~bismillahirrahmanirrahim~
Assalamualaikum...
Salam Mujahadah buat semua. Moga kita dapat sama2 memujahadahkan diri kita terutamanya dalam melangsaikan tanggungjawab kita walau apapun status kita. InsyaAllah...
Assalamualaikum...
Salam Mujahadah buat semua. Moga kita dapat sama2 memujahadahkan diri kita terutamanya dalam melangsaikan tanggungjawab kita walau apapun status kita. InsyaAllah...
.
Pagi ni, penulis nak nukilkan tentang suatu topik yang agak berat bagi penulis. Jadi, sebelum penulis memulakan penulisan, ingin sekali lagi penulis khabarkan bahawa penulis secara terbuka sedia menerima sebarang komen atau kritikan seperti mana yang penulis katakan dalam kalam muqaddimah sebelum ni.
.
Sebelum masuk kepada topik sebenar, penulis juga tertarik untuk membicarakan tentang sikap kita sebagai seorang penerima berita, pendengar, pembaca atau yang selainnya(yang mana kita menerima sesuatu maklumat). Dalam apa2 perkara pun, yang paling penting dan perlu ada dalam diri kita ialah 'salamatussodr' atau lebih dikenali sebagai berlapang dada(dalam bahasa melayu). Kenapa? Sebab, kalau kita tak ada sifat ini, sebelum sempat kita memahami atau menerima maklumat yang disampaikan sepenuhnya, kita akan terus menolaknya secara bulat2. Itu adalah sesuatu yang tak dapat dinafikan. Itu memang akan berlaku jika kita tak tanamkan sifat ini dalam diri kita. Persoalannya, kenapa kita perlu ada sifat ini? Sebabnya, sifat ini juga merupakan salah satu sifat penting yang perlu ada dalam diri atau jiwa seorang muslim. Kita melenting jika orang lain mempertikaikan keIslaman kita, tapi masalahnya kita sendiri tak mahu bersifat dengan sifat2 yang dianjurkan oleh Islam.
.
Ingin saya peringatkan, sesungguhnya, sifat berlapang dada ini amat penting bukan sahaja dalam situasi atau keadaan yang penulis sebutkan tadi(menerima pendapat atau maklumat dari orang lain), malah teramat2 penting dalam sesuatu yang disebutkan sebagai ukhuwwah.
.
Sahabat2 pembaca sekalian,
Selain berlapang dada, kita juga perlu memastikan diri kita jauh dari perbuatan memandang serong pada orang lain( su'-zhon). Sebabnya, sama seperti berlapang dada, jika kita tak mempunyai sifat ini, mustahil kita dapat menerima pendapat atau berita yang disampaikan dari orang yang pada pandangan kita buruk, teruk atau sebagainya sedangkan tak pernah terzahir pada kita keburukan atau keterukan individu tersebut.
.
Sedarlah wahai sahabat2 pembaca sekalian. Cubalah untuk sentiasa ber'husnuz-zhon' dalam setiap situasi. Jika kita perhatikan pada hadis Rasulullah SAW, yang dimuatkan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya 'Al-arba'un An-Nawawiyyah' sebagai hadis ke lapan(bolehlah rujuk kembali pada kitab2 antum kat rumah tu), Rasulullah SAW bersabda :
.
"Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak di sembah melainkan Allah SWT, dan Muhammad adalah pesuruh Allah, menunaikan solat dan mereka menunaikan zakat. Maka, apabila mereka melakukan semua ini, terjamin(terjaga) dariku, darah mereka dan harta mereka melainkan dengan haq2 Islam, dan hisab mereka atas Allah SWT"
-riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim-
.
Pasti sahabat2 tertanya2 apa kaitannya hadis ini dengan sifat su'-zhon yang penulis ceritakan sebelum ini. Jadi untuk menerangkan tentang kaitan antara keduanya, penulis suka untuk membawa sebuah cerita yang ada kaitannya dengan hadis.
.
'Dalam sebuah peperangan, ketika seorang sahabat hampir membunuh seorang musuh, tiba2 musuh tersebut mengucapkan kalimah syahadah. Oleh kerana, sahabat tadi beri'tikhad bahawa musuh tadi sengaja mengucapkan kalimah syahadah untuk melepaskan diri, maka beliau terus sahaja membunuh musuh tadi. Dan kalau tak silap Rasulullah berlepas diri dengan tindakan sahabat tersebut.'
(harap ada pembaca yang dapat menta'kidkan cerita ini supaya lebih jelas-terutamanya berkaitan reaksi Rasulullah SAW atas tindakan sahabat tersebut)
.
Jadi, dalam hadis tadi, Rasulullah SAW menyatakan bahawa apabila seseorang itu telah mengucapkan kalimah syahadah secara zahir, maka haram darahnya(haram untuk membunuhnya). Dan berpeganglah pada apa yang terzahir. Tak perlulah kita cuba mentafsirkan apa yang ada di dalam hatinya. Dan janganlah kita menganggap setiap tindakan atau perbuatan orang lain itu mempunyai niat buruk atau sepertinya walaupun sememangnya dia berniat buruk. Kenapa? Kerana Rasulullah SAW bersabda pada akhir hadis tadi, 'dan hisab mereka atas Allah SWT'. Maka biarlah Allah yang menentukan perhitungannya di Akhirat kelak. Bahkan sesungguhnya, hanya Allah SWT yang layak untuk menghukum hati manusia. Dan bukanlah kerja kita untuk menghukum hati manusia. Bukannya kita boleh tahu pun apa yang ada dalam hati manusia lain. Dan sememangnya takkan ada manusia selepas Rasulullah SAW yang akan dapat 'wahyu' tentang apa yang ada dalam hati manusia lain.
.
Jadi, secara ringkasnya, penulis ingin tegaskan di sini, apabila kita mendapat tahu sesuatu maklumat, pendapat atau selainnya, jangan kita secara terus menolaknya (malah memblokkan minda kita) tanpa terlebih dahulu memikirkannya, memastikan kesahihannya, mempertimbangkan baik buruknya serta melihat kesesuaiannya dalam keadaan dan situasi tempat dan masanya. Supaya nanti kita tak tersilap langkah. Menolak sesuatu yang betul semata2 kerana penyampainya yang pada pandangan kita mempunyai niat yang tersembunyi ataupun kerana ia sesuatu yang tak kena dengan cara fikir kita.
.
So, di sini, penulis ingin mengajak semua pembaca untuk sama2 menyemai sifat ini dalam diri dan berdoa moga Allah SWT menunjukkan kita jalan dan menetapkan kita pada jalan yang benar lagi lurus yang pernah dilalui oleh para anbiya', sahabat2 serta pengikut2 mereka serta yang meneruskan rantaian perjuangan mereka. InsyaAllah...
.
Berbalik kepada topik asal. Nampaknya, penulis tak berkesempatan untuk menukilkannya dalam ruangan ini. InsyaAllah penulis akan 'post'kan pada masa2 yang akan datang. InsyaAllah... Ribuan kemaafan penulis pohon atas tindakan yang tak 'pro' ni.
.
Salam Mujahadah,
Assalamualaikum.
.
0 MaklumBalas:
Post a Comment