Tips Untuk CONFIRM BERJAYA [Siri 2]

Thursday, 13 December 2007

 


Bismillah WalHamdulillah...



Kita sambung perbincangan kita... Camna, rasa boleh tak buat semua yang kita berjaya listkan tu? Yakin tak, yang dengan semua itu kita CONFIRM akan berjaya. Tak yakin? Ni masa untuk kita sama2 bina keyakinan kita. Sebab perkara pertama yang kita kena pastikan ada untuk benar2 berjaya mestilah keyakinan. Yakin dengan cara yang kita buat. Yakin dengan Yang akan memberi kita kejayaan tu. Jom sama2 kita yakin.

Kita lihat semula ayat2 AlQuran dari surah alMu'minun yang ana bawakan tadi. Kita lihat terjemahannya. Jom...

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).
5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.
11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

[AlMu'minun : 1-11]


Camna? Kita sama2 dah baca terjemahan ayat2 tersebut. Sekarang sama2 kita yakinkan diri kita. Kita tengok satu2.


1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.

Hmm...berjaya dalam ayat ni kalau kita check dalam alQuran, perkataan yang digunakan ialah 'aflah' dari perkataan 'falaha'. Dan perkataan yang sama kita boleh dengar dalam Azan yang berkumandang 5 kali sehari semalam ; Hayya 'alalFalah. 'Falah' di sini juga berasal dari perkataan 'falaha'. Maknanya setiap hari kita diajak untuk menuju ke arah kejayaan selepas kita diajak menunaikan solat. Nampak tak.. kejayaan yang kita idamkan tu mesti ada kaitan dengan solat. Hm... Pastu dibenarkan lagi oleh ayat AlQuran yang kita sebutkan tadi... Owh, betapa hebat dan sempurna ajaran Islam, satu2nya ajaran yang diiktiraf oleh Allah SWT. Maha Suci Allah.

2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

So, kita lihat camna kaitan Solat dengan Kejayaan. Kita diajak untuk menunaikan solat dalam azan dan diiringi dengan ajakan ke arah kejayaan. Bila kita semak ayat yang dibincangkan di atas, telah disebutkan dengan jelas bagaimana nak memperoleh kejayaan tersebut. Orang Mu'min yang berjaya itu ialah orang yang khusyu' dalam solatnya. Ini bererti, setiap kali masuk waktu solat, setiap kali azan dikumandangkan, kita bukan diajak menunaikan solat semata2, tapi juga solat dengan khusyu'. Bahkan, berwudhu' dengan sempurna, solat di awal waktu, sertakan juga solat sunat dua rakaat sebelum dan sesudah solat fardhu tersebut, zikir dan doa selepas solat dan tidak membuat perbuatan2 yang menghapuskan pahala solat dalam kehidupan seharian seperti mengumpat dan sebagainya. Di manakah disebutkan perkara itu? Dalam ayat ke 9 surah yang sama ada disebutkan. Yang demikianlah yang dimaksudkan dengan memelihara solat.

9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.

Jadi untuk post kali ni, ana nak ajak sahabat2 sekalian untuk kita berusaha berubah dalam perkara ini dahulu. Malah kita sepatutnya berusaha bersungguh2 dalam menunaikan solat dengan sempurna kerana solat merupakan ibadah yang pertama akan disoal di alam selepas dari ini. Dan, kita sepatutnya tidak lupa bahawa Solat juga merupakan ibadah yang difardhukan kepada kita dengan Rasulullah SAW sendiri pergi menghadap Allah SWT dan menerimanya terus dari Allah SWT tanpa perantaraan Jibril AS dalam peristiwa penting dalam kalendar Islam, Isra' Mikraj.

Jom sama2 berubah!!!

Alfussalamah
Assalamualaikum

0 MaklumBalas: