Kita Helang, Kita Singa...

Friday, 25 July 2008

 

Assalamualaikum...

seni yang merampas kecantikan lenggok bunga 'sarwa'
ia menukar helang rajawali menjadi buruk denak
mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian yang merdu
lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu
dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya

Begitulah ungkapan syair yang menunjukkan realiti masyarakat Islam sekarang. Orang Islam sekarang langsung tidak berasa izzah dengan Islam. Langsung tak rasa bahawa dia amat mulia sebagai seorang Islam. Malah dia tak sedar bahawa dia seekor helang rajawali sehingga dia berperangai seperti seekor puyuh kecil.

Teringat aku/ana satu kisah antologi yang menunjukkan realiti umat Islam sekarang.

"Al kisah maka tersebutlah sebuah kisah akan seekor anak singa yang telah terpisah dari kumpulan singa-singa yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan-jalanlah ia dengan cemas sehingga ianya sampai ke pinggir hutan yang mana nun di sana terdapatlah sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing.

Apabila Ketua kambing melihat seekor anak singa yang berzaiz kucing dan dalam kesedihan maka di atas dasar keperibinatangan, bersetujulah Ketua kambing bagi mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing-kambing tersebut.

Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut. Setelah sekian lama masa berlalu, maka si anak singa telah meningkat remaja dan sudah mulai baligh. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pulak macam kambing.

Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing-kambing yang lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka.

Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.

Di pendekkan cerita, pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari.

Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.

Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing-kambing telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri."

*****

Sedarlah bahawa orang islam di zaman sekarang kebanyakkannya berperangai seperti anak singa dalam cerita di atas, mereka telah lama bergelumang dalam dunia kambing, maksudnya dunia orang kafir.., sehingga mereka lupa akan asal usul.

Dalam dunia ‘kambing’, ‘tidak mandi’ adalah betul, dan ‘tanduk’ adalah senjata yang hebat…

Tanduk itu diibaratkan seperti senjata Nuklear, Harta, dan Takhta.

Yang mana di sisi Allah semua itu ibarat sarang labah-labah yang langsung tidak boleh memberi manfaat dan mudarat…

Tapi orang Islam sekarang kebanyakkannya telah yakin akan semua itu dan berdoa meminta tanduk agar dapat menentang kambing-kambing yang lain.., sungguh kasihan.

Padahal mereka orang Islam telah terlupa bahawa, ‘kuku, taring dan ngauman singa’ yang telah sedia ada dalam diri mereka, adalah perumpaan kepada kekuatan Islam dalam kerja dakwah yang mana para Sahabat Nabi dalam menjalankan kerja ini, Allah telah meletakkan kegerunan pada orang kapir sejauh sebulan perjalanan…

Tapi kita masih terleka dan terlena…

Jadi, kita perlua sedar dan kembali mengasah kelebihan2 yang kita ada. Dan kita juga perlu menyedarkan sahabat2 dan saudara Islam kita akan siapa kita sebenarnya dan apa yang kita ada. Ingat... Kita adalah singa yang berperangai macam kambing. Maka sepatutnyalah kita kembali berperangai seperti singa yang sebenar.

zaman satu bangsa yang hina
tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan, dan orang yang arif bijaksana!
mereka dipecah belahkan dengan pelbagai ideologi
tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana:
mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam
cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendiakawan

_______________________________
sumber : keretamayat (cerita analogi-diubah suai), terjemahan Munthalaq (syair2-dari tulisan Muhammad Iqbal)

~HAYATI ISRAK MI3RAJ~

Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt...



0 MaklumBalas: