Raya lagi

Wednesday, 1 October 2008

2 MaklumBalas  

Assalamualaikum, Salam Aidilfitri...



Setelah sekian lama menyepi dan langsung tak pernah jenguk dashboard blog ni, sempena hari raya Aidilfitri ni, kawe kembali mengepost entry baru. Maaf buat mereka2 yang mengziarah dalam tempoh penyepian tersebut kerana terpaksa memandang entry dan gambar yang sama setiap kali menjenguk. Terima kasih kerna tak jemu mengziarah. Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin.

Hari ni, macam hari2 raya sebelum ni, aku pegi sembahyang raya bersama adik2 arab aku. Bergerak berlima seawal pagi memandangkan di Mesir ni, solat raya bermula awal. Sebelum bertolak ke tempat sembahyang raya, perkarangan Masjid Masakin, aku terlebih dahulu bersarapan indomee [tak macam raya langsung..]

mereka2 ni lah yg teman kawe raya tahun ni [kecuali yg kiri sekali],
tapi ni gambar 2 tahun lepas punya raya,
tahun ni tak ada kamera nak pinjam untuk snap gambar diorang


Selesai solat dan khutbah, bergerak pula ke rumah Nabil [ada makan gak..] sebelum beramai2 bergerak ke majlis sambutan Aidilfitri di istad Gamaah yg diuruskan junior2 Mansurah yang baru datang [under GMN..].



Lepas makan, terus balik rumah, nak sedia ruang untuk ke majlis seterusnya, sekali tertidur la pula.. sekarang ni baru nak mencari2 sapa buat open house hari ni.. [nak kena roger pok we ni..]

Apa2pun, sekali lagi, Eid Mubarak buat semua. Berhari raya untuk sekian kalinya di Ardul Mubarak ni langsung tak menjadikan aku jemu. Best wei raya sini.. [ni betul2 dari hati...]


::makin hari makin sayang, makin lama makin rindu::

Salam Aidfilfitri,
Assalamualaikum wbt..

ImtiHan

Saturday, 30 August 2008

Assalamualaikum...

InsyaAllah, pukul 10 pagi nanti, ana akan menduduki sekali lagi exam untuk subjek Pharmacology. Harap sahabat2 boleh doakan apa yang terbaik buat ana. Tak kisahlah lepas atau tidak yang penting itu terbaik buat ana.


~kalaulah aku serajin ini~

Butir2 imtihan untuk subjek Pharma...

PHARMACOLOGY

essay I 30-Ogos sabtu 10pg

essay II 31-Ogos ahad 10pg

cases 02-Sept selasa 12tgh

oral 03-Sept rabu 9pg

oral 04-Sept khamis 9pg

practical 05-Sept jumaat 9pg

~xdenyer dewan kat sini (mesir) macam ni~

Salam Mujahadah,

Assalamualaikum wbt...

Ihya' Jumaat [Al-Kahfi - Part I]

Friday, 29 August 2008

Assalamualaikum...


Jika diminta untuk menyenaraikan perkara2 yang sunat dilaksanakan pada hari Jumaat, kita tak sepatutnya lupa untuk memasukkan sekali bacaan surah al-Kahfi dalam senarai kita selain mencukur bulu dan sebagainya.


Setiap perintah, baik wajib/fardhu mahupun sunat, pasti terselit hikmah di sebaliknya. Dan, membaca surah al-Kahfi pada setiap kali tibanya hari Jumaat, tidak dapat tidak mengandungi hikmah yang besar. Tapi persoalannya, kenapa surah ini, kenapa Al-Kahfi [gua]?


Jika kita mengamati semula bacaan kita dengan tadabbur dan penghayatan, secara langsung atau tidak, sengaja mahupun tak, kita akan dapat lihat sedikit sebanyak hikmah dari surah ini. Kita dapat lihat hikmah disunatkannya dibaca setiap minggu terutamanya ke atas nilai Iman dalam sanubari kita.


Jadi, setiap minggu, sekiranya kita benar2 mentadabbur bacaan Al-Kahfi, kita akan dapat untuk menguatkan semula rasa syukur kita pada Allah SWT. Kita akan dapat memperbaharui semula Iman kita. Memeperbetulkan balik arah jalan kita.


Semua ini, insyaAllah kita akan dapat sekiranya kita perhatikan betul2 apa yang ada dalam surah Al-Kahfi. Dan, amat2 disarankan untuk kita berusaha membacanya dengan penghayatan setiap minggu (hari Jumaat), dan istiqamah dalam membacanya.


Sedikit sebanyak butir2 berkaitan surah Al-Kahfi;


1. Surah Makkiyyah

2. Salah satu surah yang bermula dengan kalimah ‘Alhamdulillah’ [selain Al-Fatihah, Al-An3am, Saba’, Fathir]

3. Dinamakan Al-Kahfi berdasarkan cerita Ashabul Kahfi, yang begitu menakjubkan dan pelik.


Surah ini mengandungi beberapa kisah yang terkandung di dalamnya pengajaran dan peringatan.


Kisah2 tersebut ialah;


1. Kisah Ashabul Kahfi

2. Kisah dua lelaki (seorang Mu’min dan seorang kafir)

3. Kisah Nabi Musa a.s dan Nabi Khidhir a.s

4. Kisah Dzulqarnain dengan ya’juj & ma’juj


Dan, insyaAllah, sekiranya diberi peluang, kita akan sama2 perhatikan cerita2 dalam surah ini dan apa yang ingin disampaikan dalam setiap kisah yang ada dalam surah Al-Kahfi ini dengan lebih mendalam. InsyaAllah.

_____________________________

Salam Mujahadah,
Assalamualaikum wbt...

Muslim Sebenar

Thursday, 28 August 2008

Assalamualaikum...

I'm married to a turkish muslim man, he is great, he showed what respect and love is. Other men I dated never had this side. With years I have started to understand that my husband is like this because he is religious. An example we went to a store, and found out that the clerk had given us 15$ extra, so on the parking place we discovered it.

The first though that comes to my mind is "yippi", while my husband is spaced out he was debating whether he should keep it or not, finaly he says no because if he knew about the extra 15$ it would be considered stealing according to islam, also that he didnt want to earn without the knowledge of the owner because its the owners bread. And with time I have started to explore about islam and recently I have decided that this is the last peace thats missing in my life.Inshaallah I'm going to convert this ramadans months first day.Peace be upon you
SofiaEriksson80


Itulah komen yang ana terbaca ketika melihat sebuah video tentang seorang yang menceritakan pengislaman beliau.

Apa yang menarik perhatian ana ialah sikap suaminya yang mempamerkan sifat seorang Muslim yang akhirnya menarik minatnya untuk menerima Islam.

Melihatkan kepada senario masyarakat Islam sekarang, yang hilang nilai2 Islam dalam dirinya dan menyebabkan orang2 bukan Islam tak berminat dengan Islam mengingatkan ana pada satu kisah yang ana pernah baca.

Cerita bagaimana Hindun, orang yang bertanggungjawab makan hati Sayyidina Hamzah ketika perang Uhud, menerima Islam. Beliau yang amat2 memusuhi Islam akhirnya menerima Islam dalam dirinya kerana tertarik dengan solat orang Islam.

Beliau menerima Islam kerana beliau merasakan inilah kali pertama beliau melihat Allah SWT disembah dengan selayaknya.

Tapi, mesyarakat sekarang semakin membelakangkan sembahyang. Malah berperangai dengan sifat2 bukan Islam. Bagaimana orang bukan Islam nak tertarik dengan Islam. Fikir2kanlah...


Sama2 doakan semoga penulis komen di atas sempat mengucap dua kalimah syahadah dan mengamalkan Islam dengan sebaiknya... Amin..

:: esok : ihya' Jumaat (Al-Kahfi) ::

Salam Mujahadah, Assalamualaikum wbt...

Ahlan Ya Ramadhan

Wednesday, 27 August 2008

1 MaklumBalas  

Assalamualaikum...

Setelah hampir setahun kami ditinggalkan...


Kini, engkau bakal kembali mengunjungi

Kami makin tak sabar menanti

Moga kehadiranmu kali ini lebih mengerti

Membentuk kami menjadi Mu'min sejati

Kami kini bersedia menyusun misi

Dalam keinginan menemuimu sekali lagi

Ahlan Ya Ramadhan...!

_____________________________

:: esok : Muslim yang Islam ::

Salam Mujahadah,
Assalamualaikum wbt...