Suasana AidilAdha ; Gembira dalam Debar? [siri 2]

Monday, 24 December 2007

1 MaklumBalas  

Bila baca balik tajuk post yang lalu, aku rasa nak ketawa besar. hahaha!!!. Bilanya yang aku rasa berdebar. Pelik betul. Imtihan yang dah hampir ni, langsung tak buat aku berdebar atau cuak atau yang seangkatan dengannya. Memang pelik. Nak kata aku study dah mantap, dah dekat sebulan tak sentuh buku (bukanlah tak sentuh langsung, sentuh juga sebab nak bawa pegi kuliah, tapi memang tak baca sepatah habuk). Bila fikir semula, aku jadi tertanya2, betul ke aku ni amik medik? Ada ke pelajar medik tak sentuh buku sampai sebulan. Bukan medik tu susah ke? Ke aku ni dah lupa daratan, dah tak ingat dunia (nak kata ingat akhirat pun tak juga). Astaghfirullah... Kenapa la aku ni tiba2 malas sangat. Tiba2...? Tak juga, sebab aku memang malas dari dulu. Bilanya aku ni jadi rajin. Hm... So, bila aku nak jadi rajin ni? Soalan yang sering aku tanya pada diri sendiri. Boleh dikatakan setiap hari. Harap sahabat2 dapat meluangkan sedikit masa mendoakan aku supaya aku ni jadi rajin, supaya hatiku dibuka untuk berusaha bersungguh2 menjadi rajin.

"Sesungguhnya doa seseorang untuk sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya itu merupakan antara doa yang mustajab (insyaAllah diterima dan dimaqbulkan atau dimumtazkan)"

Kembali kepada perjalanan hari2ku pada aidilAdha yang lalu. Petang itu, aku benar2 bersalah apabila membuatkan sahabat kuliahku menunggu lebih kurang 1 jam di Muhafazah. Sebenarnya, dia ('Adil Shawqy) berjanji untuk mengambilku dan seorang lagi sahabatku di Muhafazah selepas solat Asar. Tapi, petang itu, keasyikan aku menaip 'siri pertama' menyebabkan aku terlewat dan terpaksa menunaikan solat Asar di Masjid berhampiran rumahku (walaupun sepatutnya aku solat di Muhafazah). Terlepas jemaah pertama, aku menjadi imam untuk jemaah yang entah ke berapa. Selesai solat, aku ditegur seorang makmum bahawa aku solat begitu cepat (mana taknya...nak kejar masa...Astaghfirullah!!). Nak dijadikan cerita, sahabat aku yang akan pergi bersama aku, baru bangun dari tidurnya ketika aku sampai di rumahnya. Maknanya, terpaksalah aku tunggu dia solat terlebih dahulu.

Sebaik sampai di kampung 'Adil, kami disambut mesra oleh ibu bapa 'Adil. Seperti mana selalu, menjadi tetamu di rumah arab, bermakna kami bakal balik dalam keadaan sengkak (terlalu kenyang). Apa yang menarik ketika di sana ialah, sahabatku diminta menjadi imam di masjid kampung tersebut untuk solat isya'. Bangga betul apabila melihat orang Malaysia menjadi imam di masjid besar begitu. Layanan baik yang diberikan memang telah dijangka memandangkan bangsa Arab merupakan bangsa yang begitu ihtiram pada tetamu. Dari sana, kami dihantar pulang oleh bapa saudara 'Adil dengan menaiki sebuah 'Chevrolet' (bukan kereta tapi lori kecil).

Kemudian, kami terus menuju ke Blok C. Memandangkan majlis yang dianjurkan di sana telah bermula sejak selepas maghrib, maka ketika kami sampai, apa yang kami dapat hanyalah melihat adik2 junior mengemas. Tapi, kalau dah ditetapkan untuk kami rezeki, maka kami pasti akan perolehnya. Walau bagaimanapun, diberikan sebaldi kari sebenarnya tak mampu melenyapkan rasa kecewa tidak dapat bersama2 memeriahkan majlis tersebut.

Hari esoknya pula (hari ketiga aidilAdha), seekor lagi kambing (AYU namanya) telah dikorbankan. Kali ni, kambing tersebut yang merupakan milik ahli beyt imtiyaz, disembelih oleh Ustaz Salman, dan dilapah serta diuruskan oleh sahabat2 tahun2 dan 3 perubatan Mansurah. Dijamu dengan nasi himpit bersama kuah kacang yang terlalu 'pedas' menambahkan lagi semangat sahabat2 yang membantu. Hasilnya, malam itu diadakan kenduri dengan menunya Mee Sup (sup tulang Ayu)

Malam yang sama, junior2ku, SaifulAqmal dan Abrar turut mengadakan 'rumah terbuka'. Aku dan beberapa sahabat telah berjanji untuk pergi ke sana bersama2 selepas solat Isya'. Selesai solat isya', aku terlebih dahulu keluar dari masjid. Ketika menunggu sahabat2ku, sempat juga aku bergambar dengan 'adik2'ku. Dan hasilnya...

Muhammed dan Ahmed

Kembar seiras...

Khusyu' menikmati mee (spageti) sup tulang

Sibuk mengambil makanan masing2...

Bemain buaian di halaman rumah Saiful dan Abrar

'Terperangkap' di dalam lif imarah beyt Saiful dan Abrar


Sebenarnya, perjalanan hari raya aidiladha yang kulalui, kalau nak dikatakan menarik, tidaklah sangat...tetapi secara kesimpulannya...aidilAdha kali ni memang BEST seperti raya2 sebelum2 ni. Semuanya bergantung kepada dengan siapa kita beraya. Kalau di Malaysia, boleh beraya dengan family, BEST jugak, tapi tetap jadi tak BEST kalau tak ada kawan2. Begitu juga kat sini, BEST dapat raya dengan kawan2, tapi ada juga kurangnya bila family jauh dari pandangan mata.

Moga dikurniakan umur yang panjang untuk sekali lagi menyambut kemeriahan aidilAdha di tahun hadapan.

[...Masih teringat2 ketika terkunci di lif imarah rumah Saiful...hepi betul time tu... :)...]

Salam ImtihaN
Assalamualaikum...

Suasana AidilAdha ; Gembira Dalam Debar

Thursday, 20 December 2007

0 MaklumBalas  

AidilAdha kali ini mengundang seribu satu rasa di jiwa. Jauh dari keluarga dan saudara mara ditambah pula dengan imtihan yang around the corner, benar2 membuatkan diriku tak tahu bagaimana nak menjelaskan rasa yang melanda. Solat raya bersama sahabat2 dan 'adik2' (misriyyin) di Masakin, diikuti senda gurau bersama tetamu di rumah sebelum mengorbankan 'number one' yang colourful menjadi pengisi hari rayaku.

Sebenarnya suasana AidilAdha kali ni mula terasa sejak malamnya apabila diadakan takbir raya secara beramai2 di blok C. Terus terang aku katakan, pada mulanya aku tak mahu pergi (bukan sebab tak suka atau benci, tapi ada janji dengan seseorang kat depan masjid samanoudy), tapi akhirnya buat keputusan nak pergi sebab tak dapat masuk rumah sendiri( kunci hilang-dah jumpa dah). So, nak tak nak, terpaksalah pergi dulu, sambil2 tunggu ahli beyt yang entah ke mana hilangnya (ajut pun pegi takbir). Jadi bermulalah takbir raya dalam keadaan tiada keikhlasannya (Alhamdulillah sentiasa betulkan niat...) Ikhlas pada pergi ke majlis tu penting, tapi ikhlas pada takbir tu yang lebih penting. [Moga Allah Swt menerima ibadah2 kita..Amin!!]

Selesai menjamu juadah yang disediakan selepas takbir raya, aku pulang bersiap untuk menepati janjiku pada kawanku. Langkah yang diayun laju ke Masjid Samanoudy semakin lemah apabila dari jauh ku lihat tiada langsung bayang kawanku mahupun sesiapa. Ku alihkan arah perjalanan ku ke Teto, (sebuah pusat internet dan pool), kerana kawanku biasanya ada di sana. Tapi yang kujumpa kawan2ku yang lain dan salah seorang 'adik'ku. Lama menunggu di sana, aku ambil keputusan mengikut adikku ke kawasan rumahnya. Sambil2 melihat Gamus yang bakal menjadi Korban, aku sempat memanaskan badan menyepak2 bola bersama adikku dan yang lain2 di situ.

Selepas beberapa ketika, aku kembali ke Masjid Samanoudy. Kali ni sudah ramai yang kelihatan di sana. Tetapi kawanku masih tiada dan dia hanya datang lebih kurang 1/2 jam kemudian. Bermain bola pada waktu malam begini, dan bersama2 pula dengan Mido dalam satu pasukan memang menyeronokkan. Menang dalam game pertama sebelum tewas dalam game seterusnya dan tidak sempat menghabiskan perlawanan ketiga kerana kakiku yang cedera benar2 membuatkan aku gembira.

Aku kemudiannya pulang ke rumah lebih kurang pukul 1.30 pagi. Memandangkan waktu yang sudah lewat aku ambil keputusan untuk tidak tidur. Selepas membersihkan diri, aku mengadap komputer kawanku sambil memuaskan nafsu makan. Aku kemudiannya membuat panggilan ke Malaysia, mengucapkan salam aidilAdha kepada keluarga. Tiba waktu subuh, aku bersiap untuk solat Subuh. Pulang dari masjid, aku bersiap untuk ke Masjid Masakin untuk solat sunat aidilAdha. Walaupun aku dah ready, aku tak terus pergi kerana menunggu miscall dari 'adik2'ku kerana kami dah janji nak pergi bersama.

Keletihan dan rasa mengantuk semakin menguasai diri. Tiba di Beyt HLR, aku akhirnya tertidur sebaik dapat melentangkan badan di atas katil Azrul. Aku akhirnya bangun selepas puas dikejutkan. Dan apa yang mengecewakan aku, aku hanya bangun apabila Number One yang kami sama2 kongsi duit untuk membelinya sudah selesai diproses. Tiada lagi kambing atau sesuatu yang kelihatan sepertinya. Yang ada ketika itu hanyalah bahagian2 darinya. Aku kecewa kerana tak dapat menolong, sedangkan aku ada bahagianku. Lebih mengecewakan sahabat2 juniorku pula yang bertungkus lumus menyelesaikan tugas yang sepatutnya aku buat. Aku benar2 kecewa dengan diriku sendiri.

Tapi, kekecewaan itu hilang apabila aku bangun dari tidur pada pagi hari kedua aidilAdha, hari Tasyriq pertama. Kenapa? Sebab hari ni, aku akan tolong sahabat2 junior sebagai membalas tugas2 yang sepatutnya aku buat pada hari sebelumnya. Hari ni lima ekor kambing akan ditumbangkan. Dan akhirnya, pertolongan yang aku beri benar2 meniggalkan kesan pada diriku. Tanganku berbau. Masih berbau walaupun pebagai cara sudah kuguna untuk menyucikannya. Tanganku masih juga berbau (tak la busuk,tapi ada bau la..) hasil daripada keasyikanku menguruskan perut2 kambing.. Petang tu, aku ada janji dengan sahabat kuliahku untuk ke kampungnya. Jadi aku perlu bersiap segera dan menyambung ceritaku kemudian.


Solat Sunat AidilAdha di Masjid Masakin


Suasana ketika mendengar khutbah selepas Solat Sunat AidilAdha

Ketika orang asyik mendengar khutbah, budak mesir ini sibuk berusaha mendapatkan belon

Usaha kali kedua menggunakan kayu...

"I got it!!" (walaupun tak sebesar yang aku inginkan)

Muhammed...my beloved brother

'Number One'



Salam AidilAdha
Assalamualaikum...


Tips Untuk CONFIRM BERJAYA [Siri 2]

Thursday, 13 December 2007


Bismillah WalHamdulillah...



Kita sambung perbincangan kita... Camna, rasa boleh tak buat semua yang kita berjaya listkan tu? Yakin tak, yang dengan semua itu kita CONFIRM akan berjaya. Tak yakin? Ni masa untuk kita sama2 bina keyakinan kita. Sebab perkara pertama yang kita kena pastikan ada untuk benar2 berjaya mestilah keyakinan. Yakin dengan cara yang kita buat. Yakin dengan Yang akan memberi kita kejayaan tu. Jom sama2 kita yakin.

Kita lihat semula ayat2 AlQuran dari surah alMu'minun yang ana bawakan tadi. Kita lihat terjemahannya. Jom...

1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.
2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.
3. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.
4. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu).
5. Dan mereka yang menjaga kehormatannya.
6. Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela.
7. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.
8. Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.
9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.
10. Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.
11. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.

[AlMu'minun : 1-11]


Camna? Kita sama2 dah baca terjemahan ayat2 tersebut. Sekarang sama2 kita yakinkan diri kita. Kita tengok satu2.


1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.

Hmm...berjaya dalam ayat ni kalau kita check dalam alQuran, perkataan yang digunakan ialah 'aflah' dari perkataan 'falaha'. Dan perkataan yang sama kita boleh dengar dalam Azan yang berkumandang 5 kali sehari semalam ; Hayya 'alalFalah. 'Falah' di sini juga berasal dari perkataan 'falaha'. Maknanya setiap hari kita diajak untuk menuju ke arah kejayaan selepas kita diajak menunaikan solat. Nampak tak.. kejayaan yang kita idamkan tu mesti ada kaitan dengan solat. Hm... Pastu dibenarkan lagi oleh ayat AlQuran yang kita sebutkan tadi... Owh, betapa hebat dan sempurna ajaran Islam, satu2nya ajaran yang diiktiraf oleh Allah SWT. Maha Suci Allah.

2. Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

So, kita lihat camna kaitan Solat dengan Kejayaan. Kita diajak untuk menunaikan solat dalam azan dan diiringi dengan ajakan ke arah kejayaan. Bila kita semak ayat yang dibincangkan di atas, telah disebutkan dengan jelas bagaimana nak memperoleh kejayaan tersebut. Orang Mu'min yang berjaya itu ialah orang yang khusyu' dalam solatnya. Ini bererti, setiap kali masuk waktu solat, setiap kali azan dikumandangkan, kita bukan diajak menunaikan solat semata2, tapi juga solat dengan khusyu'. Bahkan, berwudhu' dengan sempurna, solat di awal waktu, sertakan juga solat sunat dua rakaat sebelum dan sesudah solat fardhu tersebut, zikir dan doa selepas solat dan tidak membuat perbuatan2 yang menghapuskan pahala solat dalam kehidupan seharian seperti mengumpat dan sebagainya. Di manakah disebutkan perkara itu? Dalam ayat ke 9 surah yang sama ada disebutkan. Yang demikianlah yang dimaksudkan dengan memelihara solat.

9. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.

Jadi untuk post kali ni, ana nak ajak sahabat2 sekalian untuk kita berusaha berubah dalam perkara ini dahulu. Malah kita sepatutnya berusaha bersungguh2 dalam menunaikan solat dengan sempurna kerana solat merupakan ibadah yang pertama akan disoal di alam selepas dari ini. Dan, kita sepatutnya tidak lupa bahawa Solat juga merupakan ibadah yang difardhukan kepada kita dengan Rasulullah SAW sendiri pergi menghadap Allah SWT dan menerimanya terus dari Allah SWT tanpa perantaraan Jibril AS dalam peristiwa penting dalam kalendar Islam, Isra' Mikraj.

Jom sama2 berubah!!!

Alfussalamah
Assalamualaikum

Di Sebalik PERATURAN ?

Wednesday, 12 December 2007

0 MaklumBalas  


Assalamualaikum wbt.


Satu persoalan yang biasa bermain di minda manusia. Saya dan juga anda. Pentingkah peraturan itu? Kalau penting, kenapa penting? Kalau tak penting, kenapa perlu ada? Sama2 kita lihat dan bincangkan.

Saya bawa satu contoh berkaitan peraturan. Peraturan yang biasa bermain dengan hidup kita. Peraturan jalan raya. Lampu isyarat misalnya, dicipta untuk mengawal perjalanan kenderaan di simpang2. Bila tiba waktu puncak, di simpang2 (simpang 3, 4 atau lebih), pasti berlaku kesesakan sekiranya lampu isyarat tak disediakan. Jadi lampu isyarat disediakan untuk mengawal lalu lintas di simpang2. Tapi, jika lampu isyarat yang tersedia tidak dipatuhi (semua pemandu tetap memandu kenderaan mengikut cita rasa masing2 seperti tiada lampu isyarat atau tak tahu apakah lampu 3 warna yang terpacak di tengah2 simpang tu), maka tiada gunanya lampu isyarat tersebut. Yang penting manusia itu sendiri. Bukan peraturan. Kalau peraturan disediakan banyak2 pun, kalau manusia tak mahu patuh, tiada gunanya. Sama seperti tiada peraturan jugak.

Jadi, kenapa manusia susah2 buat peraturan yang manusia sendiri tak mahu ikut. Bukankah semua itu seperti membuang masa. Mari kita sama2 fikirkan...

Pendapat saya secara peribadi, peraturan sebenarnya amat penting. Tapi yang lebih penting ialah kepatuhan kepada peraturan tersebut. Jika dunia ini tidak dilengkapi dengan peraturan, maka, akan kacau-bilaulah jadinya. Dan perkara yang sama berlaku sekiranya peraturan ada, tapi tak dipatuhi.

Justeru, kesimpulan yang pertama ialah, peraturan sangat penting selagi mana peraturan tersebut dipatuhi.

Perbincangan seterusnya tentang peraturan ialah, adakah satu2 peraturan perlu dipatuhi pada setiap keadaan??

[Sebenarnya saya ada terfikir sendirian... 'pembaca pasti tertanya2 kenapa saya post sesuatu seperti ini? Apakah tujuan di sebaliknya? Apa yang ingin disampaikan?'. Jadi ingin saya jelaskan di sini bahawa saya mempunyai tujuan tersendiri dan sememangnya saya ingin menyampaikan sesuatu yang begitu penting buat kita sebagai manusia. Dan sahabat2 pembaca akan memahaminya dengan sendiri selepas selesai membaca semua siri 'Di Sebalik PERATURAN' ini. InsyaAllah]

Salam Mujahadah
Assalamualaikum...




Tips Untuk CONFIRM BERJAYA

Saturday, 8 December 2007

Bismillah WalHamdulillah...
AssalamualaikumWBT...
.
'Imtihan yang hampir langsung tak mengubah diri anta untuk jadi rajin...kenapa? Kenapa anta tetap malas macam sebelum-sebelum ni? Ana dah tak larat nak tegur dah...'
Hari-hari, inilah yang ana katakan pada sahabat ana. Dia langsung tak berubah. Malah makin asyik dengan komputer yang dipinjamnya tuh... Tak tahu camna nak tegur dah. (sorilah ayat kadang2 skema, kadang2 tak, main redah je sebenarnya)
.
Sebenarnya untuk post kali ni, ana suka nak sentuh tentang imtihan. Dah dekat sangat dah. Lebih kurang sebulan je lagi. Apa persedian antum dan ana? Apa pula persediaan mereka? Banyak mana dah yang antum berjaya kampui? Sahabat2 antum plak bagaimana? Jangan kita sendiri bukan main rajin study, tapi sahabat2 kita, ahli bait kita, kita biar dia terawang2 dengan kehidupannya yang malas study. Tak elok camtu. Sangat2 tak elok.
.
Untuk kali ni ana bukan nak cakap banyak2 pasal tak peduli sahabat atau yang bersangkut paut dengannya. Tapi, lebih kepada sedikit tip2 dalam perjalanan untuk memperoleh kejayaan dalam apa jua yang antum tempuhi. Nak kata ana ni hebat, tak hebat mana pun. Skoda je (macam kereta Skoda jugak). Tapi insyaAllah, ana jamin, kalau antum buat dan laksanakan tip ni dengan jayanya, antum confirm berjaya. CONFIRM!!!
.
Tips2 ni dah lama ana ada. Tapi, belakangan ni, ana makin yakin dan ana makin faham dengan tips2 tersebut. Dan ana teringin sangat nak kongsi dengan antum. Walau bagaimanapun, terus terang ana katakan, ana sendiri pun masih tak mampu nak laksanakan semua tips2 tersebut dengan sempurna. Untuk lebih memahami tips2 yang ana nak berikan ni, antum kena rujuk kepada beberapa kitab.
.
Kitab2 tersebut ialah;
.
1) Al-Quran
2) Kitab Tafsir (apa2 kitab sekalipun, Fi Zilalul Quran pun bagus gak)
3) Terjemahan Al-Quran (ni untuk bagi antum lagi faham. Tapi kalau yakin boleh faham dengan betul2, x kisahlah kalau kitab ni antum tak rujuk)
.
Nak lebih memahami, antum juga boleh rujuk kepada mana2 Sheikh2, Tok Guru, atau pun Alim Ulama' yang dekat dengan antum.
.
Jadi, sebelum antum baca tips2 tersebut kat bawah ni nanti, antum dapatkan dahulu sebuah Al-Quran, kemudian buka muka surat 342, Juzu' 18, Surah Al-Mu'minun. Kemuadian antum baca dari ayat 1 - 11.
.
Hmm...dah selesai membaca, menghayati dan mengtaddabbur...
.
Sekarang rasanya antum dah tahu dan faham sedikit apakah tips2 tu. Betul tak.
.
Jadi kalau rasa masih kurang faham, teruskan membaca sebab nanti ana akan jelaskan sedikit tentang tips2 tersebut. Tapi lepas ni kalau tak faham gak, tanyalah pada tok guru masing2.
.
Selepas dah baca ayat 1 - 11 Surah Al-Mu'minun tuh, baca pula terjemahannya. Faham elok2. Antum akan dapat listkan beberapa perkara yang perlu dilakukan untuk berjaya. So, mari kita listkan sama2;
.
1) Khusyu' dalam solat
2) Jauhkan diri dari perkara lagho dan sia-sia
3) Keluarkan zakat/banyakkan sedekah/tak lokek dengan harta
4) Jaga nafsu syahwat/jauhi zina dan muqaddimahnya(couple, dating dll)
5) Tunaikan amanah dan tanggungjawab
6) Pelihara solat 5 waktu ( solat di awal waktu, tak buat perkara yang menghilangkan pahala solat)
.
Ada lagi ke? Kalau ada, antum tambah la dalam list antum, takut2 ana tak perasan. Biasalah, ana pun manusia yang tak mampu lari dari membuat kesalahan.
.
Jadi, secara umumnya, apa yang kita sama2 listkan tadi tu lah tips2 nya. Jadi sekarang tinggal nak memahami bagaimana semua tu mampu memastikan kejayaan CONFIRM dalam tangan. Betul ke CONFIRM? So, mari kita sama2 bina keyakinan kita. Hmm..., ana tak paksa untuk antum percaya dengan ana. Tapi lepas habis membaca nanti, antum fikir sendirilah adakah benar kenyataan yang ana keluarkan tu.
.
[nantikan sambungannya...]
.
kampui = lebih kurang macam cover la... [kiranya dah banyak mana yang antum baca, study, atau cover daripada semua yang dah antum belajar]
.
Alfussalamah
Assalamualaikum