Assalamualaikum…
Hari ini, hari Ahad,
Salahkah tempatku, salah waktuku,
Apakah rahsianya,
Seakan Isnin baru menjelma…
[diedit dari lagu 7 hari – Rabbani]
Menghitung hari menuju
imtihan yang sememangnya begitu dekat. Dan sesungguhnya, baki waktu yg tinggal memang tak cukup untuk aku menghabiskan segalanya. Memikirkan perkara ini, membuatkan aku jadi
tension dan tak tentu arah semalaman. Tapi hari ini, Alhamdulillah, aku kembali bersemangat. Aku kembali kepada diriku. Kembali menjadi seorang yang tak rasa apa2 apabila nak menghadapi
exam walaupun tak
ready-menurut kata seorang kawan.
Alhamdulillah. Syukur pada tuhan yang mengembalikan semangatku. Jika tidak, aku pasti akan terus-menerus menghabiskan hari2ku dengan perkara2 yang tak sepatutnya. Sekali lagi, setinggi kesyukuran dipanjatkan buat Yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.
Sebenarnya, apa yang ingin aku kongsi hari ini berkaitan
tawakkal. Dengan tawakkal, Alhamdulilah, rasa
tension aku hilang. Dengan tawakkal, Alhamdulillah, semangat aku datang. Bila kita kembali kepada Allah, Allah akan mengurniakan kita apa yang terbaik buat kita. Allah SWT amat2 baik. Aku selalu ingatkan diriku tentang itu. Supaya aku takkan
tension2. Supaya aku tak takut dengan hasil yang bakal aku peroleh di dunia.
Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-layang di angkasa? Tiada yang menahan mereka (dari jatuh) melainkan Allah; sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman. [an-nahl:79]
Jika kita terlalu memikirkan akan hasil yang bakal kita peroleh, sememangnya, kita akan rasa
tension walau sehebat mana pun usaha kita. Tapi jika kita menyedarkan diri kita bahawa Allah SWT pasti akan memberikan sesuatu yang setimpal dengan usaha kita, malah mungkin lebih, kita, insyaAllah, akan tenang.
Berserahlah kepada Allah.
Mungkin terdetik di hati kita rasa kurang setuju dengan kenyataan di atas. Mungkin kita pernah bersungguh2
study siang malam, tapi hasilnya, bagi kita, amat2 tak setimpal dengan usaha2 yang kita tunjukkan.
Tapi sedarlah, sesungguhnya apa yang kita katakan tak setimpal itu, hanyalah pada pandangan kita. Tapi, pada pandangan Allah, Robbul 3alamin, Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat, kurniaanNYA itu amat2 setimpal dengan usaha kita.
Kita mungkin tak tahu atau sedar akan apa yang ada di sebalik kurniaan Allah SWT itu. Sebenarnya itulah yang terbaik buat kita. Sekiranya, kurniaan itu adalah kegagalan, maka kegagalan itu, sama ada memang terbaik buat kita, atau usaha kita memang layak untuk dikurniakan kegagalan itu. Kesimpulannya, hasil yang bakal kita peroleh adalah setimpal dan terbaik buat diri kita. Yakinlah…kerana sesungguhnya Allah SWT Maha Adil. DIA tidak akan sekali2 menzalimi hamba2nya.
Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar) dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. [at-taghabun:11]
Menceritakan tentang tawakkal, aku teringat peristiwa ketika hendak berangkat pulang ke Mesir, dari percutian hampir 2 bulan di Malaysia, tahun lepas. Nak dijadikan cerita, aku telah didatangi ibu/bapa/kedua2nya kepada lebih kurang sepuluh individu yang belajar di Mesir. Tujuannya, pastilah kiriman barang.
Aku pula tak mampu nak tolak walau satu permintaan melainkan yang terakhir datang kerana waktu tu dah
packing semua benda. Aku pulang ke Malaysia, hanya dengan sebuah beg besar. Aku kembali ke Mesir, dengan 2 buah beg besar, satu beg sederhana besar, dan 3 beg galas. Semuanya 6 beg dengan berat hamper 100kg.
Puas aku usaha mengurangkan berat [keluarkan barang2 aku], tapi tak memberi kesan yang besar. Kapasiti yang dibenarkan hanya 40kg untuk kabin. Aku dah habis cara. Tak tahu nak buat apa. Siap mengadu pada sahabat2 yang bakal pulang ke Mesir dengan penerbangan sama [ada gak mengharap dihulurkan pertolongan].
Ketika inilah, hati aku tersentak apabila salah seorang sahabat mengingatkan aku supaya tawakkal je pada Allah SWT. Apa yang terlintas dalam mindaku ketika itu ialah, yang akan melepaskan aku naik
flight tu nanti, bukanlah manusia yang menjaga itu, tapi Allah SWT. Jadi, aku tekad dengan berserah sepenuhnya pada Allah SWT [tapi tetap kena ada usaha, sebab itu adalah syarat].
Sampai di
airport, aku cuba banci ruang2 kosong yang ada pada mereka2 yang akan balik bersamaku. Majoritinya, membawa muatan 30 kg. Aku lega. Kalau buat
grouping, insyaAllah, aku boleh lepas.
Tup, tup, abang kat kaunter tu kata seorang hanya boleh bawa 30kg. Pulak dah.. Apa aku nak buat. Takkan nak bayar kot. Lebih mengecutkan perut aku, seorang sahabat yang terlebih dahulu membuat urusan di kaunter tu, diminta membayar hampir RM1000 kerana melebihi had muatan. Seingat aku, dia membawa muatan dengan berat hanya 50kg.
[lebih 20kg = RM1000, kalau aku, lebih 40kg (70kg selepas tolak barang2 yang aku bakal bawa naik atas
flight lebih kurang 25kg), maknanya RM2000]
Mana aku nak cari duit? Masa tu, kat aku hanya ada +/- RM 200. Tapi, aku terus menenangkan diriku. Aku ingatkan diriku bahawa yang akan tahan/lepaskan aku hanyalah Allah SWT. Bukan mereka2 yang hanya akan menjadi
musabbab (perantara).
Aku dan 2 lagi sahabat, cuba memujuk abang di kaunter supaya dibenarkan membawa 40kg seorang. Abang tu tetap berkeras, sehinggalah datang seorang perempuan ‘india’, [rasanya berpangkat atas sikit], membenarkan setiap seorang dari kami membawa muatan seberat 40kg.
Alhamdulillah, aku akhirnya selamat sampai ke Mesir dengan semua barang2 aku dan barang2 kiriman. Syukur tak terhingga pada Allah SWT. Lihatlah, walaupun secara zahirnya, aku pasti ter’sangkut’ kat
airport tu, tapi, Allah SWT Maha Berkuasa untuk mentakdirkan sesuatu.
Banyakkanlah berdoa kepada Allah SWT
DIA pasti akan mengurniakan apa yg terbaik buat kita
Hm…terpanjang sangat pulak
entry kali ni, sekali dah masuk cerita pulak. Walau apapun, apa yang aku harapkan di sini, kita sama2 dapat ambil iktibar dari cerita ini. Bukanlah aku ingin berbangga diri atau yang sepertinya, tapi aku nak kita sama2 ambil pengajaran. Terima kasih tak terhingga buat sahabat yang mengingatkan aku tentang ‘tawakkal’.
__________________________________________________
[adakah usaha aku selama ini mampu menghasilkan sesuatu yang aku harapkan. adakah usaha aku setimpal dengan impian aku…]Wallahua3lam...
Assalamualaikum wbt.