BERPAKAIAN TAPI ~ 2 [edisi Israk Mi3raj]

Sunday, 27 July 2008

Assalamualaikum...


Bersempenakan bulan Rejab yang padanya telah berlaku salah satu peristiwa penting dalam sejarah perjalanan dan kehidupan Rasulullah SAW, Israk Mi3raj, aku/ana ingin bawakan beberapa pemandangan yang telah dilihat oleh Rasulullah SAW dalam peristiwa tersebut.

Kita sedia maklum bahawa Israk Mi3raj ialah satu peristiwa di mana Rasulullah SAW telah diperjalankan oleh Allah SWT dari Masjid Al-Haram hingga ke Masjid Al-Aqsa dan seterusnya dinaikkan ke langit hingga ke Sidratul Muntaha. Lagi cerita dalam Israk Mi3raj, korg/antum boleh baca di sini.

Apa yang ingin aku/ana bawakan kali ini ialah beberapa pemandangan yang telah dilihatkan kepada Rasulullah SAW. Pemandangan yang dimaksudkan ialah siksaan2 yang telah dikenakan ke atas perempuan2 yang telah melanggar perintah Allah SWT.


Antara yang dilihat Rasulullah SAW [yang menyebabkan Rasulullah SAW menangis setiap kali mengenangkannya..] :

1. perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih
[perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain]

2. perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala
[perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain]

3. perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka
[perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat akan perhiasannya]

4. perempuan diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ular dan kala jengking
[perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub serta sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dulu dan tidak mandi iaitu tidak bersuci selepas habis haid dan nifas]

5. perempuan yang digantung dengan lidahnya dan tangannya dikeluarkan daripada punggung dan minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya
[perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya]

6. perempuan digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya
[perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya]

7. perempuan yang rupanya berbentuk anjing dan beberapa ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya
[perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain]

8. perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai
[perempuan yang suka mengadu domba dan sangat suka berdusta]

Itulah sebahagian pemandangan azab Allah SWT kepada mereka yang ingkar yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Maka, di sini, aku/ana ingin mengajak semua untuk melihat kembali diri kita, adakah kita tergolong dalam golongan yang disebutkan. Adakah kita benar2 menjaga aurat kita seperti yang disyariatkan.

Jika ya, adakah kita laksanakannya benar2 kerana Allah, atau kita buat kerana ingin dipandang manusia.

Bertaubatlah... Ubahlah diri kita. Jangan kita (perempuan) suka untuk me'capub'kan diri kita untuk dilihat oleh masyarakat sekeliling. Begitu juga lelaki. Walaupun di sini disebutkan perempuan, tapi tak bermakna, kita (lelaki) akan terlepas dari siksa yang pedih jika kita ingkar pada Allah SWT khususnya dalam perkara yang disebutkan.

Sama2 kita muhasabah dan berubah...

_____________________________________

sumber : rakan masjid UTP

~HAYATILAH ISRAK MI3RAJ~

Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt...

Kita Helang, Kita Singa...

Friday, 25 July 2008

Assalamualaikum...

seni yang merampas kecantikan lenggok bunga 'sarwa'
ia menukar helang rajawali menjadi buruk denak
mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian yang merdu
lalu membenamkan bahtera ke dasar laut
mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu
dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya

Begitulah ungkapan syair yang menunjukkan realiti masyarakat Islam sekarang. Orang Islam sekarang langsung tidak berasa izzah dengan Islam. Langsung tak rasa bahawa dia amat mulia sebagai seorang Islam. Malah dia tak sedar bahawa dia seekor helang rajawali sehingga dia berperangai seperti seekor puyuh kecil.

Teringat aku/ana satu kisah antologi yang menunjukkan realiti umat Islam sekarang.

"Al kisah maka tersebutlah sebuah kisah akan seekor anak singa yang telah terpisah dari kumpulan singa-singa yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan-jalanlah ia dengan cemas sehingga ianya sampai ke pinggir hutan yang mana nun di sana terdapatlah sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing.

Apabila Ketua kambing melihat seekor anak singa yang berzaiz kucing dan dalam kesedihan maka di atas dasar keperibinatangan, bersetujulah Ketua kambing bagi mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing-kambing tersebut.

Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut. Setelah sekian lama masa berlalu, maka si anak singa telah meningkat remaja dan sudah mulai baligh. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pulak macam kambing.

Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing-kambing yang lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka.

Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.

Di pendekkan cerita, pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari.

Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.

Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing-kambing telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri."

*****

Sedarlah bahawa orang islam di zaman sekarang kebanyakkannya berperangai seperti anak singa dalam cerita di atas, mereka telah lama bergelumang dalam dunia kambing, maksudnya dunia orang kafir.., sehingga mereka lupa akan asal usul.

Dalam dunia ‘kambing’, ‘tidak mandi’ adalah betul, dan ‘tanduk’ adalah senjata yang hebat…

Tanduk itu diibaratkan seperti senjata Nuklear, Harta, dan Takhta.

Yang mana di sisi Allah semua itu ibarat sarang labah-labah yang langsung tidak boleh memberi manfaat dan mudarat…

Tapi orang Islam sekarang kebanyakkannya telah yakin akan semua itu dan berdoa meminta tanduk agar dapat menentang kambing-kambing yang lain.., sungguh kasihan.

Padahal mereka orang Islam telah terlupa bahawa, ‘kuku, taring dan ngauman singa’ yang telah sedia ada dalam diri mereka, adalah perumpaan kepada kekuatan Islam dalam kerja dakwah yang mana para Sahabat Nabi dalam menjalankan kerja ini, Allah telah meletakkan kegerunan pada orang kapir sejauh sebulan perjalanan…

Tapi kita masih terleka dan terlena…

Jadi, kita perlua sedar dan kembali mengasah kelebihan2 yang kita ada. Dan kita juga perlu menyedarkan sahabat2 dan saudara Islam kita akan siapa kita sebenarnya dan apa yang kita ada. Ingat... Kita adalah singa yang berperangai macam kambing. Maka sepatutnyalah kita kembali berperangai seperti singa yang sebenar.

zaman satu bangsa yang hina
tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan, dan orang yang arif bijaksana!
mereka dipecah belahkan dengan pelbagai ideologi
tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana:
mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut
dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam
cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan
seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendiakawan

_______________________________
sumber : keretamayat (cerita analogi-diubah suai), terjemahan Munthalaq (syair2-dari tulisan Muhammad Iqbal)

~HAYATI ISRAK MI3RAJ~

Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt...



Kuingin Isteri Solehah

Friday, 11 July 2008

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama tak memasukkan lirik lagu, kali ni, aku/ana nak kongsi satu lagu yang best. Korang/antum boleh hayati betul2 lirik dia. Bagi yang tak kahwin lagi, doa2lah semoga dapat yang seperti ni.. Bagi yang dah kahwin, boleh hadiahkan lagu ni buat isteri [macam zaman sekolah dulu plak, bagi lirik kat 'adik angkat' - aku/ana tak termasuk dalam golongan ni...]. Buat mereka2 yang diciptakan menjadi wanita, amik contoh teladan dari lagu ni. Nak best lagi, baca cerita2 Muslimah2 agung terdahulu... Selamat menghayati, dan selamat berUBAH...

Permaisuriku
-Zulfan-

Di kamar hati putik cinta bersemi
Mahligai bahagia impian kekasih
Bersendikan syariat bertunjangkan sunnah
Kini dirimu telah kumiliki

Engkau isteri penghibur di jiwaku
Pendorong tika ku tersesat di jalanan
Ibarat tongkat pembantu si buta
Menyeberangi jalan tiada pimpinan

Engkaulah ratu di hati menjadi penyeri teman di kala ku kesunyian
Kerna dirimu dimahkotakan isteri yang solehah
Menjaga maruah diri dan keluarga jua suami tercinta
Berkorban jiwa raga demi mendapat redha tuhannya

Sungguhku mengagumi ketabahan, kesabaran yang kau pertahankan
Mencorak mendidik cahaya mata agar taat padaNYA
Di saat diriku kebuntuan kau penghapus segala kelemahan
Membakari obor keyakinan demi suami tersayang

Tuhan ku pohon rahmat dariMu
Agar ikatan kami ke syurga yang abadi
Di sulam kemesraan bahagia berpanjangan
Hingga ke hujung nyawa ku pasrahkan
Dikau permaisuriku selamanya

Lirik : Zulfan collection
Lagu : Abang Am
________________________

Doakan kita dikurniakan yang terbaik untuk menjadi pendamping dunia dan akhirat. Kalau rasa nak kahwin umur 33 pun, dah patut start doa dah, sebab kita tak tahu bila jodoh kita datang... Jangan lupa...DOA...selain untuk diri sendiri, doa juga untuk sahabat2...

p/s : nak dengar lagu, klik tajuk lagu kat atas lirik...


Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt...


Muslim FootBall [EdiSi Aku/Ana]

Wednesday, 9 July 2008

0 MaklumBalas  

Assalamualaikum...

Selepas beberapa ketika menghilangkan diri dari dunia komputer dan internet, aku/ana kini kembali.

EURO 2008

Akhirnya, 29 Jun yang lalu, Euro 2008 berakhir. Berakhir dengan suram. Yang terbaik hanyalah Turki yang berjaya ke separuh akhir. Austria, Switzerland, Sweden, Belanda, dan Perancis awal2 lagi sudah terkandas. Walaupun Belanda menunjukkan sinar harapan pada awalnya, namun mereka terkandas di tangan Rusia yang lebih cemerlang dalam perlawanan suku akhir itu.

Apa ada dengan pasukan2 ni? Pasukan2 ini mempunyai pemain2 yang beragama Islam dalam skuadnya. [Aku/ana kurang pasti bagi negara2 yang lain, mungkin terlepas pandang].

Harapanku untuk melihat kelibat Muslim di final, akhirnya hanya tinggal harapan.

Dan akhirnya, pasukan yang pada awalnya menjadi pilihanku, menang. Spain mendakap EURO 2008 selepas menumpaskan Jerman 1-0. Aku menyokong Jerman di final.

Kami menonton final beramai2 di Mo'Men. Meriah dengan sorakan dalam bahasa Melayu, terutamanya satu2nya penyokong Jerman malam tu...

BOLA LAGI...

Sebelum final EURO 2008, 26-28 Jun 2008, aku/ana bersama 7 sahabatku telah membentuk satu pasukan, mewakili Perubatan Mansurah, telah mendaftarkan diri umtuk Kejohanan Futsal Terbuka Ulul Albab Mesir.

Pasukan kami yang diwakili pemain2 muda, Faisal 'Arif, Ikram Ishak, Aizuddin, Abdul Hakim, Ahmad Fadhil, Aku/ana, serta dua orang 'star' dari pelajar tahun satu, siapa lagi kalau bukan Akhimullah dan Aimanuddin.

Kami bermula cemerlang dalam perlawanan pertama apabila menang 2-0 menewaskan Sarawak, Kenyalang FC. Dan keputusan seterusnya adalah seperti berikut :

-tewas 0-2 kepada Kg Baru FC
-menang 3-1 ke atas Inderapura FC
-tewas 0-1 kepada Negeri 9
-menang 3-2 ke atas Mahattah FC

Dan, kami berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir dengan memungut 9 mata untuk berada di tempat kedua kumpulan A.

Di suku akhir kami bertemu dengan pasukan dari pasukan urusetia yang juga merupakan antara pasukan pilihan untuk menang kejohanan kali pertama ini.

Dan seperti yang dijangkakan ramai penonton, kami tewas. Walaubagaimanapun, kami gembira kerana kami telah melakukan yang terbaik. Malah kami benar2 memberi cabaran dalam perlawanan tersebut.

Pasukan lawan, Cairo FC, terlebih dahulu membuka jaringan sebelum kami membalas dengan 2 gol untuk mendahului 2-1. Dan kedudukan tersebut kekal sehinggalah kira2 seminit sebelum masa berakhir, apabila lawan dihadiahkan sepakan percuma kontroversi yang menghasilkan gol.

Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan. Sebaik bermula separuh masa kedua masa tambahan, Cairo FC memperoleh gol untuk memastikan mereka ke separuh akhir. Kedudukan kekal 3-2 hingga ke akhir perlawanan.

Walaubagaimanapun, kejohanan ini meninggalkan memori indah buatku. Aku/ana berjaya menyumbang dua gol buat pasukan ku walaupun, aku/ana bermain agak hambar berbanding sahabat2ku yang lain.

Bermula dengan sekadar ingin mengisi masa selepas berakhirnya 'exam', kami kemudiannya ber'mimpi' untuk menjuarai kejohanan. Jadi, suku akhir juga kejayaan yang besar buat kami sebenarnya...

Apapun, tahniah buat Akhimullah apabila dianugerahkan hadiah untuk 'Tunas Harapan'.

Kejohanan tersebut akhirnya dimenangi oleh pasukan KEDAH yang menewaskan Cairo FC 1-0 dalam perlawanan akhir.

Buat sahabat2, cuba lagi dalam kejohanan yang lain...

BOLA JUUGAAAK...!!

Balik dari Kaherah pada 28 Jun selepas selesai kejohanan futsal Ulul Albab, esoknya, 29 Jun, aku/ana dan sahabat2 pelajar perubatan Mansurah yang lain melibatkan diri dalam kejohanan bola sepak anjuran DPMM pulak. Kali ni, kami main di padang besar dengan 9 sebelah.

PCM menghantar 2 pasukan. Satu pasukan 'star', Medik A, yang semestinya dibintangi Pesal, dan satu pasukan biasa, Medik B, yang turut menyenaraikan aku.

Medik A akhirnya menjuarai kejohanan apabila mengalahkan Unit Bait Muslim Mansurah yang lebih dikenali dengan team Pak Dam. Medik A menang 3-0.

Medik B hanya sekadar bermain di peringkat kumpulan. Satu kemenangan [4-0 ke atas AJKT], satu seri [1-1 dengan STAM baru], dan satu kekalahan [1-2 kepada team Pak Dam] tak cukup untuk membawa Medik B ke separuh akhir.

Dalam kejohanan ini, pemain dari Medik A, Arifuddun turut dianugerahkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan.

Tahniah buat pemenang...

MESTI ADA BOLA...

2 dan 3 Julai yang lalu, PCM telah menganjurkan Family Day Ikhwah dengan tema 'Ukhuwwah Penggerak Ummah'. Antara yang dipertandingkan ialah bola sepak [futsal], bola tampar, bola ping pong dan bola pool.

Selain tu, turut diadakan acara 'Merentas Desa' yang berjaya menghimpunkan penyertaan terbanyak sejak dianjurkan. 5 hadiah disediakan untuk acara ini dan semua peserta mendapat hadiah.

Beberapa keputusan yang aku/ana ingat,

Futsal,

Juara : Tokmiah A
Naib Juara : Fuul A

Bola Tampar,

Juara : Kusyari
Naib Juara : tak dapat ditentukan

Ping Pong,

Single : Khairi
Double : Khairi/Ibrahim

Pool,

Juara : Hakim Mustafa
Naib Juara : Ja (Syazani)

Merentas Desa,

Juara : Safwan
Kedua : Amin
Ketiga : Nadhir
Keempat : Ikram
Kelima : Hanzalah

Tahniah buat semua pemenang...

BOLA BISU...

Aku/ana telah menyertai satu perkhemahan musim panas pada 5-7 Julai yang lepas. Pelbagai sukan pantai telah diadakan dalam perkhemahan tersebut. Antaranya ialah, Bola Bisu. Pasukanku, awal2 lagi sudah terkeluar apabila dikalahkan 2-0 dalam perlawan pertama yang dijalankan dengan konsep kalah-mati.

Yang menariknya tentang bola bisu ini ialah, anda tak bolah bersuara. Permainannya adalah seperti permainan bola sepak pantai yang biasa, cuma jika anda bersuara, pasukan lawan anda akan dihadiahkan sepakan percuma. Jadi permainan ini akan berlangsung dalam keadaan sunyi. Yang kedenganaran hanyalah bunyi tiupan wisel pengadil dan sorakan penyokong.

___________________________

Semuanya tentang bola. Selesai jugak Muslim Football aku/ana akhirnya. Entry ni sepatutnya di'post'kan sejak sekian lama, tapi memandangkan laptop yang aku/ana guna selama ini telah terbang ke Malaysia bersama tuannya, aku/ana terpaksa menunggu hingga ke saat ni untuk aku/ana akhirnya berjaya mem'post'kan entry bola ni..

Moga dapat terus update benda2 yang bermanfaat selepas daripada ini... Doakan kami yang bakal menerima keputusan 'exam' tidak lama lagi. Doakan aku/ana mampu menjadi rajin untuk study bagi 'exam' lepas ni...

Selamat terbang buat mereka yang bakal terbang ke Malasyia atau ke mana sahaja dengan kapal terbang atau apa2 juga yang terbang...

Salam Mujahadah,
Assalamualaikum wbt...