Masih Mengumpat?

Saturday, 23 December 2006

 

~Bismillahirrahmanirrahim~
.
Assalamualaikum...
.
Anda Mengumpat??
.
Bismillahirrahmanirrahim…
.
Segala pujian bagi Allah SWT, Pemilik segalanya. Selawat serta Salam buat Junjungan besar Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat dan semua penerus rantaian perjuangan baginda.
.
Susulan dari topik ukhuwwah (mujahadah-edisi pertama), penulis ingin mengajak sahabat pem- baca sekalian untuk merenung dan me'muhasabah' semula diri kita. Adakah kita sentiasa berusaha untuk mengekalkan ukhuwwah yang telah terjalin? Adakah kita tetap melakukan perbuatan2 yang mampu memutuskan ikatan persaudaraan tersebut? Pernahkah kita mengumpat sahabat2 kita? Tidakkah kita sedar bahawa sesungguhnya mengumpat merupakan antara pemusnah ukhuwwah.
.
Sahabat2ku,
Dalam keadaan sedar atau tidak, perbuatan mengumpat telah menjadi sebahagian dari ke- hidupan kita. Kita sering terlepas pandang dan menanggap remeh akan perbuatan buruk dan hina ini. Tidakkah kita tahu sesungguhnya perbuatan ini diumpamakan sebagai memakan daging saudara seagama kita. Atau, adakah kita jahil akan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan mengumpat.
.
Rasulullah SAW pernah bersabda : Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal sau- daramu dengan suatu perkara yang dibencinya. [riwayat Imam Muslim]
.
Perbuatan menyebut atau menceritakan keburukan walau tanpa menyebut nama pelakunya, tapi diketahui oleh orang yang mendengarnya juga dianggap mengumpat. Bukankah perbuatan ini yang selalu dan biasa kita lakukan sehingga kita tidak merasainya sebagai satu dosa sedangkan kita tahu bahawa sesungguhnya perbuatan mengumpat adalah salah satu dosa besar (hakikat yang perlu kita sama2 renungkan). Malah, jika kita benar-benar bertaubat sekalipun, Allah SWT yang Maha Pengampun tidak akan mengampunkan kita. Sehinggalah kita mendapatkan kemaafan dari orang yang kita umpatkan. Jika tidak, maka dosa itu akan kekal dan pelakunya akan menerima balasan yang setimpal di hari akhirat kelak.
.
Sabda Raslullah SAW bermaksud : “ Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip meaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah SWT akan mengintip keaibannya, dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri ” [riwayat Abu Daud]
.
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang lain : “ Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering ” .
.
Lihatlah sahabat2ku, betapa ruginya orang yang mengumpat ketika dihisab di hari akhirat kelak kerana segala amalam kebaikannya akan terhapus seperti mudahnya kayu kering dijilat api. Segala amalan kebaikannya akan diberikan kepada mereka2 yang diumpatnya. Malah jika kebaikannya sudah tiada lagi, segala dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepadanya. Inilah yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai orang yang muflis di akhirat nanti.
.
Justeru, penulis menyeru kepada semua untuk kita sama2 berusaha menjauhi perbuatan ini dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya kita tidak digolongkan di kalangan mereka2 yang 'muflis' . Dan marilah kita sama2 kembali bertaubat serta memperbanyakkan istighfar kepada Allah SWT atas segala kesalahan yang telah kita lakukan dan sama2 memohon kemaafan kepada mereka2 yang telah menjadi mangsa umpatan kita. Penulis juga ingin mengambil kesempatan ini memohon ribuan kemaafan dengan sebenar2 kemaafan daripada pembaca sekalian sekiranya, secara sedar atau tidak, penulis pernah mengumpat akan kalian dari sekecil2nya hinggalah sebesar2nya. Keampuanan kalian amat2lah diharapkan.
.
[dipetik dari MUJAHADAH-edisi kedua]
.
Pertamanya panulis nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 penulis yang sudi mengemailkan banyak artikel kepada penulis. Terima kasih buat Firdaus Yusuf (INTEC). Dan untuk Mujahadah edisi kedua, penulis telah mengubah suai salah satu artikel yang telah menarik minat penulis. Dan penulis sengaja mengubah dan memilih tajuk dalam bentuk soalan untuk membuatkan sahabat pembaca mencari jawapannya.
.
Antara sebab utama pemilihan topik ini ialah kerana keadaan sekitar penulis. Penulis dapat perhatikan ramai di kalangan sahabat2 penulis yang dalam keadaan sedar atau tak, telah terlanjur melakukan perbuatan mengumpat. Dan penulis secara peribadi mengakui tak terkecuali. Mungkin ini salah satu cara untuk penulis muhasabah semula diri penulis di samping memberi peringatan kepada para pembaca dan sahabat penulis yang lain.
.
Lagipun, penulis dapat rasakan yang perbuatan ini telah menular dah menjadi darah daging masyarakat zaman sekarang. Bayangkan, daging sahabat2 kita yang diumpat telah pun menjadi darah daging kita. Masihkah kita ingin terus melapah daging2 sahabat2 kita? Tidakkah ada rasa jijik dalam diri kita? Manusiakah kita? Fikir2kanlah sahabat2ku.
.
Artikel ini bukan bermatlamat untuk menyindir mana2 pihak. Tapi sekadar peringatan buat semua. Penulis dapat rasakan bahawa akan ada yang merasakan artikel ini ditujukan padanya. Itu adalah fitrah. Kerana, 'siapa yang makan cili, dialah yang rasa nikmatnya kepedasan cili itu'. Dan penulis yakin, ramai yang akan terkena dengan dengan artikel ini. Jadi, kalau dah rasa diri tu berkaitan, muhasabahlah. Periksa balik diri masing2. Ubah apa yang patut diubah. Pesanan untuk diri dan untuk semua. Semoga Allah melimpahkan bantuanNYA untuk kita dalam usaha kita untuk mengubah diri kita. InsyaAllah.
.
Salam Mujahadah
Assalamualaikum
.

0 MaklumBalas: