~Bismillahirrahmanirrahim~
.
Assalamualaikum...
.
Sebelum melangkah lebih jauh, mari kita muhasabah diri kita dalam menempuh hari2 yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai hari yang amalan padanya adalah paling disukai oleh Allah SWT. Bagaimana dengan ibadah kita? Bagaimana dengan amalan2 kita? Bagaimana dengan maksiat kita? Bagaimana dengan waktu2 kita. Adakah kita telah memberikan haq2 waktu tersebut (menunaikan apa yang sepatutnya kita lakukan pada satu2 waktu itu)? Moga kita semua diberi kekuatan untuk mengimarahkan sepenuhnya hari2 tersebut dan seterusnya istiqamah dalam amalan2 tersebut. Moga hari ini kita masih istiqamah dalam amalan2 tersebut.
.
Untuk kali ini, penulis ingin menyentuh sekali lagi berkaitan pandangan kita terhadap muslim2 yang lain sebagai menjawab beberapa2 persoalan yang timbul.
.
Seperti yang penulis katakan, janganlah kita membiasakan diri kita untuk memandang buruk pada orang lain. Cubalah sedaya mungkin untuk ber'husnu-zhon' pada mereka. Namun begitu, penulis ingin tegaskan di sini, bahawa bagi setiap sesuatu itu, ada batasannya. Misalnya, kita disuruh supaya bersabar, tapi masih ada batasan2nya. Masih ada perkara2 yang perlu kita jaga seperti agama (Islam), nyawa, harta, maruah dan selainnya. Banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan. Walaubagaimanapun, tetaplah kamu untuk sentiasa berpandangan dan berprasangka baik pada saudara2 seagama kamu sehabis daya kamu. Cubalah sehabis daya bukan sekadar yang boleh kerana itu adalah tuntutan agama kita. Itu yang Allah SWT dan RasulNya mahukan.
.
Sebenarnya, apa yang penulis ingin sampaikan kali ini ialah, kita perlu juga ada sikap berhati-hati dalam kita berprasangka baik pada muslim2 lain.
.
'Berpeganglah dengan apa yang terzahir. Jangan mentafsir hatinya kerana hatinya adalah urusan Allah SWT.'
.
Bagaimanakah yang penulis maksudkan dengan berhati-hati itu. Itulah yang akan penulis jelaskan. Kalau kita dapati apa yang terzahir itu adalah perkara yang kurang elok(secara zahir) dan ketika itu, kita katakan pada diri kita, kita yakinkan diri kita bahawa itu adalah perkara yang elok. Dan kita biarkan dia dengan dirinya. Adakah itu yang sebaiknya? Adakah itu tindakan yang betul?
.
Pada pandangan penulis, itu betul. Kerana, apa yang secara zahirnya kurang elok, tak semestinya kurang elok pada hakikatnya. Tapi itu bukanlah jalan terbaik. Kenapa? Di sini penulis ingin bawakan satu contoh, supaya lebih mudah difahami. Katakan, suatu hari, ketika anda berjalan2 di sebuah taman, anda nampak seorang sahabat anda sedang berjalan beriringan dengan seseorang yang berlainan jantina. Itu perbuatan yang secara zahirnya kurang baik. Dan ketika itu, apa pendirian anda? Apa prasangka anda? Cuba jawab pada diri masing2.
.
Adakah anda menganggap dia bersalah. Atau adakah anda nak berbaik sangka dengan mengandaikan bahawa dia sedang berjalan bersama saudara kangdungnya (atau muhrimnya jika anda memang mengenali saudara2 kandungnya). Apa yang sepatutnya kita tafsirkan?
.
Penulis berpendapat, sebaiknya kita perlu berbaik sangka dengan dia. Tapi perlu ada sikap hati2 seperti yang penulis sebutkan di awal tadi. Bagaimana? Apa yang perlu kita buat ialah, kita jumpa dia selepas pada itu, dan dapatkan penjelasan secara tepat daripadanya. Dan jagalah adab2 kita dalam berbicara. Jika dia mengakui dia bersalah, maka tegurlah dia dengan hikmah. Jangan kita terus bersangka buruk padanya dan mengambil tindakan terburu2. Jangan menyebarkan apa yang kita lihat sebelum kita tahu kesahihannya. Jangan terus menceritakan apa yang terzahir. Cuba selidik terlebih dahulu. Itulah yang terbaik.
.
Dalam pada itu, cubalah untuk tidak berbaik sangka 100%. Cuba kurangkan. Biar ada sedikit ada rasa syak untuk kita selidik apa yang sebenarnya. Jika tidak, sekiranya dia memang melakukan perkara yang salah, kita tak dapat membantunya dengan mengingatkannya kerana kita tak tahu dan menyangka baik padanya. Kita tak akan dapat melaksanakan tanggungjawab nasihat. Kenapa? Kerana kita tak tahu dia bersalah (anggap dia betul/sangka baik dengannya). Jadi apa yang penulis nak tekankan di sini, pastikan kita sentiasa bersangka baik tapi dengan syarat, berhati-hati dangan sangkaan kita itu.
.
Rasanya, sahabat pembaca dapat faham apa yang ingin penulis sampaikan. Sekiranya, ada kurang kefaham pada mana2 bahagian, boleh tinggalkan pesan, dan insyaAllah, penulis akan cuba terangkan pandangan penulis itu. Dan sekiranya, ada yang mempunyai pendapat yang berbeza, penulis amat2 mengalu2kan untuk dikongsi bersama2. Moga dengan itu, kita dapat membuat suatu perbincangan yang lebih menarik dan membawa banyak manfaat.
.
Sebagai penutupnya, penulis menyarankan agar para pembaca dapat mencuri sedikit masa mentadabbur ayat ke-12 daripada surah Al-Hujuraat. Moga Allah SWT membuka hati2 kita untuk menerima limpahan hidayah dan petunjuk daripadanya. InsyaAllah!!!
.
Salam Mujahadah
Assalamualaikum.
.
panglima_islam87@yahoo.com
.
Sebagai penutupnya, penulis menyarankan agar para pembaca dapat mencuri sedikit masa mentadabbur ayat ke-12 daripada surah Al-Hujuraat. Moga Allah SWT membuka hati2 kita untuk menerima limpahan hidayah dan petunjuk daripadanya. InsyaAllah!!!
.
Salam Mujahadah
Assalamualaikum.
.
panglima_islam87@yahoo.com
0 MaklumBalas:
Post a Comment