Suasana AidilAdha ; Gembira Dalam Debar

Thursday, 20 December 2007

 

AidilAdha kali ini mengundang seribu satu rasa di jiwa. Jauh dari keluarga dan saudara mara ditambah pula dengan imtihan yang around the corner, benar2 membuatkan diriku tak tahu bagaimana nak menjelaskan rasa yang melanda. Solat raya bersama sahabat2 dan 'adik2' (misriyyin) di Masakin, diikuti senda gurau bersama tetamu di rumah sebelum mengorbankan 'number one' yang colourful menjadi pengisi hari rayaku.

Sebenarnya suasana AidilAdha kali ni mula terasa sejak malamnya apabila diadakan takbir raya secara beramai2 di blok C. Terus terang aku katakan, pada mulanya aku tak mahu pergi (bukan sebab tak suka atau benci, tapi ada janji dengan seseorang kat depan masjid samanoudy), tapi akhirnya buat keputusan nak pergi sebab tak dapat masuk rumah sendiri( kunci hilang-dah jumpa dah). So, nak tak nak, terpaksalah pergi dulu, sambil2 tunggu ahli beyt yang entah ke mana hilangnya (ajut pun pegi takbir). Jadi bermulalah takbir raya dalam keadaan tiada keikhlasannya (Alhamdulillah sentiasa betulkan niat...) Ikhlas pada pergi ke majlis tu penting, tapi ikhlas pada takbir tu yang lebih penting. [Moga Allah Swt menerima ibadah2 kita..Amin!!]

Selesai menjamu juadah yang disediakan selepas takbir raya, aku pulang bersiap untuk menepati janjiku pada kawanku. Langkah yang diayun laju ke Masjid Samanoudy semakin lemah apabila dari jauh ku lihat tiada langsung bayang kawanku mahupun sesiapa. Ku alihkan arah perjalanan ku ke Teto, (sebuah pusat internet dan pool), kerana kawanku biasanya ada di sana. Tapi yang kujumpa kawan2ku yang lain dan salah seorang 'adik'ku. Lama menunggu di sana, aku ambil keputusan mengikut adikku ke kawasan rumahnya. Sambil2 melihat Gamus yang bakal menjadi Korban, aku sempat memanaskan badan menyepak2 bola bersama adikku dan yang lain2 di situ.

Selepas beberapa ketika, aku kembali ke Masjid Samanoudy. Kali ni sudah ramai yang kelihatan di sana. Tetapi kawanku masih tiada dan dia hanya datang lebih kurang 1/2 jam kemudian. Bermain bola pada waktu malam begini, dan bersama2 pula dengan Mido dalam satu pasukan memang menyeronokkan. Menang dalam game pertama sebelum tewas dalam game seterusnya dan tidak sempat menghabiskan perlawanan ketiga kerana kakiku yang cedera benar2 membuatkan aku gembira.

Aku kemudiannya pulang ke rumah lebih kurang pukul 1.30 pagi. Memandangkan waktu yang sudah lewat aku ambil keputusan untuk tidak tidur. Selepas membersihkan diri, aku mengadap komputer kawanku sambil memuaskan nafsu makan. Aku kemudiannya membuat panggilan ke Malaysia, mengucapkan salam aidilAdha kepada keluarga. Tiba waktu subuh, aku bersiap untuk solat Subuh. Pulang dari masjid, aku bersiap untuk ke Masjid Masakin untuk solat sunat aidilAdha. Walaupun aku dah ready, aku tak terus pergi kerana menunggu miscall dari 'adik2'ku kerana kami dah janji nak pergi bersama.

Keletihan dan rasa mengantuk semakin menguasai diri. Tiba di Beyt HLR, aku akhirnya tertidur sebaik dapat melentangkan badan di atas katil Azrul. Aku akhirnya bangun selepas puas dikejutkan. Dan apa yang mengecewakan aku, aku hanya bangun apabila Number One yang kami sama2 kongsi duit untuk membelinya sudah selesai diproses. Tiada lagi kambing atau sesuatu yang kelihatan sepertinya. Yang ada ketika itu hanyalah bahagian2 darinya. Aku kecewa kerana tak dapat menolong, sedangkan aku ada bahagianku. Lebih mengecewakan sahabat2 juniorku pula yang bertungkus lumus menyelesaikan tugas yang sepatutnya aku buat. Aku benar2 kecewa dengan diriku sendiri.

Tapi, kekecewaan itu hilang apabila aku bangun dari tidur pada pagi hari kedua aidilAdha, hari Tasyriq pertama. Kenapa? Sebab hari ni, aku akan tolong sahabat2 junior sebagai membalas tugas2 yang sepatutnya aku buat pada hari sebelumnya. Hari ni lima ekor kambing akan ditumbangkan. Dan akhirnya, pertolongan yang aku beri benar2 meniggalkan kesan pada diriku. Tanganku berbau. Masih berbau walaupun pebagai cara sudah kuguna untuk menyucikannya. Tanganku masih juga berbau (tak la busuk,tapi ada bau la..) hasil daripada keasyikanku menguruskan perut2 kambing.. Petang tu, aku ada janji dengan sahabat kuliahku untuk ke kampungnya. Jadi aku perlu bersiap segera dan menyambung ceritaku kemudian.


Solat Sunat AidilAdha di Masjid Masakin


Suasana ketika mendengar khutbah selepas Solat Sunat AidilAdha

Ketika orang asyik mendengar khutbah, budak mesir ini sibuk berusaha mendapatkan belon

Usaha kali kedua menggunakan kayu...

"I got it!!" (walaupun tak sebesar yang aku inginkan)

Muhammed...my beloved brother

'Number One'



Salam AidilAdha
Assalamualaikum...


0 MaklumBalas: