SeBeluM TiBa MasANyA...

Friday, 25 January 2008

1 MaklumBalas  

Assalamualaikum wbt.

Kelmarin, Khamis, aku menduduki kertas peperiksaan terakhir aku (Microb) untuk mid year tahun 3 ni. Alhamdulillah akhirnya selesai, dan kini aku perlu mengatur langkah2 baru dalam menuju ke arah perjalanan kehidupan yang lebih baik.Tambahan pula aku bakal menghadapi kehidupan yang lebih mencabar.

Kebiasaannya, sebaik selesai exam, hati akan rasa tenang sekali. Gembira tak terhingga apabila dapat menjalani kehidupan tanpa perlu memikirkan imtihan yang begitu menekankan. Cuma, kali ni agak berbeza. Aku terlebih dahulu menyambut kemerdekaan sebelum menduduki kertas peperiksaan terakhir aku.

Malam sebelum exam, aku yang belum membaca walau satu pun soalan dari buku MCQ (yang sememangnya semua soalan exam keluar dari buku tu), turun bermain bola bersama rakan2 2nd year yang dah selesai exam diorang hari tu (berbaloilah diorang nak main pun). Permainan selesai pada pukul 8 malam dengan team kami menang 8-7. Sikit je…

Selepas menghantar Faisal balik ke rumahnya dengan basikal burukku, aku singgah melihat kawan2 ‘arab’ku bermain bola. Agak2 la, apa yang terjadi lepas tuh? Hmm…tekaan anda salah. Aku tak main pun bola dengan diorang hari tu, tapi, aku terus balik ke rumah dan menukar pakaianku. Kemudian, aku turun semula menuju ke Teto untuk mengambil beberapa gambar. Saje2 ambil sebab diorang dah tahu aku dah banyak masukkan gambar2 diorang kat dalam blog aku ni. Dan diorang pun dah selalu buka. Jadi, aku (atas dasar bagi can) ambil lah gambar diorang 2-3 keping untuk masukkan dalam blog ni. [Biasalah bila ada yang terasa sebab gambar dia tak ada]





Atef (kanan), Omar dan Eslam (tauke Teto)

Selepas dari itu, aku menuju ke tujuan asal. Aku, Khaled, dan Mido, dengan menunggang basikal (3 orang sekaligus), mengatur perjalanan kami ke King Pizza. Uh…masa tu aku langsung tak fikir tentang peperiksaan esoknya yang bakal aku tempuh walaupun aku masih tak baca apa2 (hanya sudah tanda jawapan bagi setiap soalan).


Mido di King Pizza


Khaled, bersusah payah ketika makan pizza

Balik dari King Pizza, aku teringat tentang Tabarru3 untuk Palestin bila mana aku mengadap computer. So, aku terus turun dan menuju rumah Faisal. Melihat sahabat2 sibuk membungkus barang2 tabarru3, aku turut menghulurkan tangan. Selesai segalanya, dalam pukul 12 tengah malam, aku terus tidur. Bangun keesokkannya (kelmarin), gelabah tak sudah. Kelam-kabut aku dibuatnya. Memang betul2 punya last minute kali ni. Tapi Alhamdulillah, sempat juga aku baca sekali lalu semua soalan dalam buku (fotostet je sebenarnya) tu. Yang tak sempat cuma soalan True/False. Dan kebetulan tiada langsung soalan bentuk True/False yang keluar. Alhamdulillah.

Sekali lagi Alhamdulillah apabila aku dapat menjawab soalan exam kelmarin dengan baik walaupun, aku tak dapat full marks.

Aku harap sahabat2 pembaca tak jadi macam aku. Bukan selalu dapat kebetulan yang begini. Bukan selalu Allah SWT nak bagi perkara begini. Yang berusaha pasti Allah SWT akan beri padanya kejayaan. Tapi yang malas/tak berusaha (macam aku ketika tu), Allah SWT boleh beri kejayaan dan juga kegagalan. Kalau kejayaan pulak, ia mungkin nikmat, atau mungkin juga ujian.

Jadi, seruanku di sini, janganlah jadi seperti aku ketika itu. Dan, jangan juga lupa untuk doakan sahabat antum (termasuk aku). Moga Allah SWT memberi kita kekuatan, kerajinan, kesungguhan, keazaman, peluang utuk mencapai kejayaan di Dunia dan Akhirat (Akhirat yang pentingnya).
____________________________________________________________

* berkaitan dengan kejayaan dan kegagalan yang aku sebutkan di atas, nanti antum rujuklah sendiri kat post ‘Tips Untuk Confirm Berjaya’, oleh Ibn Arsyad yang akan dipostkan selepas2 ni.


Salam Mujahadah,
Assalamualaikum wbt.

Pesan Ustazah...

Thursday, 24 January 2008

Bismillah walHamdulillah...

Afwan. agak lama juga ana meninggalkan kalian. Maaf juga sebab masih tak menyambung siri 'Tips Untuk CONFIRM Berjaya'. Moga ana diberikan masa untuk menyelesaikannya.

Ana sebenarnya tak tahu nak post apa dalam masa yang suntuk ini. Tapi, tiba-tiba ana teringat pada pesanan ustazah ana masa kat sekolah menengah dulu. Dia pernah kata, kita ni seperti ‘bom masa’. Setiap orang dah ditetapkan masanya. Dan bila-bila pun kita ni boleh meletup (mati). Masa tu, dia siap lukis kat papan hitam (hijau sebenarnya) ‘bom’ tu dengan ‘sumbu’nya. Dan ‘sumbu’ tu diibaratkan nyawa kita (masa yang kita ada sebelum bom tu meletup-mati). Setiap orang ada panjang ‘sumbu’ masing-masing. Dan tidak dapat tidak, ‘bom’ tu tetap dan pasti akan meletup. Memang tak boleh elak. Kita bagaimanapun akan mati.

Tahun lepas, masa pergi melawat sekolah, sekali lagi jumpa ustazah tu. Kali ni dia bagi beberapa pesanan lagi. Katanya, Syaitan hanya mampu merayu. Itulah senjata terkuat yang dia ada. Dia hanya boleh rayu seseorang untuk buat salah. Dia tak boleh paksa. Misalnya seseorang yang hisap rokok. Dia hanya boleh suruh dan rayu minta orang tu hisap rokok. Dia tak boleh tolong belikan atau bagi rokok dan paksa orang tu hisap. Kita (manusia) sebaliknya ada kekuatan yang lebih, tapi kita selalu kalah.

Antara pesanan lain yang ana ingat ialah; ‘jangan jadi suami/isteri sebelum berkahwin’. Sebelum kita berkahwin, kita tak perlu tanggung apa-apa tanggungjawab. Tapi, budak zaman sekarang, sebelum kahwin lagi dah mengalahkan orang yang kahwin. Bila pasangan tak ada kredit, siap tolong belikan. Belanja makan di restoran-restoran mewah dan macam-macam lagi. Itu baru dari segi duit (bukan isteri kamu pun nak tanggung dia). Malah budak zaman sekarang lebih teruk, mereka bukan sahaja beri nafkah zahir, tapi juga batin sebelum berkahwin secara sah. Entah apa nak jadi dengan manusia di zaman ini. Makin ramai yang tak kenal agama, bahkan tak mahu kenal agama.

Ya Allah, berilah petunjuk kepada kami semua terutamanya mereka-mereka yang sering lalai agar mereka kembali ke jalan yang Engkau Redhai.

[ana telah ubah suai sedikit sebanyak pesanan-pesana tu mengikut apa yang ana faham dan keadaan sekarang]


Selamat Bercuti buat Semua.

Sanah Helwa Ya Tau-am

Sunday, 20 January 2008

2 MaklumBalas  

Assalamualaikum wbt.

Post yang lepas aku ada beritahu yang aku beli hadiah untuk birthday Ahmed dan Mohammed (Kembar) sebaik balik dari exam Parasitology sebab ulang tahun kelahiran mereka jatuh pada hari tersebut. Namun, atas sebab2 teknikal, aku hanya dapat serahkannya semalam selepas isya’. Dan aku akhirnya berjaya juga buat kejutan pada meraka walaupun kejutan tu tak seperti untuk hari jadi mereka. Susah nak cerita apa kejutannya sebab aku tak nak cerita..maaf..hehe.


Inilah 'penyebab' kelewatanku memberikan hadiah kepada mereka



sebelum bertukar tuan

______________________________________________________




Salam Mujahadah,
Assalamualaikum wbt.

Bahtera Hamba

Saturday, 19 January 2008

Sukar berlabuh sebuah bahtera keinsafan
Memberanikan aku sebagai nakhoda
Di laut yang luas gelombang yang datang
Menghanyutkan segala kemudi ke dasar dosa...

Kucekalkan diriku bergapaian air mata
Meluncur bahtera ke pulau redha
Kupasrahkan hatiku meredah gelombang cinta
Yang buar menggunung menghempas dosa...

Kalau tiba ke pantai putih hamparan pasir permaidani
Terbentang luas rahmat dan kasih sayangMu
Kembali bertawajuh di pulau yang redha ini
Kuhindarkan naluri segala mazmumah diri
Kealunan lautan bertiup bayu kesempurnaan
Di taman itu jiwa bersemadi....

Jernih danau nurani bersih berwudhu'
air mata yang gugur
Menyerah diri kepada Allah
Mendamba kasih menghina diri
Syukur hamba dengan keinsafan
telah berhijrah akan diriku
Di bawah naungan keampunan
Hidup matiku hanya untukMu....

Lirik : A. Mahathir
Lagu : Zulfan's Selection

Bahtera Hamba
by Zulfan
______________________________________________


Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt.

Nak Main Lagi Ke?

0 MaklumBalas  

Assalamualaikum wbt.

Kali ni saje nak menge'post' gambar2 yang aku terambik apabila aku tiba2 rasa nak bawa kamera bersama aku pada malam sebelum exam parasitology. Malam tu, setelah membersihkan sniper dan M16 yang bakal digunakan esoknya untuk menembak cacing2 dan segala jenis parasit yang bakal muncul, aku tiba2 rasa ‘rindu’ lalu terus keluar mengambil angin. Seperti yang dijangka, kanak2 yang hari tu selesai 2 papers terakhir untuk exam depa, sedang berseronok menyepak2 bola sambil menjerit2.

Aku pun sempat jugak sebenarnya menyepak sekali dua bola tu. Yang lebih penting, aku akhirnya dapat meng’abadi’kan [dapat pun perkataannya] suasana malam tu dalam bentuk gambar. So, pilih punya pilih, akhirnya inilah dia gambar yang dapat diletakkan di sini.



Ahmad (kiri) dan atif
[atif, sempat lagi nak pe'daje' kawan ek, nasib baik tak nampak sangat]


main tangkap2 gambar depan rumah
[antara yang rapat denganku]


ni la budak2 mesir yang selalu meng'susah'kan aku


Omar, Ahmad. Mahmoud, Mohammed


'coming' ; perkataan yang biasa keluar dari mulut dia bila nampak aku
[dia ni sebenarnya baik walaupun mulut dia........]


bila semua orang nak masuk dalam ini gambar

Lepas sumbat gol terakhir, aku terus melangkah pulang untuk tidur (kena tidur awal sebab esoknya nak exam). Pagi exam, aku meneruskan kerja2 membersih. Kali ni mengumpul, mengira, membersih dan menyimpan segala jenis peluru2 yang bakal digunakan. Sebelum berangkat pergi ke universiti, aku mula memasang sniper dan M16. Tapi memandangkan masa yang singkat dan persediaan yang ala kadar (last minit punya cerita), aku hanya sempat menyiapkan M16. Maka, kat dewan exam, segalanya adalah tembakan rambang. Kalau kena…Alhamdulillah, kalau tak…pun Alhamdulillah cuma tambahannya sedikit ‘padan muka’ (sapa suruh tak stadi awal2, siap sempat main bola lagi malam sebelum exam. Dah la lepas Asar sampai Maghrib membuang masa menonton perlawanan bola – bola lagi…)

Lepas je exam…aku terus balik, solat Zohor, dan terus angkut Khalid ikut aku naik basikal pegi Gala’, cari hadiah nak bagi kat budak ‘tauam’ (kembar) yang besdey depa jatuh hari tu. Dan hadiahnya Khalid yang pilih. Tapi, masa aku taip ni, aku tak bagi lagi hadiah2 tu. Bukan tak nak bagi, tapi ada sesuatu perlu diselesaikan terlebih dahulu. Hari ni kot aku bagi…insyaAllah.

Setakat ni dulu rasanya.

*Gambar yang paling atas, bukan diambil pada malam sebelum exam. Itu gambar dari lain punya event. Saje nak masukkan...
__________________________________________________________
banyak perkara nak dimasukkan dalam blog ni, tapi malas nak menaip...itulah masalahnya...
insyaAllah akan luangkan masa untuk menyambung pasal PERATURAN

Salam Mujahadah
Assalamualaikum...

SeHarum KaSturi

Wednesday, 16 January 2008

1 MaklumBalas  


 
Ada seorang pemuda yang kerjanya menjual kain. Setiap hari dia memikul kain2 dagangannya & berkeliling dari rumah ke rumah. Kain dagangan pemuda ini dikenali dgn nama FARAQNA. Walaupun pekerjaannya sebagai pedagang, tapi pemuda ini sgt tampan dan bertubuh tegap. Setiap org yg melihat pasti menyenanginya.

Pada suatu hari, saat dia berkeliling melewati jln2 besar, lorong2 kecil dan rmh2 penduduk sambil berteriak menawarkan dagangannya, Faraqna! Faraqna! Tiba2 ada seorang wanita yg melihatnya. Wanita itu memanggilnya. Dia dipersilakan masuk ke dalam rumahnya. Wanita itu terpesona dengan ketampanannya. Maka tumbuhlah rasa cinta dalam hatinya. Wanita itu berkata, aku memanggilmu bkn utk membeli daganganmu, tapi kerana kecintaanku padamu. Dan di rumah ini kosong sekarang.
 
Selanjutnya, wanita itu memujuknya dan merayunya agar membuat sesuatu dengan dirinya. Pemuda itu menolak dan mengingatkan wanita itu akan ALLAH SWT dan azabNYA. Tapi nasihatnya tidak membuahkan apa2 hasil. Malah wanita itu makin berhasrat.
 
Akhirnya, kerana pemuda itu menolak, wanita itu mengancam akan berteriak pada semua orang bahawa pemuda tersebut memasuki rumahnya dan cuba meragut kesuciannya, jika pemuda itu enggan.

Setelah pemuda itu melihat betapa wanita tersebut terlalu memaksa utk mengikuti keinginannya, akhirnya dia berkata, baiklah, tapi izinkan aku membersihkan diriku terlebih dahulu.

Wanita itu begitu gembira mendengar jawapan pemuda itu, lalu berkata, bagaimana tidak wahai kekasih dan buah hatiku, itu adalah idea yang baik.
 
Maka masuklah pemuda itu ke kamar mandi, sementara tubuhnya gementar kerana takut dirinya terjerumus ke lembah maksiat. Sebab, wanita itu adalah perangkap syaitan dan tidak ada seorang lelaki pun bersendirian bersama seorang wanita, kecuali bersama mereka syaitan.

Ya ALLAH, apa yang harus aku buat? Berilah aku petunjukMU, wahai ZAT Yang Maha Memberi Petunjuk.
 
"Aku tahu, bahawa termasuk dalam golongan yang akan dinaungi oleh ALLAH dalam naunganNYA di akhirat kelak adalah lelaki yang apabila diajak berbuat dosa oleh wanita yang mempunyai kedudukan yang tinggi dan wajah yang cantik, kemudian dia berkata, : Aku takut kepada ALLAH. Dan aku yakin bahawa orang yang meninggalkan maksiat kerana takut kepadaNYA pasti akan dibalas dengan sesuatu yang lebih baik. Dan seringkali satu keinginan syahwat itu merupakan penyesalan seumur hidup. Apa yang akan aku dapat dari maksiat ini selain ALLAH akan mengangkat cahaya dan nikmatNYA, iman, dari hatiku. Tidak, tidak! Aku tidak akan mengerjakan perbuatan yang haram. Tapi apa harus aku lakukan? Apakah harus aku lompat dari jendela in? Tidak mungkin. Jendela ini tertutup rapat dan sukar dibuka. Jika begitu aku terpaksa buat begini."

Maka dia pun melumurkan tubuhnya dengan kotoran yang ada di situ, dengan harapan wanita itu akan jijik melihatnya nanti dan menbiarkan dia pergi dari situ.

Setelah itu, dia menangis dan berkata,Ya Rabbi, wahai tuhanku, perasaan takut kepadaMU telah mendorongku berbuat begini. Maka kurniakanlah untukku kebaikan sebagai gantinya. Kemudian di keluar dari kamar mandi.
 
Terkejut melihat pemuda tersebut, wanita itu berteriak, keluar kau hai orang gila! Dia pun bergegas keluar dengan perasaan takut diketahui orang. Kerana jika diketahui orang, pasti dia akan dikata macam2. Dia mengambil brg dagangannya dan berlalu. Orang2 yang melihatnya mentertawakannya. Akhirnya dia tiba di rumah dan berasa lega. Lalu dia menanggalkan pakaiannya dan memasuki kamar mandi utk membersihkan diri.
 
Betapa Maha Tinggi ALLAH SWT. Sebaik pemuda tiu keluar dari kamar mandinya, dia telah dianugerah dengan satu kurnia yang besar, dan tetap melekat pada dirinya hingga dia meninggal dunia. Bahkan setelah dia meninggal dunia.
 
ALLAH SWT telah menganugerahkannya aroma yang harum semerbak yang tercium dari tubuhnya. Semua orang dapat mencium haruman itu dari jarak beberapa meter. Hingga akhirnya dia mendapat gelaran AL-MISKI.
 
SUBHANALLAH. ALLAH SWT telah memberinya sebagai ganti dari kotoran yang dapat hilang dalam sekejap dengan aroma wangi yang kekal padanya dan tercium sepanjang masa. MAHA SUCI ALLAH!!!
____________________________________________________________

Semoga antum dapat mengambil pengajaran dari kisah ini.
Satu lagi kisah yang diciplak [lupa sumber sebab dah lama dalam simpanan]



Salam Mujahadah
Assalamualaikum wbt.

Hilang Sudah...

Thursday, 10 January 2008

0 MaklumBalas  

Bismillah WalHamdulillah…

Firstly, nak minta maaf sebab masih tak menyelesaikan Siri ‘Tips untuk Confirm Berjaya’. Afwan... Walau bagaimanapun, insyaAllah, ana akan cuba selesaikan walaupun mungkin sedikit mengambil masa. Dan insyaAllah, ana akan sambung kepada siri ketiga dalam masa terdekat. Di sini ana hanya nak mengambil kesempatan untuk mengiklankan siri baru yang bakal ana tulis. Siri ini akan menkisahkan sekitar kehidupan yang telah dilalui oleh salah seorang sahabat karib ana. Dan ana harap dengan kisah kehidupan dia ini, kita dapat sama-sama mengambil iktibar. InsyaAllah







(Belum minta izin secara sah dari watak utama…)


...Tunggu kemunculannya...

Main Hujan...!!!

Wednesday, 9 January 2008

4 MaklumBalas  


Hari ni hujan renyai2 menbasahi bumi Mansurah sejak Asar. Mungkin itu menandakan rahmatNya di awal kemasukan ke tahun baru Hijrah ini. Ya, sedar tidak sedar aku dan kamu sekarang dah memasuki ke tahun yang seterusnya. Semakin meningkat usia Dunia. Semakin kritikal juga keadaan dunia yang sememangnya telah begitu kritikal ketika berjumpa Rasululah SAW dalam bentuk manusia (dah bongkok sangat dah).

Dan aku, sebelum tidur di malam 1 Muharam telah merancang suatu perjalanan hidup yang baru bagi menggantikan kehidupanku sekarang yang amat2 kritikal. Aku benci dengan keadaan aku begini, tapi aku tetap tak keluar darinya. Apa makna semua ini? Dan perancangan itu, masih dalam bentuk perancangan ketika aku manaip post ini. Tiada perubahan ke arah pelaksanaan. Moga aku diberi kekuatan untuk mengubahnya dari perancangan kepada pelaksanaan.

Sahabat2ku sekalian, sekarang aku amat2 mengharapkan doa dari kalian untukku benar2 kuat untuk mujahadah, bukan sahaja dalam pelajaranku, tapi lebih penting dari itu, dalam kehidupanku. Aku tak kisah jika aku tak mampu untuk MCQ kali ni, memandangkan aku langsung tak berusaha ke arahnya setakat ini, tapi apa yang aku harapkan ialah, aku dapat keluar dari belengu malas ini untuk meneruskan hidupku menurut acuan yang sepatutnya. Acuan Islam yang sebenarnya. Amin…!

Masuk kepada kisah yang ingin ku coretkan di sini. Main hujan. Kali ni, aku yakin ia benar2 hujan. Sebab aku benar2 basah. Dan aku betul2 main hujan.

Selepas selesai solat Asar, aku seperti biasa melepak di kawasan masjid bersama kawan2ku. Aku kemudian diajak salah seorang dari mereka, Anas (anak tuan rumah Abang Faisal), untuk menemaninya bermain game dan pergi ke ‘Furn’. Selepas setengah jam membuang masa dengan FIFA08 kat Teto, aku ikut berlari bersama Anas di tengah2 hujan untuk ke ‘Furn’. Nak beli ‘irsh’ katanya.

Anas (anak baba rumah Faisal)

Berlari2 anak dari Teto menuju ke Istad Gamaa dan kemudian terus ke masuk ke dalam sehinggalah akhirnya kami sampai ke ‘Furn’ tersebut betul2 buat aku basah. Main hujan. Kalau ikutkan hati tak mahu ikut, tapi sebab nak jaga hati orang lain, hm..terpaksalah. Owh, baru aku tahu. ‘Furn’ tu ialah kedai jual ‘aish’ yang biasa kita lihat dipenuhi ramai orang yang berebut2 nak dapatkan roti. Tahu sebab apa diorang berebut2? Satunya sebab murah…20 keping segenih. Duanya sebab masih panas…


Dua2 aku dah makan sebelum taip post ni...

Tapi aku tak perlu berebut sebab kebetulan orang tak ramai. Ye ker kebetulan? Ke sebab ‘Furn’ tu dok dalam sangat. Susah nak pergi. Hujan pulak. Lecahnya lagi. Tambah2 kat Mesir ni. Sebelah tapak pembinaan pulak tu [tapi habis gak roti2nya terjual]. Anas beli 2 genih dan aku, saja2 nak try, beli 5 keping. Memang panas. Secara tak langsung ia juga menjawab kenapa orang jemur kat tepi2 jalan sepeti yang kita biasa tengok. Kami pun buat perkara yang sama. Ha…? Tengah2 hujan? Bukan la tengah2 medan, pandai la kami cari tempat teduhan.

Nak jadi cerita, kami dapat lebih 5 keping roti, so, dengan dukacitanya, terpaksalah aku berlari semula ke “Furn’ tu sorang2 untuk membayar semula. Main hujan lagi…

Ingat habis setakat tu je, lepas Maghrib, terpaksa aku merentas hujan lagi. Juga sebab kawan. Kali ni menemani, atau lebih tepatnya, membawa (dengan basikal burukku), Khalid yang nak beli kacang (apa entah namanya). Dia bukan tak boleh pergi berjalan sorang2, tapi saje nak naik basikal aku atau mungkin nak ber’manja’ kot. Ops…!


Khalid (peminat Kaka)

Mengayuh basikal di tengah2 hujan dengan jalan yang ‘teramat cantik corak2nya’, di waktu malam yang penuh dengan kenderaan2 lain yang lebih besar dan ada seseorang membonceng di hadapan, memang mencabar. Hm…main hujan.


Mido (bukan nama sebenar)


Aku balik ke rumah dan kemudian keluar semula ke masjid untuk Isya’. Lepas Isya’, Khalid dan Mido menunggu di hadapan masjid dengan senyuman yang amat2 aku faham. Nak apa lagi…? Basikal?? Allah..main hujan lagi…! Belum pun sempat kami atur langkah ke rumahku untuk ambil basikal, nama Mido dipanggil. Dia kena naik ke rumahnya dan begitu juga Khalid. Selamat aku…kalau tak, makin lencunlah aku…Ye la..Main Hujan kan…

Kita dan Pokok Epal

Tuesday, 8 January 2008

0 MaklumBalas  

Cerita istimewa buat antum...

Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan ada seorang budak yang sering bermain-main di bawah pohan epal itu setiap hari.

Dia suka memanjat pohon epal hingga ke pucuknya, memakan buahnya berbaring-baring di keteduhan rendang dedaunnya. Budak itu sangat menyayangi pohon epal itu. Demikian juga pohon epal itu.

Waktu terus berlalu. Budak itu kini telah membesar dan tidak lagi bermain-main dengan pokok epal itu setiap hari. Suatu hari dia mendatangi pohon epal. Wajahnya tampak sedih. Mari ke sini bermain-main lagi denganku, pinta pohon epal itu.

Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi. Aku ingin sekali memiliki mainan, tapi aku tidak mempunyai wang untuk membelinya. Pohon epal menyahut, maaf, aku pun tak punya wang, tapi kau boleh mengambil semua buah epalku dan menjualnya. Kau akan mendapat wang untuk membeli mainan kegemaranmu.

Budak itu sangat gembira. Dia lalu memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita. Namun selepas itu, budak itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari budak itu datang lagi. Dia sudah dewasa. Pohon epal sangat senang melihat kedatangannya. Mari bermain-main denganku lagi, kata pohon epal.

Aku tak punya waktu, jawabnya. Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku.

Maaf. Aku tak mempunyai rumah. Tapi kau boleh menebang semua dahan dan rantingku untuk membina rumahmu, kata pohon epal.

Kemudian dia menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira. Pohon itu merasa bahagia melihatnya gembira. Kemudian dia tak pernah kembali lagi. Pohon epal merasa kesepian dan sedih.

Pada suatu musim panas, dia datang lagi. Pohon epal merasa suka cita menyambutnya. Marilah bermain-main denganku, ajak pohon epal.

Aku sedih, katanya. Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin berhibur dan berlayar. Mahukah kau memberiku sebuah kapal untuk berlayar?

Maaf aku tak punya kapal, tapi kau boleh menebang batang tubuhku dan gunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu.

Kemudian dia pun menebang batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya. Dia lalu pergi berlayar dan tak pernah lagi datang menemui pohon epal.

Akhirnya dia datang lagi setelah bertahun-tahun kemudian.

Maaf anakku, kata pohon epal itu. Aku sudah tidak mempunyai buah epal lagi untukmu.

Tak mengapa. Aku juga sudah tidak mempunyai gigi untuk menggigit buah epalmu.

Aku juga tidak mempunyai batang dan dahan yang boleh kau panjat, kata pohon epal lagi.

Sekarang aku sudah terlalu tua untuk itu, balasnya.

Aku benar-benar tak memiliki apa-apa lagi yang boleh kuberikan kepadamu. Yang tersisa hanyalah akar-akarku yang sudah tua, kata pohon itu sambil menitiskan air mata.

Aku juga tak perlukan apa-apa lagi sekarang. Aku hanya perlukan tempat untuk beristirehat. Aku sangat letih setelah sekian lama meninggalkanmu.

Oooh, bagus sekali. Tahukah kau, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan beristirehatlah dengan tenang.

Maka dia pun berbaring di pelukan akar-akar pohon epal itu. Pohon itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.


Ini adalah cerita tentang kita semua. Pohon epal itu adalah ibu bapa kita. Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ibu dan bapa kita. Ketika kita membesar, kita meninggalkan mereka dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan. Tak peduli apa pun, ibu bapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang mampu mereka berikan untuk membuat kita bahagia.

Anda mungkin berfikir bahawa budak itu telah bertindak kasar pada pohon epal, tetapi begitulah cara kita memperlakukan ibu bapa kita. Sama-sama kita muhasabah diri kita. Mahukah kita dipelakukan begitu oleh anak-anak kita kelak? Fikir-fikirkanlah saudara-saudariku sekalian.

Sampaikanlah kepada ibu bapa kita, betapa kita amat menyayangi, mencintai mereka sepenuh hati dan jiwa kita selepas ALLAH SWT dan Rasulullah SAW. Dan berterima kasihlah atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikan kepada kita.


~Redha ALLAH SWT terletak pada keredhaan kedua ibu bapa, dan kemurkaan ALLAH SWT juga terletak pada kemarahan kedua ibu bapa~


~Ya ALLAH, ya tuhan kami, ampunilah dosa kami. Dan kedua ibu bapa kami. Sebagaimana mereka mengasihi kami sejak kami kecil lagi~

::diciplak dari Blues Selamanya::

____________________________________________________________


Salam Mujahadah,
Assalamualaikum...

~SaVe AlQUDS~

Sunday, 6 January 2008

0 MaklumBalas  


Assalamualaikum wbt...

pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. [At-Taubah : 41]


Sahabat2ku…

Tak perlu ana bercerita panjang tentang keadaan di Palestin, Sahabat2 pasti lebih arif sebab ana yakin antum pasti pernah mendengar hadis Rasullullah SAW yang menyatakan bahawa kita bukan dari kalangan mereka sekiranya kita tidak mengambil berat akan hal ehwal umat Islam yang lain.

Entri kali ni, ana nak ajak antum semua berjihad. Jika umat Islam di Palestin bertumpah darah mempertahankan tanah Islam, apa pula yang ana antum buat di sini. Jika mereka di sana berkorban segala, kenapa tidak kita berkorban sedikit harta dan masa. Kenapa kita tidak boleh mujahadah melawan hawa nafsu yang inginkan segala, yang tak pernah puas dan bersyukur.

Mujahadahlah…luang sedikit masa untuk menyumbang sedikit harta buat mereka, Saudara2 kita. Mujahadahlah…lawan kehendak hawa nafsu yang sangat bergantung pada barang2 keluaran Yahudi dan Amerika (laknatullah). Carilah alternatif. Kita masih mampu hidup tanpa barangan2 itu. Tapi mengapakah kita sanggup untuk membunuh saudara2 kita di Palestin secara tak langsung.

Boikotlah sambil menderma. Jika antum tiba2 rasa nak beli rokok Dunhill (atau jenama2 lain), fikirkanlah Saudara antum di Palestin, Kuatkan hati, aturkan langkah dan sumbangkan duit tersebut untuk membantu Saudara2 antum. Dengan itu antum bukan sahaja menyelamatkan mereka, malah meringankan sedikit beban mereka.

Mungkin ada yang berkata, apalah yang ada pada seringgit untuk membantu mereka. Seringgit itu secara zahirnya, mungkin tak sebesar mana nilainya, tapi pada nilaian Allah untuk kita di Akhirat kelak, siapa yang tahu betapa tinggi nilai seringgit tersebut. Ana teringat satu kisah ketika Nabi Ibrahim a.s hendak dibakar hidup2 oleh Raja Namrud. Ketika itu, seekor burung kecil (kalau tak silap-tolong betulkan jika ada yang tahu) cuba memadamkan api ‘besar’ tersebut dengan mencurahkan air ke atasnya (banyak manalah sangat air yang burung ‘kecil’ tu boleh bawa). Dan bila ditanya mengapa, burung itu menjawab, “sekurang2nya aku berusaha untuk memadamkannya dan itu sudah cukup untuk aku menjawab di hadapan Allah kelak”. (ayat rekaan)

Sahabat2ku,
Sumbanglah walau kecil nilainya (di Dunia), sesungguhnya Saudara2 kita di Palestin, amat2 menghargainya.

Bagi mereka yang berada di Mansurah, Mesir atau kawasan berdekatan, antum bolehlah menyalurkan sumbangan antum ke Tabung Palestin yang di sediakan di Beyt HLR (Azrul) dan Beyt Muthaqafeen. Bagi yang jauh dari sini, carilah saluran2 yang disediakan untuk antum meringankan beban ‘mereka’.





__________________________________________________________________

Sahabat2ku,
Bantulah mereka dengan sumbangan ikhlas antum...

keadaan semasa Palestin...klik sini

Salam Mujahadah
Assalamualaikum