlah aku, dan engkau boleh memiliki semua ini!

Pemuda itu menjawab, ‘Aku tidak mampu menyembuhkan seseorang. Yang mampu menyembuhkan adalah Allah Azza wa Jalla. Jika Anda beriman kepada Allah dan berdo’a kepadaNya, niscaya DIA akan menyembuhkanmu. Dia lalu beriman dan berdo’a kepada Allah dan sembuh.

Kemudian dia datang kepada raja dan duduk di sisinya seperti sedia kala. Raja bertanya, ‘Wahai fulan, siapa yang menyembuhkan penglihatanmu?’

Dia menjawab, ‘Tuhanku’.

Raja berkata, ‘Saya?’

‘Tidak, tetapi Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’, tegasnya.

Raja bertanya, ‘Apakah kamu memiliki Tuhan selain diriku?’

Ia menjawab, ‘Ya, Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’.

Demikianlah, sehingga dia terus-menerus disiksa sampai dia menunjukkan kepada pemuda tersebut. Pemuda itu pun didatangkan.

Raja berkata, ‘Wahai anakku, sihirmu telah sampai pada tingkat kamu mampu menyembuhkan orang buta, sopak dan berbagai penyakit lainnya’.

Pemuda menangkis, ‘Aku tidak mampu menyembuhkan seorang pun. Yang menyembuhkan hanyalah Allah Azza wa Jalla.

Raja berkata, ‘Aku?’

‘Tidak!’, kata pemuda.

‘Apakah kamu punya Tuhan selain diriku?’

Dia menjawab, ‘Tuhanku dan Tuhanmu adalah Allah’.

Lalu dia pun terus disiksa sehingga ia menunjukkan kepada rahib. Maka rahib itu pun didatangkan.

Raja berkata, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua.

Kepada pembesar raja yang (dulunya) buta juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Dia menolak. Lalu di tengah-tengah kepalanya diletakkan gergaji dan ia dibelah menjadi dua.

Kepada pemuda juga dikatakan, ‘Kembalilah kepada agamamu semula!’ Ia menolak.

Lalu bersama beberapa orang dia dikirim ke gunung ini dan itu.

(Sebelumnya) Raja berpetuah, ‘Ketika kalian telah sampai pada puncak gunung maka bila ia kembali kepada agamanya (biarkanlah dia). Jika tidak, maka lemparkanlah dia! Mereka pun berangkat.

Ketika sampai di ketinggian gunung, sang pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah diriku dari mereka, sesuai dengan kehendakMu. Tiba-tiba gunung itu mengguncang mereka, sehingga se-muanya tergelincir. Lalu pemuda datang mencari sampai bertemu raja kembali.

Raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’

Dia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’.

Kembali dia dikirim bersama beberapa orang dalam sebuah perahu kecil.

Raja berkata, ‘Jika kalian berada di tengah lautan (maka biarkanlah dia) jika kembali kepada agamanya semula. Jika tidak, lemparkanlah dia ke laut yang luas dan dalam’.

Pemuda berdo’a, ‘Ya Allah, jagalah aku dari mereka, sesuai dengan kehendak-Mu’. Akhirnya mereka semua tenggelam dan sang pemuda datang lagi kepada raja.

Sang raja bertanya, ‘Apa yang terjadi dengan kawan-kawanmu?’

Dia menjawab, ‘Allah menjagaku dari mereka’.

Lalu pemuda berkata, ‘Wahai raja, kamu tidak akan bisa membunuhku sehingga engkau melakukan apa yang kuperintahkan. Jika engkau melakukan apa yang aku perintahkan maka engkau akan boleh membunuhku. Jika tidak, engkau tak akan boleh membunuhku’.

Raja berkata, ‘Perintah apa?’

Pemuda menjawab, ‘Kumpulkanlah orang-orang di satu padang yang luas, lalu saliblah aku di batang pohon. Setelah itu ambillah anak panah dari wadah panahku, lalu ucapkan, ‘Bismillahi rabbil ghulam (dengan nama Allah, Tuhan pemuda).

Maka (raja memanahnya) dan anak panah itu tepat mengenai pelipisnya. Pemuda itu meletakkan tangannya di bagian yang kena panah lalu meninggal dunia.

Maka orang-orang berkata, ‘Kami beriman kepada Tuhan sang pemuda. Kami beriman kepada Tuhan pemuda.

Lalu dikatakan kepada raja, ‘Tahukah Anda, sesuatu yang selama ini Anda takutkan? Kini sesuatu itu telah tiba, semua orang telah beriman.

Lalu ia memerintahkan membuat parit-parit di beberapa persimpangan jalan, kemudian dinyalakan api di dalamnya. Dan raja pun bertitah, ‘Siapa yang kembali kepada agama-nya semula, maka biarkanlah dia. Jika tidak, maka lemparkanlah dia ke dalamnya’. Maka orang-orang pun menolaknya sehingga mereka bergantian dilemparkan ke dalamnya. Hingga tibalah giliran seorang wanita bersama bayi yang sedang disusuinya. Sepertinya, ibu itu enggan untuk terjun ke dalam api. Tiba-tiba sang bayi berkata, ‘Bersabarlah wahai ibuku, sesungguhnya engkau berada dalam kebenaran’.”

HR. Ahmad dalam Al-Musnad, 6/16-18, Muslim dan An-Nasa’i dari hadits Hammad bin Salamah.

Dan An-Nasa’i serta Hammad bin Zaid menambahkan, yang keduanya dari Tsabit. Dan At-Tirmidzi meriwayatkan dari jalan Abdurrazak dari Ma’mar dari Tsabit dengan sanad darinya.

Ibnu Ishaq memasukkannya dalam Sirah dan disebutkan bahwa nama pemuda itu adalah Abdullah bin At-Tamir.


[diedit dari artikel asal tanpa mengubah sebarang jalan cerita, just perubahan ayat dan beberapa perkataan]

Kisah Ghulam
Written by Firdaus Shah
Monday, 19 November 2007

Mana BEST?

Assalamualaikum...

Bukan nak update sangat pun sebenarnya, just nak minta pendapat. Jadi, kepada anda2 yang sedang membaca, harap dapat mengundi di ruangan undi di sebelah kiri.

Tolong pilih nama pasukan yang anda rasa sesuai dan undi untuk logo yang paling BEST. Semua logo diciplak dan diubah suai dari logo kelab2 hebat seantero dunia. Jadi, aku bukan nak minta komen logo tu, just tengok ruangan undi kat sebelah dan undi logo yang anda rasa paling BEST.

Ni gambar logo2 tu dan nombor kod. So, kat sebelah nanti undi ikut kod yang diberikanlah. Tak perlu nak cerita panjang2 sebenarnya. Anda semua dah besaq panjang. Sendiri fikir...


MU0001






MU0002



MU0003

Dan aku dahulukan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kerana sudi membantu menyumbang idea untuk menentukan logo dan nama yang paling BEST... Jazakumullah

__________________________

Lagi ulang tahun kelahiran... Banyak betul budak2 Mansurah yang lahir dalam bulan ni. Tadi, aku hadiri sambutan Ulang Tahun kelahiran 4 orang pelajar tahun 2, Abdul 'Azim [13mei], Ceroj [9mei], Roma [9mei] dan Ismin [30mei kot...]...


sori la Azim sebab tolong buatkan wish kepada diri sendiri tu...
[nak gurau tak kena gaya]


Apa2pun, Selamat Melangkah ke umur baru. Moga umur2 yang lepas diberkati dan tahun baru ini menghasilkan suatu perubahan ke arah yang lebih baik...dengan izin Allah SWT, insyaAllah!!

__________________________

Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt...

Sayang Umi~

Sunday, 11 May 2008

Assalamualaikum…

Sempena Mothers’ Day hari ni, sama2 kita hayati lirik dan lagu dari Zain Bhikha ni. Best…

She wakes up early in the morning with a smile
And she holds my head up high
Don’t you ever let anybody put you down
Cos you are my little angel


Then she makes something warm for me to drink
Cos it’s cold out there, she thinks
Then she walks me to school, Yes I aint no fool
I just think my Mom is amazing


BRIDGE/CHORUS
She makes me feel
Like I can do anything
and when she’s with me
there’s no where else, I’d rather be…


After School, she’s waiting by the gate
I’m so happy that I just can’t wait
To get home to tell her how my day went
And eat the yummy food, only my Mom makes


Then I wind her up cos I don’t wanna bath
And we run around the house with a laugh
No matter what I say, she gets her way
I think my Mom is amazing


BRIDGE/CHORUS


Then I wake up in the morning, she’s not there
And I realize she never was
And I’m still here in this lonely orphanage
With so many just like me


And as my dreams begin to fade
I try hard to look forward to my day
But there’s a pain in my heart that’s a craving
How I wish I had a Mom that’s amazing
Would be amazing



my Umi dan Abuya...
[rutin mingguan...berbasikal...basikal mmg BEST]

Bacalah lirik ni betul2. Kemudian bayangkan wajah mak, ibu, mama, umi, mom [atau apa2 panggilanlah]. Bayangkan kalau lirik ini adalah luahan hati kita. Kitalah penulisnya. Kitalah yang menghadapinya. Bayangkan betul2 supaya kita dapat mendalami perasaan mereka2 yang langsung tak pernah melihat wajah ibu mereka. Supaya kita dapat menyelami mereka yang ketandusan kasih sayang dari seorang yang bernama ibu. Supaya kita dapat merasai betapa nikmatnya memiliki seorang ibu sehingga sekarang. Supaya dapat benar2 bersyukur dengan kurniaan yang Allah SWT berikan kepada kita. Itulah tanda kasih sayang Allah SWT. Kita dibelai melalui tangan2 ibu kita. Kita dimanja dan dipujuk melalui bicara2 ibu kita.

[Buat mereka yang telah kehilangan ibu, bersabarlah. Allah SWT juga amat2 sayang pada anda. Allah SWT Maha Pengasih. DIA Maha Adil. DIA takkan sekali2 membeza2kan hamba2nya. Kita sama di sisiNYA. Cuma, taqwa dapat memisahkan martabat kita di sisiNYA]

::Umi…Abang tahu umi tak baca abang punya blog ni, tapi abang nak umi tahu yang abang benar2 maksudkannya bila abang ucap ‘Abang sayang Umi’…::

______________________________

Berjalan2 bersama Hashraf (Sabu) menemani si budak kecil Firdaus ke Sikah, Sungai Nil dan Suq (Dirasat) jumaat lepas memang meletihkan…tapi best la… Bagi peluang pada si Pdaus sebelum dia meninggalkan bumi Mansurah ni. Moga2 dia dapat ligan balik segala yang dia tertinggal kat sekolah dan dapat gunakan segala pengalaman dan ilmu yang dia dapat kat sini. Jadi budak yang betul2 baik (bukan setakat nama kat ym je budak baik). Dan pesanan terakhir…jangan asyik dengan game je…

_____________________________


Dan Selamat Menyambut ulang tahun kelahiran ke 20 buat RomadonaZikri Aslim. Moga umur2mu terus diberkati. Berkat tu penting… Semoga imtihan kali ni dan yang akan datang dimudahkan buat Roma dan sahabat2 lain. Moga kita semua najah…InsyaAllah. Nanti masa dalam perjalanan balik ke Malaysia, jangan lupa doa untuk kami sebab doa orang musafir ni mustajab…

Happy BirthDay…
_______________________________


Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt…

Hitman [kalah lagi]

Friday, 9 May 2008

0 MaklumBalas  

Assalamualaikum…



Apa khabar sahabat2ku? Apa khabar iman? Bagaimana dengan amal? Adakah semuanya baik? Dalam keadaan terbaik? Bagi yang tidak, tingkat2kanlah. Bagi yang mantap, berusaha juga, untuk istiqamah. InsyaAllah, setiap usaha itu ada ganjarannya.

Hm…Alhamdulillah, dah selesai 1/5 dari paper pertama imtihan akhir sanah. Sahabat2 yang lain hanya tinggal 1/10 sahaja lagi. InsyaAllah, doaku sentiasa mengiringi korang, dan aku juga mengharapkan doa dari korang.

Sebenarnya, aku dah fikir masak2 nak buat keputusan tu (salahkah aku nak botak). Dah bincang dengan beberapa orang yang aku rasa perlu. Walaupun tak sempat bincang dengan seseorang yang sebenarnya amat perlu, tapi aku yakin, keputusan aku tepat. Aku yakin kerana Allah SWT takkan sesekali menzalimi hambanya. [Apabila kita berdoa, yakinlah bahawa doa kita akan dimakbulkan. Cuma bagaimana cara Allah SWT menunaikan permintaan kita, itu berserahlah pada Allah SWT. Yang penting kita mesti thiqah dengan Allah SWT]


Maaf kepada sahabat2 yang lambat tahu (takkan nak botak pun nak kena bgtau).

________________________________

Selesai MCQ (Memang Complicated punya Questions), aku dan sahabat2 pulang seperti tiada apa yang berlaku dan terus membuang masa kepada perkara2 berfaedah seperti bermain game dan melayan movie. Dan ada gak yang terus tidur.

Petangnya, kami main bola kat istad [ni yang sedih nak citer sebenarnya]. Untuk sekian kalinya, team aku kalah lagi.

Sebaik aku menerima pelawaan untuk bertarung, aku dengan tidak membuang masa (walaupun sedang membuang masa), mengayuh basikal mendapatkan seorang demi seorang ahli2 pasukanku. Akhirnya, 2 pemain utamaku tak dapat bermain. Mereka bukan setakat pemain utama aku, malah hanya sanya pemain tetap pasukanku.


ahli2 utama pasukanku

Walau bagaimanapun, kehadiran kembar tidak mengecewakan. Kami bermain dengan baik dan hanya (sekali lagi) kalah tipis. Kali ni dengan 9-11. Kali terakhir kami tewas 12-13. Walaupun jurang bertambah, tapi aku puas kerana ini bukanlah team pertama aku.

Pasangan kembar menunjukkan kecermelangan apabila masing2 menjaringkan 2 gol. Dalam masa yang sama, mereka banyak menyelamatkan bola2 bahaya yang dihasilkan pihak lawan terutamanya Faisal.

Gol2 lain dihasilkan oleh Benyamin (3) dan aku sendiri (puas hati dapat rembat Pesal…).

________________________________


nour...dan abang2 angkatnya
[tak perlu berebut]


Ketika bermain tu juga, Faisal mendapat adik angkat baru. Betul ke Pesal? Hakim dengan Ajut camna? Korang ni, budak sorang tu pun nak berebut. Aku tau la dia pemain hebat pun. InsyaAllah, dia nak kekal bersama korang (Suka la ko...). Mentang2 la dia mantap, malah boleh bermain di semua posisi terutamanya keeper (siap tepis penalti aku tu..kecewa betul aku). Ambiklah nour tu, cukuplah aku ada khaled dgn mido. Tambah dengan kembar lagi.


hakim...nour ke firdaus...ke dua2...

________________________________

Sekarang aku ada 10 hari untuk memburu cacing2 dan segala jenis parasit serta serangga2 berkaitan untuk memancing pada 19-22/5 yang akan datang. Moga aku dapat jadi rajin (macam Pesal…eh lebih lagi kot…) dan istiqamah dalam kerajinan tersebut (sebab biasanya aku rajin dalam 30minit je..).

Akhirnya, aku harap sahabat2 sekalian mendoakan kami yang sedang menjalani imtihan akhir sanah, dan tidak lupa untuk mendoakan saudara2 kita di Palestin, Iraq, Somalia dan negara2 lain yang menjalani ‘imtihan’ yang lebih susah dan sukar.

Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt...

Senyum~ Kan sedekah tu...

Sunday, 4 May 2008

Assalamualaikum...
Lagi perkongsian bijak yang ingin aku bawakan... [ustaz aku guna perkongsian bijak ni untuk poligami, tapi aku tak maksudkan itu...] Aku dah terpikat dengan Native Deen ni.. Terima kasih buat Azrul yang mempertemukan kami...


Kali aku tampilkan sebuah lagi lagu yang aku suka. Video klip dia pun best gak... Tengoklah, pastu amalkanlah apa yang dibawakan tu.. Benda baik kita ambik... Kita ikut.. Kita amal...

Senyum sokmo~ [sedekah tanpa fulus (baca:duit)]

SMALL DEEDS

Ever been on a drive? Inside in your ride
And your looking through the glass, see a car on the side
The engine's broken and the car is smoking
And the dude is shaking cause the heat is baking
Or this cat's (guy) gotta flat, and the spare's all whack
No jack in the back, and no clue where he's at
There ain't no real rush, but you roll right by
Not even asking the guy if he needs a supply
He might be alright, and to pass ain't a sin
But within you feel bad the state that he's in
How hard would it been, just to ask “you ok”?
That might be the deed that you need to succeed
That might be the deed that will so please Allah
That your forgiven the sinning you did when you was living
It's a small little thing, that can cling and just ring
And will bring the blessing from Allah Who's the King
We pass on the deeds cause they seem all small
But it might be the deed that's the best of them all
Mad when see all the passes I took
On these small little deeds I just overlook

[Chorous]
I just can't believe
Small little deeds that I overlook, can you see?
Little deeds that I overlook, and you read
I read about it in my holy book, it says
Small deeds never overlook

Picking up trash on the path in a flash
Taking glass from the grass, as you pass to your class
A smile goes a mile and is sure worthwhile
When a brother's hostile, and has been for awhile
Put a dollar every day in the sadaqah (charity)
It may be small but you do it for the baraka (blessing)
I know you're saving for the Polo and the Nautica
A poor student but you do it just to please Allah
Things like praying for an ailing brother, under the weather
Obeying yo your lovely mother, it's for the better
Stay and help your baby brother, put on a sweater
Even saying good to one another when you're together
Advice to another sister about a mister
Your wife always go and kiss her, tell her you miss her
At night do quiet dikhr (mentioning God), and pray the witr
Invite a guy who wants to bicker, to share a snicker
Grand plans expand in our small little hands
But we overlook demands that just seem like strands
We get jammed on exams, cause we skip the small things
Small baby deeds come, bring the blessings!

[Chorous]
I just can't believe
Small little deeds that I overlook, can you see?
Little deeds that I overlook, and you read
I read about it in my holy book, it says
Small deeds never overlook


by Native Deen
____________________________

Hm...cerita pasal amal2 yang kita biasa pandang kecil ni, aku teringat apa yang aku tengok kelmarin [semalam la...tp bukan malam]. Setiap kali tiba waktu solat, kecuali subuh, aku ada lihat dua orang budak arab yang pergi ke masjid bersama. Waktu zohor pun bersama, hinggalah waktu Isya', juga bersama. Aku bukan nak cerita tentang diorang datang masjid ni sekali. Kata orang, biasalah datang masjid berdua. Tapi ada sesuatu yang menarik tentang mereka.

Sebenarnya, salah seorang dari dua budak ini merupakan seorang yang dikurniakan oleh Allah SWT kekurangan upaya [OKU la...]. Apa yang bagusnya, dia tetap datang ke masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah... [bagaimana dengan anda yang sihat dan sempurna...? Pergi masjid tak?] Dan turut menarik perhatianku ialah sahabatnya yang sanggup memimpinnya setiap kali berjalan ke masjid. Sahabat yang baik pada pandanganku. Walaupun masih kecil, tapi sanggup membuat suatu amal yang besar. Lihatlah sahabat2, seorang budak yang masih belum betul2 faham apa itu pahala dosa, apa itu syurga neraka, tapi apa yang dia buat?

Bagaimana kita yang dah besar panjang ni? Amalan kecil pun kita selalu sahaja terlepas, malah kadang2 berlepas tangan. Susahkah nak memasukkan sampah ke tempat sepatutnya. [Janganlah guna alasan Mesir ni mana2 pun tong sampah..] Bukan nak suruh kutip sampah yang orang lain buang, cukuplah mula dengan buang sampah kita sendiri ke tempat sepatutnya [tong sampah, bukan longkang atau di jalanan..]

Setakat tu dulu untuk post 1 hari setengah sebelum duduk di hadapan kertas soalan Pathology yang menyeronokkan...



Hayatilah apa yang ingin disampaikan oleh Native Deen dalam lagu ni. Korang boleh dengar dan tengok sendiri video klip dia kat link ni... [tak boleh nak upload lagi kali ni...]

Doakanlah untuk kejayaan bersama...
Doakan kita diberi yang terbaik...insyaAllah...


_________________________

Senyum2 selalu (dapat gak pahala sedekah...ikhlas yer kawan2...)
Salam Mujahadah...!!!
Assalamualaikum wbt...

HaPPy BirthDaY -

Saturday, 3 May 2008

Assalamualaikum...

Just nak minta MAAF bebanyak kat 2 orang sahabat aku, Faisal Arif (macho) dan Abdul Hakim (cute) sebab kenakan korang masa ulang tahun kelahiran korang. Sekali lagi minta MAAF. Aku minta maaf bukan sebab takut korang kenakan aku balik... Aku tak kesah... [hehe-gelak dengan bajet diri gagah]. Bukan juga sebab takut tak leh jawab exam [kalau tak kenakan korang pun belum tentu aku bleh jawab exam...]. Cuma aku rasa bersalah kenakan korang... [tapi best gak...nak buat lagi nanti, pastu minta maaf balik...boleh ke??]


Pesal (atas) dan Akem
BerSyukur sebab dapat kenal korang...!
Moga persahabatn ini kekal sehingga ke syurga



Seterusnya nak minta maaf gak kat sapa2 yang dilibatkan. Baik secara sedar atau tidak. Secara terang atau sembunyi.

Maaf semua...

Dan Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Ke 21 buat Ahmad Hashraf (popular dgn panggilan YB Mat Sabu), pelajar Perubatan Prog Mansoura-Manchester... Sama2 doakan beliau yang tak sihat hari ni... Jangan lupa pakat2 p rumah dia..dan bawa hadiah sama...


Hashraf...You always in my heart...ahaks
[orang paling genius, tapi belum masyhur]
__________________________________

DOA SEORANG KEKASIH

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala

Lagu : Abai Os (Hijjaz Records)
Lirik : Abai Os (Hijjaz Records)

_________________________________

[moga diberi petunjuk jelas oleh Allah SWT dalam setiap tindak tanduk dan keputusan yang dibuat atau bakal dibuat...amin...]

Selamat menjawab exam dengan tenang bagi yang akan exam esok (AHAD), dan yang seterus2nya.

Salam Mujahadah buat semua,
Assalamualaikum wbt...

Stand Alone

Thursday, 1 May 2008

Assalamualaikum...
Aku nak kongsi sesuatu dengan sahabat2 sekalian. Sesuatu yang menarik untuk dihayati. Sama2 kita tengok dan hayati...

NOT AFRAID TO STAND ALONE

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Single mother raising her children
And Now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It Was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love --
They brought her in -- told her shes the 1 pick
You got the job, but you gotta lose the outfit"

It's a tough position that you put me in
Cause look at my condition, and my two children
But I'll continue looking for a job again
Cause my faith and my religion I will never bend

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days.... I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know.....when I'm praying and fasting'
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour...

one day there's a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing.... her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don't see me sweatin' when they're jokes cracking
Never see me cussing' with my pants saggin'
I aint never running Yo Im still standing,
sorry I aint jumping on your band wagon, cause...

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Now, I'm a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don't dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more....

Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn't cute
And the get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and thats the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me Im a brotha gotta stand my ground
No fear, Im tough Im the man in town
Peer pressure no more, its my planet now

Others may fall, but Im hold my own
With Allahs help I'll be strong as stone
And I'll be the one to let Al Islam be shown
Cause I am not afraid yo to stand alone

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high


~NATIVE DEEN~

Sebenarnya aku tahu yang bukan semua suka nak baca artikel dalam english. Sebab aku pun sama, malas sikit nak baca apa2 yang dalam bahasa Inggeris. So, aku lampirkan bersama link video klip ni supaya korang mudah nak hayati lirik tu. Best... 

[maaf sebab tak boleh nak upload, ada masalah teknikal. Tapi yang penting korang buka and enjoy]

Ambillah semangat daripada mereka...
Walaupun mereka berseorangan, tapi mereka tetap gah dan bangga sebagai seorang Islam. Ada rasa keizzahan sebagai seorang Muslim.

Moga kita diberikan kekuatan untuk thabat jika kita dalam keadaan yang sama.

Semoga terhibur...
Wallahua3lam,
Salam Mujahadah,
Assalamualaikum wbt...

Tips untuk CONFIRM BerJaya [siri4]

Bismillah Walhamdulillah..

Bertemu lagi dalam siri seterusnya untuk Tips untuk CONFIRM berJaya. Kita dah banyak membincangkan tentang solat. Walaubagaimanapun, sebenarnya semua tu belum cukup dalam membincangkan tentang solat sepenuhnya. Dan ana serahkan pada antum untuk terus mencari dan menambah pengetahuan berkaitan solat. Ana sekadar menyedarkan, dan menyediakan titik tolak, kesinambungannya, terserah pada antum.

Untuk kali ini, ana suka untuk mengajak antum sama2 memikirkan pada 2 perkara yang seterusnya. InsyaAllah ana akan cuba membicarakan 2 perkara yang berbaki dalam perbincangan kita berdasarkan surah Al-Mukminun (ayat 1-11) pada siri seterusnya.

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).

5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.
11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

[AlMu'minun : 1-11]

Dan 4 perkara tersebut ialah;

1. Menjauhkan diri daripada perkara sia2
2. Membersihkan harta
3. Menjaga kehormatan
4. Menjaga amanah dan janji

Sekali lalu melihat kepada perkara2 tersebut, nampak seperti tiada kaitannya dengan menjamin kejayaan kita. Nampak seperti tak mampu untuk menghasilkan sesuatu yang kita impikan. Tapi, cuba antum perhatikan sekali lagi. Perhatikan dengan mata hati, pasti antum akan terpandang sesuatu di sebaliknya. Sesuatu yang insyaAllah dapat membantu kita mencapai kajayaan baik di dunia mahupun di akhirat.

Kita bincangkan satu demi satu…


Menjauhkan diri dari perkara sia2


Tanpa perlu kita lihat secara mendalam, kita dah dapat kaitkannya dengan kejayaan. Apa yang mengaitkannya? Masa!. Kita amat2 memerlukan masa dalam berusaha mencapai kejayaan, baik di dunia mahupun akhirat. Kalau masa kita dihabiskan dengan perkara sia2, kita sememangnya akan rugi. Rugi kerana masa kita habis begitu sahaja. Dan rugi kerana kita langsung tak dapat apa2 faedah.


Bukankah masa boleh dibeli? Jadi, belilah...


Masa tersebut sepatutnya kita guna untuk menjalankan tanggungjawab kita. Kalau kita seorang pelajar, kita kena belajar. Kalau kita seorang guru, kita perlu mengajar dan mencari jalan mendidik anak2 murid kita sebaiknya. Tak kiralah apa status kita, yang penting, kita menggunakan masa kita dengan melaksanakan tanggungjawab kita sebaiknya.

Tapi, dalam melaksanakan tanggungjawab, pasti ada masa rehat bagi kita. Dan sepatutnya, jika kita benar2 inginkan kejayaan, masa rehat kita juga diisi dengan perkara2 yang berfaedah. Perkara2 yang tidak sia2. Jauhilah perkara2 yang lagho.

Sebenarnya, perkara2 yang sia2 ini, bukan sahaja menghabiskan masa kita, tapi dalam masa yang sama menghitamkan hati kita. Kita akan merasai kesannya sejak di sini (dunia) lagi. Kita akan rasa tak tenteram dan tertekan. Kenapa? Kerana masa kita habis, dan kerja kita tidak selesai. Itu di dunia. Bagaimana di akhirat? Apa jawapan kita apabila ditanya akan masa kita, di mana kita habiskan?

Dan bagi setiap detik masa kita, ada kerja yang lebih sesuai untuk waktu tersebut. Contohnya, ketika waktu pengajian/kuliah, sepatutnya kita ke kuliah, apabila tiba waktu malam, kita tidur [tapi tak berlebihan dan meluangkan masa malam kita untuk bertahajjud] dan begitulah seterusnya. Ketika kita sedang sibuk mengulangkaji pelajaran, apabila tiba waktu solat, adalah lebih perlu kita meninggalkan study kita dan bersegera menuju ke Masjid untuk bersolat. Kerana bagi setiap masa ada haqnya. [tajuk 'haq masa' akan dibincangkan pada masa yang lain].

Fikir2kanlah…


Membersihkan harta

Bagaimana nak membersihkan harta? Dengan mengeluarkan sebahagian daripadanya dan memberikan kepada mereka2 yang berhak. Sebenarnya, masyarakat di sekeliling kita juga mempunyai sedikit haq ke atas harta kita.

Membersihkan harta biasa dikaitkan dengan zakat. Bagaimana mereka2 yang tak perlu membayar zakat ingin membersihkan harta? Pada pendapat ana, di sinilah perlunya sedekah. Selain membersihkan harta, zakat juga merupakan pengikat hubungan sesama manusia. Jika solat melambangkan hubungan kita dengan Allah SWT, zakat pula sebaliknya menghubung manusia dengan manusia. Dan sedekah mempunyai peranan yang sama.


Israel menerima lebih $15juta sehari,
manakala NGO Palestin hanya menerima lebih kurang $200K,
apa peranan kita?

Apa pula kaitan sedekah dengan berjaya?
Salah satu sudut yang ana nampak, apabila kita bersedekah, kita akan didoakan. Kita akan didoakan oleh penerima sedekah. Dan kita akan didoakan makhluk2 lain yang menyaksikan kita. InsyaAllah. Dan apabila ramai yang mendoakan kita, adakah Allah yang Maha Pengasih tidak akan menerimanya? Tentu sahaja Allah akan menerima doa walau hanya dari seorang hamba. Inikan pula ramai dari hamba2Nya yang berdoa memohon kebaikan buat hambaNya yang membuat kebajikan.

Cuma yang penting dalam sedekah ini ialah Ikhlas. Memang jika kita tak ikhlas pun, kita tetap didoakan sebab tiada yang tahu apa di dalam hati kita melainkan Allah SWT. Namun, doa dari mereka itu, hanya dari satu segi. Bagaimana dari sudut2 yang lain. Adakah Allah menerima kebaikan kita itu, jika kita buat bukan keranaNya. Adakah Allah akan menerima doa2 mereka yang meminta kebaikan buat kita jika kita secara sedar atau tidak telah melakukan syirik kecil kepadaNya.


apa kita akan buat dengan duit kita bertimbun2?


Dan cubalah belajar untuk bersedekah bermula dari sekarang. Jika tak mampu banyak, mulakan dengan sedikit. Belajarlah untuk ikhlas.

Seperti yang telah dinyatakan, sedekah/zakat menjadi penghubung antara manusia. Di sini kita dapat lihat peri pentingnya hubungan sesama manusia. Malah hubungan sesama manusia menguatkan lagi hujah bahawa ini merupakan satu tip penting dalam mendapatkan kejayaan dunia akhirat.

Kita takkan mampu mencapai kejayaan jika kita hidup secara nafsi-nafsi. Kita sebagai manusia memang perlu bergantung pada manusia yang lain. Itu sunnatullah. Kita perlu kepada mereka yang bergelar petani [menghasilkan sumber makanan], guru [menyampaikan ilmu], polis [menjaga keamanan], malah pemungut sampah [menjamin kebersihan dan kesihatan]. Manusia dijadikan memerlukan antara satu sama lain.

Jika dilihat dari sudut membersihkan harta, apabila ada sahabat kita yang amat2 memerlukan, kita sebagai seorang sahabat, perlu segera menghulurkan bantuan [bukan harta semata2-cuma di sini kita membicarakan tentang harta]. Ini akan mengeratkan lagi hubungan dan insyaAllah kelak jika kita dalam kesusahan, Allah SWT akan menghantar seseorang untuk membantu kita.

Semoga Allah memberi kekuatan pada ana untuk menyelesaikan siri ini pada masa akan datang. Dan insyaAllah, siri ini hanya berbaki dua siri lagi. Siri akan datang akan membicarakan pada 2 perkara terakhir sebelum ditutup dengan siri kesimpulan.

Alfussalamah
Assalamualaikum.