Bismillah WalHamdulillah
Menyambung kepada siri ke3 selepas sekian lama terhenti.
Pada siri ke2, kita telah lihat sedikit sebanyak berkaitan solat. Dan di sini ingin ditegaskan sekali lagi bahawa penjagaan solat dengan sempurna tidak dapat tidak akan membantu kita dalam mencapai kejayaan. InsyaAllah.
(Bukan menafikan kekuasaan Allah SWT. Memang tidak mustahil untuk Allah SWT menggagalkan kita walau kita telah benar2 sempurna dalam menjaga solat kita. Tapi Allah SWT telah menjanjikan kejayaan tersebut, maka mustahil bagi Allah untuk memungkari janjinya. Walaubagaimanapun, Allah SWT berhak, dan berkuasa untuk melakukan apa2 sahaja)
Untuk siri kali ini, ana ingin menyambung lagi perbincangan berkaitan solat. Kali ini, ana ingin lebih fokus tentang khusyu3.
Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kekhusyukan dalam solat2 kami.
Berilah kekuatan kepada kami untuk sentiasa mengingatiMu dalam setiap detik kehidupan kami terutamanya dalam solat2 kami
Amin
Rasulullah SAW bersabda :
“Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tapi yang diperolehinya hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam solatnya”
Dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda :
“Tidak ada ganjaran bagi seorang hamba dalam solatnya kecuali sekadar mana yang dia ingat (khusyu3)”
Allah SWT berfirman :
“Maka celakalah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dalam solatnya” [107:4-5]
Berdasarkan firman Allah SWT dan hadis di atas, boleh disimpulkan bahawa solat seseorang yang dalam keadaan lalai, sesungguhnya tidak mempunyai sebarang nilai kebaikan di sisi allah SWT.
Maka, bagaimanakah Allah SWT mahu mengurniakan kejayaan yang sebenarnya jika perintahnya yang utama kita laksanakan sambil lewa malah mungkin dalam keadaan separuh sedar (mengigau).
Adakah kita akan memberikan kepada seseorang apa yang dia minta sekiranya dia tidak membuat apa yang kita suruh, atau buat tapi dalam keadaan tidak bersungguh2 (bebal).
Khusyu3 dalam solat juga boleh disebutkan sebagai hadir hati dalam solat tersebut. Maknanya kita melaksanakan solat dalam keadaan sedar dengan apa yang kita buat dan kita sebut. Kita betul2 melafazkannya. Dan benar2 datang dari hati yang tulus ikhlas. Kita benar2 memuji Allah SWT. Kita benar2 memohon pada Allah SWT.
Bagi membantu kita lebih memahami khusyu3 dan mempraktikkannya, ana bawakan di sini sebahagian tips dalam mencapai tahap khusyu3.
1) Hudhur al-Qalb (Hadir Hati)
Membuang segala sesuatu yang tidak ada kena mengena dengan solat dan juga membuang segala sesuatu yang tidak ada hubungan dengan Allah SWT. Secara praktikalnya, memang susah untuk membuang perkara2 tersebut dalam solat kita. Tapi, fikirkanlah rasionalnya, mana mungkin Allah SWT mahu mengajarkan kita, menyuruh kita melaksanakan sesuatu yang kita tak mampu untuk laksanakan.
Firman Allah SWT bermaksud :
“Allah SWT tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya” [2:286]
2) At-Tafahhum (Faham)
Berusaha untuk memahami segala perkara yang dilakukan di dalam solat sama ada perbuatan atau ucapan. Sekadar hadir hati adalah tidak cukup jika kita tidak memahami apa yang dilafazkan. Setiap kali hati orang yang mengerjakan solat itu dapat mengikuti maksud kalimah yang diucapkannya, maka itulah ‘At-Tafahhum’.
3) At-Ta3dzim (Merasa Keagungan Allah SWT)
Merasa kerdil di hadapan Allah sejak dari mula solat sehinggalah selesai. Malah juga di luar solat. Ketika memulakan solat, dan setiap kali bertukar dari satu perbuatan ke satu perbuatan, kita akan menyebut Allah Akbar (Allah Maha Besar). Dan itu amat cukup untuk membuat kita rasa benar2 kerdil di hadapan Allah jika kita benar2 menghayatinya. Cubalah untuk merasainya.
4) Al-Haibah
Kita bukan sahaja merasa kerdil malah merasa takut dan gerun dengan keagungan Allah SWT. Gerun dan takut di sini bukanlah seperti kita takut pada makhluk yang mana kita akan menjauhkan diri darinya. Tapi takut pada Allah SWT, adalah takut yang mendekatkan lagi kita dengan Allah SWT.
5) Ar-Rajaa’ (Pengharapan)
Sentiasa berharap agar solat tersebut diterima oleh Allah SWT dengan sebenar2 pengharapan. Berharap agar dikurniakan Allah SWT ganjaran pahala yang banyak yang dapat memberatkan timbangan kebaikan di akhirat yang seterusnya membawa kepada syurga Allah SWT.
6) Al-Haya’ (Malu)
Merasa malu di hadapan Allah SWT di atas segala kecacatan dan kekurangan dalam ibadah solat dan juga ibadah2 yang lain.
Keenam2 perkara yang disebut di atas berhubung kait dengan hati. Adunlah semuanya dengan sebaiknya, insyaAllah dapat membantu kita untuk khusyu3 dalam solat kita. Yang penting di sini ialah kita bersungguh2 berusaha ke arah itu.
Jika antum benar2 inginkan kejayaan yang sebenarnya, maka berusahalah bersungguh2 untuk khusyu3 seperti mana antum study. InsyaAllah, Allah SWT amat Benar dengan apa yang dijanjikanNya.
Untuk lebih mendalami selok belok berkaitan solat, cubalah rujuk pada mana2 kitab yang berkaitan dan rujuklah pada 3alim 3ulama’ yang berhampiran dengan antum. Dan antum akan dapati bahawa banyak yang kita sebenarnya tidak tahu tentang solat. Malah, ana pernah dengar bahawa setiap kali kita berbincang, mengikuti kuliah atau yang sepertinya berkaitan solat, pasti kita akan mendapat ilmu baru tentang solat.
Untuk siri seterusnya, ana akan sentuh tentang perkara seterusnya iaitu ‘perkara lagho dan sia2’.
Wallahua3lam
Alfussalam
Assalamualaikum…
____________________________________________________________________

Rujukan : Khusyuk Dalam Solat - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat [siri tazkirah]

0 MaklumBalas:
Post a Comment