Raya lagi

Wednesday, 1 October 2008

2 MaklumBalas  

Assalamualaikum, Salam Aidilfitri...



Setelah sekian lama menyepi dan langsung tak pernah jenguk dashboard blog ni, sempena hari raya Aidilfitri ni, kawe kembali mengepost entry baru. Maaf buat mereka2 yang mengziarah dalam tempoh penyepian tersebut kerana terpaksa memandang entry dan gambar yang sama setiap kali menjenguk. Terima kasih kerna tak jemu mengziarah. Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin.

Hari ni, macam hari2 raya sebelum ni, aku pegi sembahyang raya bersama adik2 arab aku. Bergerak berlima seawal pagi memandangkan di Mesir ni, solat raya bermula awal. Sebelum bertolak ke tempat sembahyang raya, perkarangan Masjid Masakin, aku terlebih dahulu bersarapan indomee [tak macam raya langsung..]

mereka2 ni lah yg teman kawe raya tahun ni [kecuali yg kiri sekali],
tapi ni gambar 2 tahun lepas punya raya,
tahun ni tak ada kamera nak pinjam untuk snap gambar diorang


Selesai solat dan khutbah, bergerak pula ke rumah Nabil [ada makan gak..] sebelum beramai2 bergerak ke majlis sambutan Aidilfitri di istad Gamaah yg diuruskan junior2 Mansurah yang baru datang [under GMN..].



Lepas makan, terus balik rumah, nak sedia ruang untuk ke majlis seterusnya, sekali tertidur la pula.. sekarang ni baru nak mencari2 sapa buat open house hari ni.. [nak kena roger pok we ni..]

Apa2pun, sekali lagi, Eid Mubarak buat semua. Berhari raya untuk sekian kalinya di Ardul Mubarak ni langsung tak menjadikan aku jemu. Best wei raya sini.. [ni betul2 dari hati...]


::makin hari makin sayang, makin lama makin rindu::

Salam Aidfilfitri,
Assalamualaikum wbt..