Main Hujan...!!!

Wednesday, 9 January 2008

 


Hari ni hujan renyai2 menbasahi bumi Mansurah sejak Asar. Mungkin itu menandakan rahmatNya di awal kemasukan ke tahun baru Hijrah ini. Ya, sedar tidak sedar aku dan kamu sekarang dah memasuki ke tahun yang seterusnya. Semakin meningkat usia Dunia. Semakin kritikal juga keadaan dunia yang sememangnya telah begitu kritikal ketika berjumpa Rasululah SAW dalam bentuk manusia (dah bongkok sangat dah).

Dan aku, sebelum tidur di malam 1 Muharam telah merancang suatu perjalanan hidup yang baru bagi menggantikan kehidupanku sekarang yang amat2 kritikal. Aku benci dengan keadaan aku begini, tapi aku tetap tak keluar darinya. Apa makna semua ini? Dan perancangan itu, masih dalam bentuk perancangan ketika aku manaip post ini. Tiada perubahan ke arah pelaksanaan. Moga aku diberi kekuatan untuk mengubahnya dari perancangan kepada pelaksanaan.

Sahabat2ku sekalian, sekarang aku amat2 mengharapkan doa dari kalian untukku benar2 kuat untuk mujahadah, bukan sahaja dalam pelajaranku, tapi lebih penting dari itu, dalam kehidupanku. Aku tak kisah jika aku tak mampu untuk MCQ kali ni, memandangkan aku langsung tak berusaha ke arahnya setakat ini, tapi apa yang aku harapkan ialah, aku dapat keluar dari belengu malas ini untuk meneruskan hidupku menurut acuan yang sepatutnya. Acuan Islam yang sebenarnya. Amin…!

Masuk kepada kisah yang ingin ku coretkan di sini. Main hujan. Kali ni, aku yakin ia benar2 hujan. Sebab aku benar2 basah. Dan aku betul2 main hujan.

Selepas selesai solat Asar, aku seperti biasa melepak di kawasan masjid bersama kawan2ku. Aku kemudian diajak salah seorang dari mereka, Anas (anak tuan rumah Abang Faisal), untuk menemaninya bermain game dan pergi ke ‘Furn’. Selepas setengah jam membuang masa dengan FIFA08 kat Teto, aku ikut berlari bersama Anas di tengah2 hujan untuk ke ‘Furn’. Nak beli ‘irsh’ katanya.

Anas (anak baba rumah Faisal)

Berlari2 anak dari Teto menuju ke Istad Gamaa dan kemudian terus ke masuk ke dalam sehinggalah akhirnya kami sampai ke ‘Furn’ tersebut betul2 buat aku basah. Main hujan. Kalau ikutkan hati tak mahu ikut, tapi sebab nak jaga hati orang lain, hm..terpaksalah. Owh, baru aku tahu. ‘Furn’ tu ialah kedai jual ‘aish’ yang biasa kita lihat dipenuhi ramai orang yang berebut2 nak dapatkan roti. Tahu sebab apa diorang berebut2? Satunya sebab murah…20 keping segenih. Duanya sebab masih panas…


Dua2 aku dah makan sebelum taip post ni...

Tapi aku tak perlu berebut sebab kebetulan orang tak ramai. Ye ker kebetulan? Ke sebab ‘Furn’ tu dok dalam sangat. Susah nak pergi. Hujan pulak. Lecahnya lagi. Tambah2 kat Mesir ni. Sebelah tapak pembinaan pulak tu [tapi habis gak roti2nya terjual]. Anas beli 2 genih dan aku, saja2 nak try, beli 5 keping. Memang panas. Secara tak langsung ia juga menjawab kenapa orang jemur kat tepi2 jalan sepeti yang kita biasa tengok. Kami pun buat perkara yang sama. Ha…? Tengah2 hujan? Bukan la tengah2 medan, pandai la kami cari tempat teduhan.

Nak jadi cerita, kami dapat lebih 5 keping roti, so, dengan dukacitanya, terpaksalah aku berlari semula ke “Furn’ tu sorang2 untuk membayar semula. Main hujan lagi…

Ingat habis setakat tu je, lepas Maghrib, terpaksa aku merentas hujan lagi. Juga sebab kawan. Kali ni menemani, atau lebih tepatnya, membawa (dengan basikal burukku), Khalid yang nak beli kacang (apa entah namanya). Dia bukan tak boleh pergi berjalan sorang2, tapi saje nak naik basikal aku atau mungkin nak ber’manja’ kot. Ops…!


Khalid (peminat Kaka)

Mengayuh basikal di tengah2 hujan dengan jalan yang ‘teramat cantik corak2nya’, di waktu malam yang penuh dengan kenderaan2 lain yang lebih besar dan ada seseorang membonceng di hadapan, memang mencabar. Hm…main hujan.


Mido (bukan nama sebenar)


Aku balik ke rumah dan kemudian keluar semula ke masjid untuk Isya’. Lepas Isya’, Khalid dan Mido menunggu di hadapan masjid dengan senyuman yang amat2 aku faham. Nak apa lagi…? Basikal?? Allah..main hujan lagi…! Belum pun sempat kami atur langkah ke rumahku untuk ambil basikal, nama Mido dipanggil. Dia kena naik ke rumahnya dan begitu juga Khalid. Selamat aku…kalau tak, makin lencunlah aku…Ye la..Main Hujan kan…

4 MaklumBalas:

Farah Nazneen said...

berusaha!!

[kata org yg x prasan pun ujan turun dgn hebatnye aritu]

rabbana najahna~

n u r h i d a y a h said...

huhu.. bestnyaa hidupp..~ syukur laa

Anonymous said...

salam. sory nk tanye skit.Bukankah kamu telah mendpt amanh dr jpa (duit rakyat msia) utk belajar di mesir utk menjadi doktor ISLAM yg berjaya dan berkhidmat kpd masyarakat. Sila jwb apekah tindakn kamu utk situasi ini. (Skema jap). Maybe kena check balik niat kamu belaja sbb ape. Kalu niat kamu betol, kamu xkan malas. Niat MENDEKATKN DIRI KPD ALLAH. Saya tau lah kamu nk berjihad ke jln Allah tapi pk la dulu pasal keadaan kamu skrg. Buat mase ni mane yg lebih pntg. Camni la kamu pk kalau belaja rajin2, dpt mumtaz, jadik doktor pakar, xleh nk berjihad ke. Kamu bleh dakwah kat org2 sekeling kamu (pekerja2 kat hospital). Pastu org bukan islam pon akn lebih respect org islam yg dpt jadik doktor pakar. Sbb skrg ni mmg kurang sgt doktor pakar yg islam yg betol2 mengamalkn ISLAM. Mintak maap kalau saya ni xlayak nk komen ke ape and kalau tersilap ckp ke. Tapi saya buat ni utk islam and saya tau kamu bleh buat sume bende ni. sekadar pandangan~ salam mujahadah.

panglimaislam said...

Hm...betul gak..kalau niat betul, kita tidak akan malas, tapi adakala kita terpesong. Aku x tak pernah minta nak jadi malas..Malah aku sgt2 x suka pada keadaan aku sekarang. Setiap hari nyesal..tp x berubah..
Anyway..aku faham maksud anonymous (aku dapat rasa org ni dekat je dgn aku), and jazakumullah atas peringatan.
Aku akan cuba lebih keras untuk berubah sebb aku rasa x cukup berusaha untuk berubah.
Dan aku jadi malas nak study bukanlah sebab nak jihad semata2..bukan setakat malas study, malah perjalanan dakwah aku pun tergendala disebabkan keMALASan yang ada padaku sekarang. Dan aku sedar dakwah tu bila2 pun kita boleh buat, tiada batasan.
Dan pasal amanah,aku sedar aku bukan sahaja memikul amanah dr jpa/rakyat mesia, tu hanyalah amanah kecil, tp aku juga memikul amanah masa yang Allah SWT kurnia. Tapi aku x faham nape kesedaran ini masih x cukup untuk mengubah diriku. Aku perlu betul2 MUJAHADAH..
Doakan aku.

Salam Mujahadah semua...
Assalamualaikum wbt