BETUL KE SEMBAHYANG?

Monday, 17 September 2007

0 MaklumBalas  

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum…

Salam Ramadhan dan selamat beribadah diucapkan buat semua. Bagaimana dengan hari2 Ramadhan yang berlalu, berpuas hatikah? Muhasabahlah dan rancanglah apa yang perlu dilakukan untuk hari2 Ramadhan seterusnya.

Apabila tibanya ramadhan, ramailah manusia yang menunaikan ibadah puasa seperti yang diperintahkan (ramai – bukan semua). Tapi manusia selalu silap. Jika puasa yang diperintahkan oleh Allah SWT mereka laksanakan, mereka lupa bahawa sesungguhnya solat dan zakat juga Allah SWT perintahkan. Tapi kenapa ramai yang puasa tapi tak sembahyang dan tak bayar zakat fitrah (atau zakat2 lainnya)?

Agak2nya tuhan puasa dan tuhan sembahyang lain2 kot. Tak pun, puasa tu perintah wajib tapi sembahyang perintah tak wajib. Betulkah begitu. Mereka lupakah sesungguhnya sembahyang tu wajib malah diperintahkan secara terus kepada Rasulullah SAW oleh Allah SWT yang Maha Esa ketika peristiwa Isra’ Mikraj.

Membicarakan tentang solat, rasanya tak perlu nak diulang lagi bahawa solat tu penting kepada kita. Sesungguhnya kita memerlukan solat sebagai tanda tunduk dan patuh kita kepada Allah SWT. Allah SWT memerintahkan kita solat kerana Allah SWT adalah Pencipta kita dan Dia Maha Mengetahui apa yang kita perlu dan apa yang kita tidak. Dia Maha Mengetahui bahawa tidak dapat tidak kita amat2 memerlukan solat (kembali kepadaNya, menghadapNya, 5 kali sehari semalam).

Bahkan sesungguhnya, kalau kita tak solat sekalipun, Allah SWT langsung tak terkesan. Tapi yang akan terima akibatnya ialah kita. Kita yang akan terkesan. Baik di dunia mahupun di akhirat. Kita yang akan berasa tidak tenang, tidak bahagia, serabut kepala, ditimpa pelbagai masalah dan sebagainya ketika di dunia ini. Dan kita jugalah yang akan menerima azab siksaan di akhirat kelak atas perbuatan kita yang mengabaikan sembahyang.

Sebenarnya, meninggalkan sembahyang bukanlah satu2nya masalah berkaitan sembahyang ni, tapi sebenarnya ramai di kalangan kita yang sembahyang tapi sebenarnya tidak. Mereka bersembahyang tapi tidak menjaga haq2 sembahyang. Mereka bersembahyang tapi di akhir2 waktu. Jasad mereka bersembahyang, tapi hati mereka tidak. Mereka bersembahyang hanya kerana nak orang tahu mereka sembahyang. Mereka sembahyang kerana nak tunjuk mereka ni manusia2 yang hebat di sisi Allah SWT. Mereka sembahyang, tapi mereka tak jaga perbuatan mereka di luar sembahyang yang boleh merosakkan sembahyang mereka.

Inilah realiti. Berapa kerat sahaja yang menunaikan sembahyang dengan sebenar2nya. Berapa kerat sahaja yang berusaha untuk menyempurnakan solatnya.

Sahabat2ku sekalian, pandanglah kelilingmu. Lihatlah dirimu dan masyarakat sekelilingmu. Ramai di antara mereka yang secara zahirnya kita nampak dia bersembahyang, tapi perangainya, amal perbuatannya di luar sembahyang dipenuhi dengan maksiat, diselubungi dengan dosa. Begitu ramai manusia yang bersembahyang, tapi mereka suka mengumpat (lupakah mereka mengumpat itu akan menghilangkan dan menghapuskan amalan2 mereka – betapa ruginya mereka). Begitu ramai manusia yang solat, tapi mereka tidak mengendahkan hal-hal aurat. Bahkan begitu ramai manusia yang solat, tapi mereka dengan bangganya membuat perkara2 mungkar di bumi Allah SWT yang menciptakan mereka, yang kelak akan mengazab mereka dengan azab siksa yang pedih.

Mereka2 ini yang bersembahyang tapi dalam masa yang sama membuat perkara2 maksiat, adakah solat mereka di terima, sempurnakah solat mereka?

Allah SWT telah berfirman dalam kitabnya yang bermaksud;

“Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al-Kitab (al-Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah SWT (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadah2 yang lain) Dan Allah SWT mengetahui apa yang kamu kerjakan”
[surah al’ankabuut : 45]

“Maka kecelakaanlah bagi orang2 yang solat. (Iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. Orang2 yang berbuat riya’. Dan enggan (menolong dengan) barang berguna”
[surah almaa’uun : 4 – 7]

Allah SWT telah memberi jaminan bahawa solat mampu menghindarkan kita dari maksiat dan mungkar. Tapi kalau kita solat tapi masih membuat perkara mungkar, sempurnakah solat kita? Atau kita nak salahkan firman Allah SWT. Tidakkah kita beriman kepada Al-Quran. Beriman bahawa segala yang terkandung dalam Al-Quran adalah benar dan diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia melalui perantaraan malaikat Jibril dan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Malah Allah SWT juga menjanjikan celaka bagi mereka yang lalai dari solatnya. Iaitu mereka yang lalai di dalam dan juga luar (yang berkaitan – seperti melewat2kan) solatnya.

Bagaimana dengan solat kita? Muhasabahlah sahabat2ku. Marilah kita sempurnakan solat kita. Marilah berusaha keras kearah itu.

Oleh yang demikian, bersempenakan bulan berakah, bulan mulia ini, marilah kita sama2 membina satu tekad untuk melaksanakan solat kita dengan bersungguh-sungguh dan berusaha menyempurnakannya.

Salam Ramadhan,
Assalamualaikum.

MENYESAL KEMUDIAN ADA GUNANYA

Monday, 10 September 2007

0 MaklumBalas  

~Salam Ukhuwwah dan Selamat Sejahtera~


Ramadhan yang semakin hampir membuatkan aku berfikir, apakah Ramadhan kali ini akan lebih baik dari yang lalu? Apakah persediaan aku untuk Ramadhan yang bakal menjengah? Antum pun pun mesti fikir perkara yang sama kan... So, apa yang antum rancang? Takkan nak biarkan Ramadhan berlalu dengan kita langsung tak sempat nak ambil apa2 manfaat. Cukuplah Ramadhan yang lepas memberi pengajaran.


Aku pasti sangat2, ramai yang menyesal sebaik saja Ramadhan tahun lepas pergi meninggalkan kita. Ramai yang kesal sebab tak gunakan peluang sebaiknya. Tapi ketika itu seperti tiada gunanya menyesal. Sebab yang lepas tetap lepas.


Walau bagaimanapun,pada aku(tak tahulah antum), menyesal adalah perkara yang baik. Selagi ada peluang, menyesallah. Sebab, takut nanti tak sempat lagi nak menyesal. Tapi, menyesal tu biarlah diikuti dengan perubahan. Jangan menyesal saja, kemudian tak buat apa2, lepas tu menyesal lagi. Jenis ni punya menyesal memang tiada gunanya. Tahun lepas menyesal tak gunakan Ramadhan sebaiknya, takkan tahun ni nak menyesal lagi. Ubahlah diri. Rancanglah bulan Ramadhan kita. Letakkanlah target. Dan cubalah mencapainya. Jangan sekadar letak target tanpa ada usaha mengejarnya. Nanti jadi angan2 semata2.


Yang lepas tu biarlah lepas. Jangan ditangisi perkara yang lalu. Berubahlah sekarang. Jangan ditunggu masa tertentu. Bukan apa, takut tak sempat. Macamlah kita boleh tahu bila kita akan mati. Bila dah mati memang dah tak boleh nak berubah dah. Kalau menyesal pun, memang tak ada gunanya dah. Masa tu betullah kata orang2 tua, 'menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudia tidak berguna'. Bagi aku, selagi tak mati ada gunanya menyesal. Yang penting ubah diri. Jangan biar diri terus menerus menyesal, tapi apa2 pun tak ada. Maksudnya, tiap2 hari memikirkan apa yang menimpa diri, tapi langsung tak ambil tindakan untuk mengatasi dan mengharunginya. Kalau macam tu, sampai bila nak maju. Sampai bila nak berjaya menjadi seorang MUSLIM sejati. Agak2, Allah redha ka kalau kita terus menerus macam tu.


Teruskanlah hidup. Yang berlalu biarkan berlalu. Rancang dan laksanakan apa yang patut untuk hari ini. Aturlah masa. Jangan biar terbazir di mana2. Rugi! Kalau kita tak mampu nak dapat untung pun, biarlah kita tak rugi.


Jadi, marilah sama2 kita (antum dan aku) mengatur langkah, maju ke depan, mengambil pengajaran dari yang berlalu, dan mengimarahkan hari2 kita sebaik2nya. Terutamanya dalam bulan Ramadhan yang bakal tiba. Jangan biar apa yang kita sesali berulang sekali lagi. Gunakan peluang yang lebih bernilai dari emas dan yang seangkatan dengannya ini sebaiknya. Hidupkanlah malam2nya dengan tafakur dan usaha mengeratkan hubungan dengan Pemilik kita. Banyakkan amalan2 sunat. Mantapkan amalan2 fardhu. Ikhlaskan niat. Kawal diri dan nafsu. Kurangkan bercakap dan bergelak ketawa. Banyakkan zikrullah dan menangisi dosa. Inilah peluang kita. Kalau dosa kita tak diampun dalam bulan yang dijanjikan pengampunan ini,bila lagi... Takkan nak tangguh2 lagi kot. Tak serik2 ke. Boleh jamin ke hidup sampai bulan depan. Nak hidup sampai esok pun tak jamin...


Fikirlah wahai sahabat2ku. Aku hanya mampu mengingatkan(manalah aku mampu nak tutup mata antum dari tengok perkara maksiat, tutup telinga dan mulut antum, angkat antum ke masjid untuk i'tikaf atau sebagainya), yang selebihnya terserah kepada antum dan aku. Aku juga perlu berubah. Malah aku kena lebih lagi. Sebab aku ingat amaran Allah SWT kepada mereka yang berkata tapi tak beramal dengan apa yang mereka kata. Cakap tak supa bikin.


Sabda Rasulullah SAW : Ramadhan telah tiba kepada kamu. Ia bulan berkat yang dilimpahkan oleh Allah SWT untuk kamu. Di dalamnya, DIA menurunkan rahmat, menghapuskan kesalahan, mengqabulkan doa, menonton persaingan kamu dalam kebaikan dan berbangga dengan kamu di hadapan para malaikat-NYA. Lantaran itu, tunjukkanlah kepada Allah SWT kebaikan diri kamu. Orang yang malang ialah sesiapa yang tidak memperolehi ramhat Allah 'Azza wa Jalla. [riwayat at-Tabrani]


salam ramadhan,

assalamualaikum