Hati2 Dalam Baik Sangka!!!

Saturday, 23 December 2006

0 MaklumBalas  

~Bismillahirrahmanirrahim~
.
Assalamualaikum...
.

Sebelum melangkah lebih jauh, mari kita muhasabah diri kita dalam menempuh hari2 yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai hari yang amalan padanya adalah paling disukai oleh Allah SWT. Bagaimana dengan ibadah kita? Bagaimana dengan amalan2 kita? Bagaimana dengan maksiat kita? Bagaimana dengan waktu2 kita. Adakah kita telah memberikan haq2 waktu tersebut (menunaikan apa yang sepatutnya kita lakukan pada satu2 waktu itu)? Moga kita semua diberi kekuatan untuk mengimarahkan sepenuhnya hari2 tersebut dan seterusnya istiqamah dalam amalan2 tersebut. Moga hari ini kita masih istiqamah dalam amalan2 tersebut.
.
Untuk kali ini, penulis ingin menyentuh sekali lagi berkaitan pandangan kita terhadap muslim2 yang lain sebagai menjawab beberapa2 persoalan yang timbul.
.
Seperti yang penulis katakan, janganlah kita membiasakan diri kita untuk memandang buruk pada orang lain. Cubalah sedaya mungkin untuk ber'husnu-zhon' pada mereka. Namun begitu, penulis ingin tegaskan di sini, bahawa bagi setiap sesuatu itu, ada batasannya. Misalnya, kita disuruh supaya bersabar, tapi masih ada batasan2nya. Masih ada perkara2 yang perlu kita jaga seperti agama (Islam), nyawa, harta, maruah dan selainnya. Banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan. Walaubagaimanapun, tetaplah kamu untuk sentiasa berpandangan dan berprasangka baik pada saudara2 seagama kamu sehabis daya kamu. Cubalah sehabis daya bukan sekadar yang boleh kerana itu adalah tuntutan agama kita. Itu yang Allah SWT dan RasulNya mahukan.
.
Sebenarnya, apa yang penulis ingin sampaikan kali ini ialah, kita perlu juga ada sikap berhati-hati dalam kita berprasangka baik pada muslim2 lain.
.
'Berpeganglah dengan apa yang terzahir. Jangan mentafsir hatinya kerana hatinya adalah urusan Allah SWT.'
.
Bagaimanakah yang penulis maksudkan dengan berhati-hati itu. Itulah yang akan penulis jelaskan. Kalau kita dapati apa yang terzahir itu adalah perkara yang kurang elok(secara zahir) dan ketika itu, kita katakan pada diri kita, kita yakinkan diri kita bahawa itu adalah perkara yang elok. Dan kita biarkan dia dengan dirinya. Adakah itu yang sebaiknya? Adakah itu tindakan yang betul?
.
Pada pandangan penulis, itu betul. Kerana, apa yang secara zahirnya kurang elok, tak semestinya kurang elok pada hakikatnya. Tapi itu bukanlah jalan terbaik. Kenapa? Di sini penulis ingin bawakan satu contoh, supaya lebih mudah difahami. Katakan, suatu hari, ketika anda berjalan2 di sebuah taman, anda nampak seorang sahabat anda sedang berjalan beriringan dengan seseorang yang berlainan jantina. Itu perbuatan yang secara zahirnya kurang baik. Dan ketika itu, apa pendirian anda? Apa prasangka anda? Cuba jawab pada diri masing2.
.
Adakah anda menganggap dia bersalah. Atau adakah anda nak berbaik sangka dengan mengandaikan bahawa dia sedang berjalan bersama saudara kangdungnya (atau muhrimnya jika anda memang mengenali saudara2 kandungnya). Apa yang sepatutnya kita tafsirkan?
.
Penulis berpendapat, sebaiknya kita perlu berbaik sangka dengan dia. Tapi perlu ada sikap hati2 seperti yang penulis sebutkan di awal tadi. Bagaimana? Apa yang perlu kita buat ialah, kita jumpa dia selepas pada itu, dan dapatkan penjelasan secara tepat daripadanya. Dan jagalah adab2 kita dalam berbicara. Jika dia mengakui dia bersalah, maka tegurlah dia dengan hikmah. Jangan kita terus bersangka buruk padanya dan mengambil tindakan terburu2. Jangan menyebarkan apa yang kita lihat sebelum kita tahu kesahihannya. Jangan terus menceritakan apa yang terzahir. Cuba selidik terlebih dahulu. Itulah yang terbaik.
.
Dalam pada itu, cubalah untuk tidak berbaik sangka 100%. Cuba kurangkan. Biar ada sedikit ada rasa syak untuk kita selidik apa yang sebenarnya. Jika tidak, sekiranya dia memang melakukan perkara yang salah, kita tak dapat membantunya dengan mengingatkannya kerana kita tak tahu dan menyangka baik padanya. Kita tak akan dapat melaksanakan tanggungjawab nasihat. Kenapa? Kerana kita tak tahu dia bersalah (anggap dia betul/sangka baik dengannya). Jadi apa yang penulis nak tekankan di sini, pastikan kita sentiasa bersangka baik tapi dengan syarat, berhati-hati dangan sangkaan kita itu.
.
Rasanya, sahabat pembaca dapat faham apa yang ingin penulis sampaikan. Sekiranya, ada kurang kefaham pada mana2 bahagian, boleh tinggalkan pesan, dan insyaAllah, penulis akan cuba terangkan pandangan penulis itu. Dan sekiranya, ada yang mempunyai pendapat yang berbeza, penulis amat2 mengalu2kan untuk dikongsi bersama2. Moga dengan itu, kita dapat membuat suatu perbincangan yang lebih menarik dan membawa banyak manfaat.
.
Sebagai penutupnya, penulis menyarankan agar para pembaca dapat mencuri sedikit masa mentadabbur ayat ke-12 daripada surah Al-Hujuraat. Moga Allah SWT membuka hati2 kita untuk menerima limpahan hidayah dan petunjuk daripadanya. InsyaAllah!!!
.
Salam Mujahadah
Assalamualaikum.
.
panglima_islam87@yahoo.com

Masih Mengumpat?

0 MaklumBalas  

~Bismillahirrahmanirrahim~
.
Assalamualaikum...
.
Anda Mengumpat??
.
Bismillahirrahmanirrahim…
.
Segala pujian bagi Allah SWT, Pemilik segalanya. Selawat serta Salam buat Junjungan besar Rasulullah SAW, ahli keluarga, para sahabat dan semua penerus rantaian perjuangan baginda.
.
Susulan dari topik ukhuwwah (mujahadah-edisi pertama), penulis ingin mengajak sahabat pem- baca sekalian untuk merenung dan me'muhasabah' semula diri kita. Adakah kita sentiasa berusaha untuk mengekalkan ukhuwwah yang telah terjalin? Adakah kita tetap melakukan perbuatan2 yang mampu memutuskan ikatan persaudaraan tersebut? Pernahkah kita mengumpat sahabat2 kita? Tidakkah kita sedar bahawa sesungguhnya mengumpat merupakan antara pemusnah ukhuwwah.
.
Sahabat2ku,
Dalam keadaan sedar atau tidak, perbuatan mengumpat telah menjadi sebahagian dari ke- hidupan kita. Kita sering terlepas pandang dan menanggap remeh akan perbuatan buruk dan hina ini. Tidakkah kita tahu sesungguhnya perbuatan ini diumpamakan sebagai memakan daging saudara seagama kita. Atau, adakah kita jahil akan apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan mengumpat.
.
Rasulullah SAW pernah bersabda : Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal sau- daramu dengan suatu perkara yang dibencinya. [riwayat Imam Muslim]
.
Perbuatan menyebut atau menceritakan keburukan walau tanpa menyebut nama pelakunya, tapi diketahui oleh orang yang mendengarnya juga dianggap mengumpat. Bukankah perbuatan ini yang selalu dan biasa kita lakukan sehingga kita tidak merasainya sebagai satu dosa sedangkan kita tahu bahawa sesungguhnya perbuatan mengumpat adalah salah satu dosa besar (hakikat yang perlu kita sama2 renungkan). Malah, jika kita benar-benar bertaubat sekalipun, Allah SWT yang Maha Pengampun tidak akan mengampunkan kita. Sehinggalah kita mendapatkan kemaafan dari orang yang kita umpatkan. Jika tidak, maka dosa itu akan kekal dan pelakunya akan menerima balasan yang setimpal di hari akhirat kelak.
.
Sabda Raslullah SAW bermaksud : “ Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip meaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah SWT akan mengintip keaibannya, dan Dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri ” [riwayat Abu Daud]
.
Sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang lain : “ Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering ” .
.
Lihatlah sahabat2ku, betapa ruginya orang yang mengumpat ketika dihisab di hari akhirat kelak kerana segala amalam kebaikannya akan terhapus seperti mudahnya kayu kering dijilat api. Segala amalan kebaikannya akan diberikan kepada mereka2 yang diumpatnya. Malah jika kebaikannya sudah tiada lagi, segala dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepadanya. Inilah yang disebut oleh Rasulullah SAW sebagai orang yang muflis di akhirat nanti.
.
Justeru, penulis menyeru kepada semua untuk kita sama2 berusaha menjauhi perbuatan ini dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya kita tidak digolongkan di kalangan mereka2 yang 'muflis' . Dan marilah kita sama2 kembali bertaubat serta memperbanyakkan istighfar kepada Allah SWT atas segala kesalahan yang telah kita lakukan dan sama2 memohon kemaafan kepada mereka2 yang telah menjadi mangsa umpatan kita. Penulis juga ingin mengambil kesempatan ini memohon ribuan kemaafan dengan sebenar2 kemaafan daripada pembaca sekalian sekiranya, secara sedar atau tidak, penulis pernah mengumpat akan kalian dari sekecil2nya hinggalah sebesar2nya. Keampuanan kalian amat2lah diharapkan.
.
[dipetik dari MUJAHADAH-edisi kedua]
.
Pertamanya panulis nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat2 penulis yang sudi mengemailkan banyak artikel kepada penulis. Terima kasih buat Firdaus Yusuf (INTEC). Dan untuk Mujahadah edisi kedua, penulis telah mengubah suai salah satu artikel yang telah menarik minat penulis. Dan penulis sengaja mengubah dan memilih tajuk dalam bentuk soalan untuk membuatkan sahabat pembaca mencari jawapannya.
.
Antara sebab utama pemilihan topik ini ialah kerana keadaan sekitar penulis. Penulis dapat perhatikan ramai di kalangan sahabat2 penulis yang dalam keadaan sedar atau tak, telah terlanjur melakukan perbuatan mengumpat. Dan penulis secara peribadi mengakui tak terkecuali. Mungkin ini salah satu cara untuk penulis muhasabah semula diri penulis di samping memberi peringatan kepada para pembaca dan sahabat penulis yang lain.
.
Lagipun, penulis dapat rasakan yang perbuatan ini telah menular dah menjadi darah daging masyarakat zaman sekarang. Bayangkan, daging sahabat2 kita yang diumpat telah pun menjadi darah daging kita. Masihkah kita ingin terus melapah daging2 sahabat2 kita? Tidakkah ada rasa jijik dalam diri kita? Manusiakah kita? Fikir2kanlah sahabat2ku.
.
Artikel ini bukan bermatlamat untuk menyindir mana2 pihak. Tapi sekadar peringatan buat semua. Penulis dapat rasakan bahawa akan ada yang merasakan artikel ini ditujukan padanya. Itu adalah fitrah. Kerana, 'siapa yang makan cili, dialah yang rasa nikmatnya kepedasan cili itu'. Dan penulis yakin, ramai yang akan terkena dengan dengan artikel ini. Jadi, kalau dah rasa diri tu berkaitan, muhasabahlah. Periksa balik diri masing2. Ubah apa yang patut diubah. Pesanan untuk diri dan untuk semua. Semoga Allah melimpahkan bantuanNYA untuk kita dalam usaha kita untuk mengubah diri kita. InsyaAllah.
.
Salam Mujahadah
Assalamualaikum
.

Kau, Aku Saudara

Monday, 4 December 2006

3 MaklumBalas  

~Bismillahirrahmanirrahim~
.
Assalamualaikum...
.

ukhuwwah I
.
Selalu kita diperdengarkan tentang persoalan ukhuwwah. Malah topik ini seringkali diperbincangkan dalam banyak program2 terutamanya program berbentuk keagamaan. Jadi, di sini tak perlulah diperjelaskan dengan panjang lebar tentang apa itu ukhuwwah. Tapi, penulis lebih berminat untuk mengajak kalian memikirkan bagaimana nak menjaga ukhuwwah dan kenapa ukhuwwah perlu dipelihara.
.
Allah SWT telah memberikan kita petujuk yang jelas berkaitan dengan ukhuwwah yang mana kita boleh perhatikan dalam surah al-Hujuraat. Dan amat2 disarankan agar sahabat2 sekalian dapat mentadabbur ayat2 dalam surah tersebut. Dalam ayat ke-10, Allah SWT berfirman;
.
‘Sesungguhnya orang2 mu’min adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah SWT supaya kamu mendapat rahmat’
.
Daripada ayat ini, apa yang kita sama2 boleh faham ialah, walau siapa pun individu itu, sekiranya dia adalah seorang muslim, maka dia juga adalah saudara kita dan tiadalah haq atas diri kita untuk memusuhinya walau apa pun situasinya. Malah persaudaraan seIslam perlu lebih dijaga dan diberi perhatian berbanding persaudaraan nasab.
.
Namun muslim zaman ini seperti suka mencari ruang menimbulkan pertelingkahan hinggakan perkara2 yang remeh pun mampu menyebabkan perselisihan yang berpanjangan. Malah kita dapat lihat, sekiranya berlaku pertembungan pendapat yang berbeza antara dua muslim, persengketaanlah yang menjadi pilihan keduanya. Kenapa ini berlaku? Kerana kita tiada sifat berlapang dada. Kita tak mahu membuka minda kita untuk mendahulukan apa yanmg perlu didahulukan. Kita lebih mahu mempertahankan pendapat peribadi kita berbanding menjaga ikatan persaudaraan antara kita.
.
“Bukanlah suatu ke’aiban pada khilaf(perselisihan), tapi ke’aiban adalah pada sikap ta’asub dengan sesuatu pendapat dan menolak pemikiran manusia serta pendapat mereka” ¹
.
Janganlah kita mebiarkan hati kita terus-menerus membenci dan memusuhi saudara muslim kita, tapi semaikanlah rasa kasih sayang dan biarkanlah dia dengan pendapatnya, selagi mana pegangannya itu tidak melampaui batasan agama Islam. Sesungguhnya permusuhan tidak mungkin terjadi tanpa penglibatan dari kedua2 pihak. Maka, jadilah kita pihak yang bertolak ansur. Moga Allah SWT menunjukkan pada kita, jalan yang pernah dilalui para anbiyya’ dan para penerus perjuangan mereka serta memberi kudrat kepada kita untuk turut melaluinya.
.
¹.Majmu’ah Rasail Al-Imam Asy-Syahid Hasan Al-Banna - Risalah Al-Muktamar Al-Khamis
.
[dipetik dari MUJAHADAH-edisi pertama]
.
.
InsyaAllah penulis akan membicarakan lagi secara lebih terperinci berkaitan dengan persoalan ukhuwwah ni. Dan diharapkan kepada semua sahabat pembaca sekalian dapat turut serta membincangkan persoalan ini. Dan setiap pendapat bolehlah di hantar ke ruangan komen atau terus ke email saya. InsyaAllah...
.
Salam Mujahadah
Assalamualaikum
.

Hanya Aku Yang Betul??

Friday, 1 December 2006

0 MaklumBalas  

~bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum...

Salam Mujahadah buat semua. Moga kita dapat sama2 memujahadahkan diri kita terutamanya dalam melangsaikan tanggungjawab kita walau apapun status kita. InsyaAllah...
.
Pagi ni, penulis nak nukilkan tentang suatu topik yang agak berat bagi penulis. Jadi, sebelum penulis memulakan penulisan, ingin sekali lagi penulis khabarkan bahawa penulis secara terbuka sedia menerima sebarang komen atau kritikan seperti mana yang penulis katakan dalam kalam muqaddimah sebelum ni.
.
Sebelum masuk kepada topik sebenar, penulis juga tertarik untuk membicarakan tentang sikap kita sebagai seorang penerima berita, pendengar, pembaca atau yang selainnya(yang mana kita menerima sesuatu maklumat). Dalam apa2 perkara pun, yang paling penting dan perlu ada dalam diri kita ialah 'salamatussodr' atau lebih dikenali sebagai berlapang dada(dalam bahasa melayu). Kenapa? Sebab, kalau kita tak ada sifat ini, sebelum sempat kita memahami atau menerima maklumat yang disampaikan sepenuhnya, kita akan terus menolaknya secara bulat2. Itu adalah sesuatu yang tak dapat dinafikan. Itu memang akan berlaku jika kita tak tanamkan sifat ini dalam diri kita. Persoalannya, kenapa kita perlu ada sifat ini? Sebabnya, sifat ini juga merupakan salah satu sifat penting yang perlu ada dalam diri atau jiwa seorang muslim. Kita melenting jika orang lain mempertikaikan keIslaman kita, tapi masalahnya kita sendiri tak mahu bersifat dengan sifat2 yang dianjurkan oleh Islam.
.
Ingin saya peringatkan, sesungguhnya, sifat berlapang dada ini amat penting bukan sahaja dalam situasi atau keadaan yang penulis sebutkan tadi(menerima pendapat atau maklumat dari orang lain), malah teramat2 penting dalam sesuatu yang disebutkan sebagai ukhuwwah.
.
Sahabat2 pembaca sekalian,
Selain berlapang dada, kita juga perlu memastikan diri kita jauh dari perbuatan memandang serong pada orang lain( su'-zhon). Sebabnya, sama seperti berlapang dada, jika kita tak mempunyai sifat ini, mustahil kita dapat menerima pendapat atau berita yang disampaikan dari orang yang pada pandangan kita buruk, teruk atau sebagainya sedangkan tak pernah terzahir pada kita keburukan atau keterukan individu tersebut.
.
Sedarlah wahai sahabat2 pembaca sekalian. Cubalah untuk sentiasa ber'husnuz-zhon' dalam setiap situasi. Jika kita perhatikan pada hadis Rasulullah SAW, yang dimuatkan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya 'Al-arba'un An-Nawawiyyah' sebagai hadis ke lapan(bolehlah rujuk kembali pada kitab2 antum kat rumah tu), Rasulullah SAW bersabda :
.
"Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka bersaksi bahawa tiada tuhan yang layak di sembah melainkan Allah SWT, dan Muhammad adalah pesuruh Allah, menunaikan solat dan mereka menunaikan zakat. Maka, apabila mereka melakukan semua ini, terjamin(terjaga) dariku, darah mereka dan harta mereka melainkan dengan haq2 Islam, dan hisab mereka atas Allah SWT"
-riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim-
.
Pasti sahabat2 tertanya2 apa kaitannya hadis ini dengan sifat su'-zhon yang penulis ceritakan sebelum ini. Jadi untuk menerangkan tentang kaitan antara keduanya, penulis suka untuk membawa sebuah cerita yang ada kaitannya dengan hadis.
.
'Dalam sebuah peperangan, ketika seorang sahabat hampir membunuh seorang musuh, tiba2 musuh tersebut mengucapkan kalimah syahadah. Oleh kerana, sahabat tadi beri'tikhad bahawa musuh tadi sengaja mengucapkan kalimah syahadah untuk melepaskan diri, maka beliau terus sahaja membunuh musuh tadi. Dan kalau tak silap Rasulullah berlepas diri dengan tindakan sahabat tersebut.'
(harap ada pembaca yang dapat menta'kidkan cerita ini supaya lebih jelas-terutamanya berkaitan reaksi Rasulullah SAW atas tindakan sahabat tersebut)
.
Jadi, dalam hadis tadi, Rasulullah SAW menyatakan bahawa apabila seseorang itu telah mengucapkan kalimah syahadah secara zahir, maka haram darahnya(haram untuk membunuhnya). Dan berpeganglah pada apa yang terzahir. Tak perlulah kita cuba mentafsirkan apa yang ada di dalam hatinya. Dan janganlah kita menganggap setiap tindakan atau perbuatan orang lain itu mempunyai niat buruk atau sepertinya walaupun sememangnya dia berniat buruk. Kenapa? Kerana Rasulullah SAW bersabda pada akhir hadis tadi, 'dan hisab mereka atas Allah SWT'. Maka biarlah Allah yang menentukan perhitungannya di Akhirat kelak. Bahkan sesungguhnya, hanya Allah SWT yang layak untuk menghukum hati manusia. Dan bukanlah kerja kita untuk menghukum hati manusia. Bukannya kita boleh tahu pun apa yang ada dalam hati manusia lain. Dan sememangnya takkan ada manusia selepas Rasulullah SAW yang akan dapat 'wahyu' tentang apa yang ada dalam hati manusia lain.
.
Jadi, secara ringkasnya, penulis ingin tegaskan di sini, apabila kita mendapat tahu sesuatu maklumat, pendapat atau selainnya, jangan kita secara terus menolaknya (malah memblokkan minda kita) tanpa terlebih dahulu memikirkannya, memastikan kesahihannya, mempertimbangkan baik buruknya serta melihat kesesuaiannya dalam keadaan dan situasi tempat dan masanya. Supaya nanti kita tak tersilap langkah. Menolak sesuatu yang betul semata2 kerana penyampainya yang pada pandangan kita mempunyai niat yang tersembunyi ataupun kerana ia sesuatu yang tak kena dengan cara fikir kita.
.
So, di sini, penulis ingin mengajak semua pembaca untuk sama2 menyemai sifat ini dalam diri dan berdoa moga Allah SWT menunjukkan kita jalan dan menetapkan kita pada jalan yang benar lagi lurus yang pernah dilalui oleh para anbiya', sahabat2 serta pengikut2 mereka serta yang meneruskan rantaian perjuangan mereka. InsyaAllah...
.
Berbalik kepada topik asal. Nampaknya, penulis tak berkesempatan untuk menukilkannya dalam ruangan ini. InsyaAllah penulis akan 'post'kan pada masa2 yang akan datang. InsyaAllah... Ribuan kemaafan penulis pohon atas tindakan yang tak 'pro' ni.
.
Salam Mujahadah,
Assalamualaikum.
.

Bicara Muqaddimah

Sunday, 26 November 2006

0 MaklumBalas  

~Bismillahirrahmanirrahim~

Assalamualaikum...

Segala puji-pujian bagi Allah SWT, Pencipta, Pemilik, serta Pentadbir alam semesta, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun. Selawat serta salam atas junjungan besar, pembawa cahaya dan rahmat ke seluruh alam, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para sahabat serta semua yang mengikut dan memperjuangkan risalah baginda Rasulullah SAW.

Seinfiniti rasa syukur dirafa'kan ke hadrat Allah SWT, atas limpahan rahmat dan kasihnya yang tak terhingga, Yang masih menetapkan hati-hati kita untuk terus berada dalam cahaya petunjukNya, Yang terus-menerus memastikan kita masih di bawah lembayung nikmatNya yang terbesar, Iman dan Islam. Dan moga-moga kita juga tidak dikecualikan untuk menerima nikmat ukhuwwah yang tidak kurang kelazatannya.
.
Sebagai pembuka bicara, penulis suka untuk menarik perhatian pembaca tentang 'tujuan'. Kenapa dengan 'tujuan'? Satu persoalan untuk sama2 kita fikirkan. Sebenarnya penulis memang suka menyebut tentang 'tujuan' dalam setiap apa yang berlaku. Jadi, di situ, secara tidak langsung kita juga kan fikir tentang sebab akibat perkara2 yang berlaku tu. Betul tak? Malah kita akan dapat menganalisis tahap kejayaan atau kesempurnaan sesuatu rancangan. Rasanya, semua dapat menerima fakta ini. Kembali kepada 'tujuan'. Apa 'tujuan' blog ni dihasilkan? Penghasilan blog ni sudah lama berada dalam perancangan dan benak fikiran penulis. Cuma baru sekarang dapat nak direalisasikan. Itu pun baru nak mula. Belum lagi jadi realiti. Masih fantasi atau mungkin masih di alam mimpi. Sebenarnya, dengan penghasilan blog ni, penulis amat mengharapkan ia dapat menjadi salah satu usaha serta medan penulis untuk menunaikan tanggungjawab penulis sebagai seorang manusia yang diutuskan oleh Allah SWT untuk mengabdikan diri kepadaNya dan dalam masa yang sama menjadi khalifah di muka bumiNya ini. InsyaAllah...
.
Oleh itu, tujuan utama penulis berusaha untuk menghasilkan blog ini ialah untuk memohon limpahan rahmat serta KeRedhaanNya. Dalam pada itu, penulis juga amat berharap, penulis dapat berkongsi segala apa ilmu yang ada pada diri penulis dengan pembaca2 sekalian. Moga kita sama2 mendapat petunjuk serta hidayah daripadaNya. InsyaAllah... Blog ini juga bagi penulis adalah sebahagian dari medan dakwah, yang mana pada pendapat penulis mampu membawa impak yang agak besar jika diusahakan dengan cara yang betul dan bersesuaian. Tambahan pula internet dewasa ini, digunakan secara amat meluas(termasuklah di ceruk2 kampung, hulu2 bandar serta kawasan2 pedalaman...).
.
Dalam masa yang sama, penulis juga berharap blog ni dapat sedikit sebanyak membentuk diri penulis dalam bidang penulisan, pengkajian, penyampaian maklumat serta bidang2 lain. Jadi, penulis amat terbuka dan sangat2 mengalu2kan sebarang komen, kritikan, cadangan, perbincangan dan lain2 yang sepertinya untuk kita sama mencari dan menuju ke satu titik pertemuan yang insyaAllah kita sama2 doa moga titik itu tidak terkeluar dari syariat Allah SWT.
.
Akhir kalam, penulis berharap, blog ni dapat mencapai segala matlamat dan tujuan penghasilannya selepas beberapa kali berusaha menghasilkan blog yang semuanya terbengkalai di awal penghasilan. Sama2lah kita doa semoga usaha kita ini menjadi satu amal yang dikira dan menjadi aset yang amat bernilai di akhirat kelak. InsyaAllah...
.
Salam Mujahadah,
Assalamualaikum.
.

Salam

Friday, 24 November 2006

0 MaklumBalas  

~Bismillahhirrahmanirrahim~