Suasana AidilAdha ; Gembira dalam Debar? [siri 2]

Monday, 24 December 2007

 

Bila baca balik tajuk post yang lalu, aku rasa nak ketawa besar. hahaha!!!. Bilanya yang aku rasa berdebar. Pelik betul. Imtihan yang dah hampir ni, langsung tak buat aku berdebar atau cuak atau yang seangkatan dengannya. Memang pelik. Nak kata aku study dah mantap, dah dekat sebulan tak sentuh buku (bukanlah tak sentuh langsung, sentuh juga sebab nak bawa pegi kuliah, tapi memang tak baca sepatah habuk). Bila fikir semula, aku jadi tertanya2, betul ke aku ni amik medik? Ada ke pelajar medik tak sentuh buku sampai sebulan. Bukan medik tu susah ke? Ke aku ni dah lupa daratan, dah tak ingat dunia (nak kata ingat akhirat pun tak juga). Astaghfirullah... Kenapa la aku ni tiba2 malas sangat. Tiba2...? Tak juga, sebab aku memang malas dari dulu. Bilanya aku ni jadi rajin. Hm... So, bila aku nak jadi rajin ni? Soalan yang sering aku tanya pada diri sendiri. Boleh dikatakan setiap hari. Harap sahabat2 dapat meluangkan sedikit masa mendoakan aku supaya aku ni jadi rajin, supaya hatiku dibuka untuk berusaha bersungguh2 menjadi rajin.

"Sesungguhnya doa seseorang untuk sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya itu merupakan antara doa yang mustajab (insyaAllah diterima dan dimaqbulkan atau dimumtazkan)"

Kembali kepada perjalanan hari2ku pada aidilAdha yang lalu. Petang itu, aku benar2 bersalah apabila membuatkan sahabat kuliahku menunggu lebih kurang 1 jam di Muhafazah. Sebenarnya, dia ('Adil Shawqy) berjanji untuk mengambilku dan seorang lagi sahabatku di Muhafazah selepas solat Asar. Tapi, petang itu, keasyikan aku menaip 'siri pertama' menyebabkan aku terlewat dan terpaksa menunaikan solat Asar di Masjid berhampiran rumahku (walaupun sepatutnya aku solat di Muhafazah). Terlepas jemaah pertama, aku menjadi imam untuk jemaah yang entah ke berapa. Selesai solat, aku ditegur seorang makmum bahawa aku solat begitu cepat (mana taknya...nak kejar masa...Astaghfirullah!!). Nak dijadikan cerita, sahabat aku yang akan pergi bersama aku, baru bangun dari tidurnya ketika aku sampai di rumahnya. Maknanya, terpaksalah aku tunggu dia solat terlebih dahulu.

Sebaik sampai di kampung 'Adil, kami disambut mesra oleh ibu bapa 'Adil. Seperti mana selalu, menjadi tetamu di rumah arab, bermakna kami bakal balik dalam keadaan sengkak (terlalu kenyang). Apa yang menarik ketika di sana ialah, sahabatku diminta menjadi imam di masjid kampung tersebut untuk solat isya'. Bangga betul apabila melihat orang Malaysia menjadi imam di masjid besar begitu. Layanan baik yang diberikan memang telah dijangka memandangkan bangsa Arab merupakan bangsa yang begitu ihtiram pada tetamu. Dari sana, kami dihantar pulang oleh bapa saudara 'Adil dengan menaiki sebuah 'Chevrolet' (bukan kereta tapi lori kecil).

Kemudian, kami terus menuju ke Blok C. Memandangkan majlis yang dianjurkan di sana telah bermula sejak selepas maghrib, maka ketika kami sampai, apa yang kami dapat hanyalah melihat adik2 junior mengemas. Tapi, kalau dah ditetapkan untuk kami rezeki, maka kami pasti akan perolehnya. Walau bagaimanapun, diberikan sebaldi kari sebenarnya tak mampu melenyapkan rasa kecewa tidak dapat bersama2 memeriahkan majlis tersebut.

Hari esoknya pula (hari ketiga aidilAdha), seekor lagi kambing (AYU namanya) telah dikorbankan. Kali ni, kambing tersebut yang merupakan milik ahli beyt imtiyaz, disembelih oleh Ustaz Salman, dan dilapah serta diuruskan oleh sahabat2 tahun2 dan 3 perubatan Mansurah. Dijamu dengan nasi himpit bersama kuah kacang yang terlalu 'pedas' menambahkan lagi semangat sahabat2 yang membantu. Hasilnya, malam itu diadakan kenduri dengan menunya Mee Sup (sup tulang Ayu)

Malam yang sama, junior2ku, SaifulAqmal dan Abrar turut mengadakan 'rumah terbuka'. Aku dan beberapa sahabat telah berjanji untuk pergi ke sana bersama2 selepas solat Isya'. Selesai solat isya', aku terlebih dahulu keluar dari masjid. Ketika menunggu sahabat2ku, sempat juga aku bergambar dengan 'adik2'ku. Dan hasilnya...

Muhammed dan Ahmed

Kembar seiras...

Khusyu' menikmati mee (spageti) sup tulang

Sibuk mengambil makanan masing2...

Bemain buaian di halaman rumah Saiful dan Abrar

'Terperangkap' di dalam lif imarah beyt Saiful dan Abrar


Sebenarnya, perjalanan hari raya aidiladha yang kulalui, kalau nak dikatakan menarik, tidaklah sangat...tetapi secara kesimpulannya...aidilAdha kali ni memang BEST seperti raya2 sebelum2 ni. Semuanya bergantung kepada dengan siapa kita beraya. Kalau di Malaysia, boleh beraya dengan family, BEST jugak, tapi tetap jadi tak BEST kalau tak ada kawan2. Begitu juga kat sini, BEST dapat raya dengan kawan2, tapi ada juga kurangnya bila family jauh dari pandangan mata.

Moga dikurniakan umur yang panjang untuk sekali lagi menyambut kemeriahan aidilAdha di tahun hadapan.

[...Masih teringat2 ketika terkunci di lif imarah rumah Saiful...hepi betul time tu... :)...]

Salam ImtihaN
Assalamualaikum...

1 MaklumBalas:

Anonymous said...

Salam...
sukanya dia sambut eid adha di sana. bila kita nak sambut sekali macam sebelum-sebelum ni.

sebelum terlupa umi abuya kirim salam dgn lafaz 'assalamualaikum wbt.'

untuk siri tu ana akan selesaikan segera..insyaAllah...bagi sedikit masa lagi..

See U..Assalamualaikum